Followers

15 October 2008

TAG KUEH RAYA

baru2 ni, kakak aq de bagi aq tag kueh raya... sory la, dalam bulan ni aq terlampau bz jadi tak dpat nak buat tag tu... lagipun pict kueh raya de dalam laptop aq, aq tak de thumdrives nak pindah kan... jadi lebay baek tak payah buat la.. kueh raya umah aq bukan banyak pun.. tak de pun sebenarnya sebab aq tak raya kat TERENGGANU, aq raya di JB n SINGAPORE.... sory la pembaa ye... aq tak dapat nak tunaikan... daaaaaaaaa... sekian...

12 October 2008

LAWATAN KE RUMAH KEBAJIKAN ORANG-ORANG TUA

Semalam, aq sertai lawatan yang dianjurkan JIRAN WANITA PASIR PANJANG yang diketuai oleh mak aq ke RUMAH KEBAJIKAN ORANG-ORANG TUA DI BUKIT PAYONG, MARANG, TERENGGANU... Aq suka p tempat-tempat macam tu, sebab aq nak tahu sedikit sebanyak maklumat yang terdapat di sana. Al-Maklum la cita-cita aq 2 tahun lepas nak buka Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua.. Aq teringin nak buka Rumah Kebajikan tu start aq jaga Arwah Abah aq... Kenapa la boleh anak-anak melayu kita ni menempatkan ibu bapa nya kat sana, kalau hantar pagi petang ambek tak pe.. ni untuk selamanya, giler sangat dengan harta benda sampai tanggungjawab kita sebagai anak terabai.. kesian aq tengok orang-orang tua kat sana, kesunyian tanpa kasih sayang dari darah daging sendiri... sanggup diaorang buat macam tu, kenapa la kejam sangat.. Di Rumah Sejahtera Taman Bahagia tu menepatkan seramai 30 orang. Di situ terdapat bangsa Melayu, Cina dan India. Tetapi majoriti nya adalah Melayu.. Ya ALLAH, malunya la aq sebagai umat islam yang sanggup meninggalkan orang tua nya disana.. kalau sorang dua boley tahan lagi, ni tak orang melayu yang paling ramai... Kejam nya... Disini aq sertakan pict yang telah di convert menjadi video dengan lagu 123 yang dinyanyikan oleh Aris Ariwatan... Lagu ini aq tujukan buat semua anak-anak yang ada di dunia ini... tidak kira tua, muda atau kanak-kanak... Sekian....



Rumah kebajikan orang-orang tua yang diberi nama RUMAH SEJAHTERA TAMAN BAHAGIA di BUKIT PAYONG, MARANG TERENGGANU....



Rumah tumpangan harian dimana orang-orang tua ditempatkan biasanya anak-anak akan menghantar orang tua nya pada sebelah pagi dan mengambilnya semula pada sebelah petang iaitu time balek keje....




Ini adalah diantara bilik-bilik atau asrama lelaki dan perempuan bagi orang-orang tua yang ditinggalkan oleh anak-anak yang tidak bertanggungjawab.. Disini la mereka menginap selama mana mereka dibiarkan dan ditinggalkan disini... Kejamnya....




Daripada kiri yang berbaju kuning tu.. Penyelia di Rumah Sejahtera Bahagia dimana menguruskan orang-orang tua disana, ditengah yang bertudung pink tu.. itu mak aq, hehehehe... sebagai ketua rombongan dan di sebelah kanan berbaju hitam itu, itu adalah AJK bagi Rumah Sejahtera Taman Bahagia dimana menjadi penyambut rombongan ini...



Diantara peserta yang mengikuti rombongan ini menandatangani buku lawatan...




Ini antara orang-orang tua yang berada di kantin untuk menjamu selera.. mereka makan mengikut masa yang telah ditetapkan... waktu pagi, tengahari, petang n malam...



Seday kan melihat keadaan mak cik ni, kegembiraannya menyerlah apabila melihat ramai yang datang melawatnya, paling makcik ni suka apabila orang memberikannya sumbangan kepadanya...di tangannya mempunyai duit yang diberi oleh beberapa orang peserta yang mengikuti rombongan ini.. ketika aq snapshot pict ni, makcik baru aje lepas mengira duit.....



Kisah makcik ni plak, kononya nak letak duit kat dalam kaen diantara lipatan kain tu.. last2 tersalah leak di dalam kain diantara kaen n badan.. sebab tu la makcik 2 orang yang pakai tudung pink tu tolong makcik tu mengibas kaen supaya duit yang terselit kat dalam tu jatuh.. kami yang melihat gelak besar tengok gelagat makcik ni.. hehehehehehe....



09 October 2008

Last RAYA at SINGAPORE

Raya ke-5 adalah raya last aq di Singapore, cukup la raya aq pada tahun ni... hanya setakat tu sahaja selepas berpuasa selama sebulan (tapi tak cukup sebulan pun)..... sebelum aq keluar dari Singapore, aq kene la habes kan raya aq di rumah aunty aq, umah Mak Ngah (kakak mak) di Woodlands, lepas je p rumah aunty aq, aq kene habes kan jugak rumah kazen aq.. umah abg fendi, abg loqman (anak Mak Ngah).. rumah abg Loqman de buat OPEN HOUSE jadi dari tengahari hingga la petang family aq p lepak kat sana... semua sedara mara aq p kumpul kat sana...tapi time pagi aq n family tak lepaskan peluang p habeskan duit kat Geylang Serai... fuh punya la lawa baju tu, aq berkenan sangat dengan baju tu, tapi syg nya tak de size la... aq pkai XS @ S tapi yang da time tu hanya L n XL.. murah pun x la murah.. ala harga sana 1 r 2x ganda mahal dari duit kita, tapi puas hati la kalau aq beli baju tu.. Fuhhhh, kul 6 petang aq ikut Cik Pe'ah kuar JB, mak aq tak ikut sebab mak aq nk bermalam di hospital.. nak teman kawan dye, Cik Esah tu la...

4th RAYA at SINGAPORE

aduhai, pejam celik pejam celik dah raya ke-4 rupanya.. kejap je kan, tak sangka la plak... ari ni plan mak aq nak ikut kawan baek dye (Cik Esah) p raya kat umah-umah kawan sekolah mak dulu n juga p raya umah sedara-sedara aq, mak aq ajak Cik Esah sebab mak aq tak ingat jalan kat Singapore, al-maklum la dah lama tak tinggal sana... tapi dengan segala dukacitanya, pagi-pagi aq celik je mata, mak aq cakap raya ke-4 adalah raya di Hospital.. kawan baek mak aq (Cik Esah) masuk wad sebab sakit sendi apa ntah, aq sendiri lupa.. adoi frust + seday aq dibuatnya.. ye la apa tak frust nya, planning tak menjadi.. seday plak sebab Cik Esah masuk wad.. apa tak sedaynya Cik Esah tu aq dah anggap mak ke-2 aq, baek giler dye... lepas aq dengar crita jer, aq tak putus asa, aq tetap p bersiap n pkai baju raya aq, bergaya tetap bergaya, wlpun tak jadi p raya umah org sekurang-kurangnya, aq melaram sebab menghormati hari raya... kat bawah ni aq kongsi serba sedikit gambar yang sempat di "click" kan time p raya umah sedara yang dekat dengan umah aunty yg aq menginap..



08 October 2008

3rd RAYA at JB n SINGAPORE....






SORY la... pict ni pun nak jugak glemer... time ni mlm raya yang ke-3, aq bosan tak ley tido, jadi aq ambek la pict ni... ala bukannya selalu pose time tido ni, sory la, muke tengah borink...



Pict ni aq baru je sudah mandi n make up.. pas je slsai tu, aq terus pose dpn cermin umah aunty aq (Cik Pe'ah) ... aq siap2 ni bukan apa, aq n family da nak masuk singapore.. Tapi sebelum aq masuk Singapore, mak aq ajak p raya umah kawan lama dia di JB jugak, kat mane ntah aq pun tak tau... aq ni bukan cepat sangat pickup bab2 jalan ni.. Pict ni aq tak siap abes lagi sebenarnya, rambut belum p saloon lagi (banyak hasil aq nak p saloon) ....... hehehehe..


Ni la serba sedikit pict ketika aq on the way nak masuk singapore... aq tak ambek banyak, aq ambek pict time on the way ke checkpoint woodland jer... family aq naek van husband kakak aq, yang di import dari kL jer... tapi yang paling aq tak suka, orang yang menumpang dalam van yang punya pasport sendiri kene turun n p beratur dalam checkpoint penumpang bas r van.. kakak aq n family tak kene sebab dia gune passport group.. aq, mak n yana (adeq) kene sebab ada passport sendiri, naseb baek time tu tak ramai orang. kalau ramai berebut n kene beratur panjang la... yang paleng best, orang yang cop passport aq tu boy, hensem plak tu.. hehehhehehe.. aq bukannya gatai sangat, gatai sikit jer. bukan selalu, jarang-jarang jer.. :D


Ini la rumah yang aq p selepas melepasi checkpoint Woodland di Singapore.. banyak jugak la umah yang aq p.. banyak jugak aq collect wit raya. hehehehehe... ala belum kawen bese la, tetap dapat u... hehehehehe... raya ke-3 ni, aq raya sakan tau.. dari petang sampai lewat mlm p beraya umah orang... puas hati la raya ke-3 ni... 4 family tau p beraya setiap rumah.. family aq tak ramai aq, mak n adek jer. family aunty aq, family kazen n family kakak aq.. bley la 2 buah kete n sebuah van... puas hati la raya ke-3 ni, bley la ganti raya ke-2 yang tak p mane-mane tu.. huhhuhuhuhuhuhu....

2nd RAYA at JB

Ni baju raya ke-2 aq, tapi aq pkai baju ni tak lama sb dalam tengahari gitu aq p shopping n tengok wayang.. ala bosan la duk umah, tak de pape... nak p raya umah org pun, aq tak kenal umah sape2.. al-maklum la hidup menumpang di kampung org.. kan2?? dalam tengahari gitu, aq plan la dengan kazen aq, MIL.. mintak dye bawak aq p tengok wayang, nk sangat aq ni p wayang sb dalam seumur hidup aq, tu la 1st time aq jejak kaki aq kat panggung wayang.. al maklum la kat GANU tak de panggung... MIL pun bawak la aweks dia, aq n yana (adeq) p tengong wayang di mane tah tmpt tu, aq lupa... tengok cerita SENARIO EPISODE 1, best la jgak cerita dye.. paling kelakar LAN PET PET, yang laen ala kadar je kelakar nya... aq tak p pkai baju kurung, aq ni kureng skit pkai baju kurung kalu p mane2.. aq tukar uniform la, pkai shirt bese je...



Baju putih yang boy tu, bukan husband aq, tapi husband kakak aq.. MAZLAN POK PEK.. yang baby tak pakai baju tu, anak sedara aq, anak kakak aq yang bongsu, yang duk terjenguk tu la aq.. time tu aq baru je balek dari tengok wayang n shopping. dalam beberapa minit jer, kakak aq pun sampai dari KL.. plan awal family aq nak masuk singpore selepas kakak aq sampai BBU, tapi disebab kan abang ipar aq letih n family aunty aq pun nak masuk jugak, jadi kitaorang tukar plan nak masuk SINGAPORE esok kan hari nya, raya ke-3..
Lepas kak aq sampai tu, terus sampai mlm n ke pagi tak de aktiviti selaen duk rumah... raya ke-2 taun ni tak best mana, sb tak cukup beraya...huhuhuhuhuhuhu... seday kan???

07 October 2008

1st RAYA at JB...


Ni pict aq pada pagi raya...orang semua da balek smyg raya, aq punya la baguih, time orang balek smyg raya aq pun br bangun... mak aq bleter kat aq sampai tempias kat cermin ni ha...makcik yang cakap fon kat blakang tu... tu la mak aq, dia ckp fon dengan abg aq yang kat kerteh.. abang kene keje pagi raya tu, cian kat abang aq kan... huhuhuhu...:D


Ni pict aq tengah salam dengan mak aq, yang baju purple tudung grey
tu, tu mak aq, yang tak pakai tudung tu la aq, aq tengah mintak maaf tu.. mintak maaf pada mak jika ada tersalah kata, terkasar bahasa, terlanjur kata, n 'ter2' la... yang belah kiri tu aunty aq (cik peah), itu tuan empunya umah ni... yang belah kanan plak mak ngah aq (wife ayah ngah), dia pun dtg beraya di BBU.. kerana uncle aq (ayah ngah) la mak aq dtg beraya di JB, kalau tak sebab ayah ngah aq, mak aq ajak beraya di terengganu je...time ni aq dah mandi da, n baru je lepas makan.. pagi tu menu nasi dagang, ketupat n kuah kacang, lontong etc...

Lepas bersalam-salaman, bermaaf-maafan, kami bertiga bergambar la.. buat kenangan... ni je yang beraya di JB.. nak buat cam ne, abang aq yang sulung beraya di TERENGGANU, kak ipar aq keje, almaklum la nurse... Kakak aq plak, taun ni giliran umah mak mentua dye, yang ketiga plak Abang Ejaq aq, dye kene keje pagi raya.. cian kan??? jadi tinggal la aq, yana (adik) n mak je...Sory la, pict ni tak berapa ok skit sebab ni guna fon adiq aq, fon aq time ni entah tak tau kemana, lagipun silau kat belakang tu, jadi tak nampak mane la...
Lepas semua ni, aq tak p la mane2.. asyik duk kat umah je.. tgu org datang.. orang datang, datang, datang, datang n datang lagi... meriah la time raya pertama tu coz sedara mara belah husband aunty aq (Cik Peah) datang bertandang.. aq plak asyik sibuk bergambar, bergambar, bergambar n bergambar dengan kazen, anak spupu, adik, family n semua la...