Followers

26 May 2011

KAWEN JUGAK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

salam…


cerita dah lapuk tapi aku totap nak cerita.. AL KISAH koreographer aku a.k.a cikgi cikgu TARI aku.. dari seorang penari ke seorang penari dye berkasih sayang last2 jodoh dye bertemu dengan adik ipar cikgu TARI aku sendiri a.k.a KETUA KAREOGRAPHER aku..



ramai yang tak tau, dan ada yang dah tau, aku ni PENARI dulu.. minat gila2 tapi sekarang dah STOP.. keinginan HATI nak sangat menari lagi, tapi masa tak de kot..

so tak nak cite panjang, korang layan gambar je k…

ops!! lupa nak bagitau, semua gubahan pelamin dan hantaran adalah dari hasil usaha, air tangan kaki dari KETUA KOREOGRAPHER aku, ABG WAN… jom layanzzzzzzzzzzz

SDC11896

PENGANTIN LELAKI ADALAH KOREOGRAPHER AKU ABG ZUL, PENGANTIN PEREMPUAN ADIK IPAR ABG WAN, DAH YANG PEGANG KAMERA TU LAH ABG WAN…



SDC11877HANTARAN UNTUK PIHAK LELAKI KEPADA PIHAK PEREMPUAN
HASIL GUBAHAN ABG WAN

SDC11866

HANTARAN UNTUK PIHAK PEREMPUAN KEPADA PIHAK LELAKI
HASIL GUBAHAN TAK KENAL PASTI

cats RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN SELEPAS ANGKAT NIKAH


SDC11927RUMAH PENGANTIN LELAKI
ANAK BONGSU ABG WAN, TEMBAM MACAM ABG WAN..

SDC11932PENGANTIN PEREMPUAN DAN IBU KEPADA ABG WAN.. KAMI SEPERTI KELUARGA

SDC11930  PELAMIN UNTUK BERSANDING

SDC11938  PELAMIN BERTANDANG UNTUK BERTEMU MENANTU, MAK AKU PUN ADA SAMA TAU


SDC11961 

BILIK PENGANTIN


page RAKAN2 SEPERJUANGAN, PENARI2 ABG WAN

korang ada tengok SEHATI BERDANSA tak?? kalo ada korang kenal tak lelaki baju pink tu?? jap aku zoomkan muka dye

page

“marckyong” koreographer kepada artis kita ZUL DAN ISMA AF.. dye ni dulu koreographer group aku jugak.. tapi dye berhijrah ke KL semata2 nak tambahkan lagi ilmu dye di AKADEMI SENI KEBANGSAAN..

tetiba je rasa RINDU GILER kat budak2 ni.. lamanya kitaorang tak GADUH tak bergurau senda.. best gile bila duduk bersama2 dikalangan FAMILY INI… agak2 bila lagi kita dapat berjumpe ya???

sekian…

09 May 2011

BERCINTA JARAK JAUH

PERNAHKAH anda merasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.

Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan. 


PERCAYA PADA PASANGAN

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya


SETIA WALAUPUN JAUH


Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian? 

BERJUMPALAH WALAUPUN SEKETIKA

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan. Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu. 


TANYALAH KHABAR

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini,baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.



SAMBUT HARI ULANG TAHUN BERSAMA

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

JANGAN JADIKAN JARAK SEBAGAI PEMUSNAH

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.

EHSAN DARIPADA RAKAN FACEBOOK, PETUA INI JUGA UNTUK DIRI AKU DAN HUBBY, TUNANG, CHENTA HATI AKU

SEKIAN…

08 May 2011

HEPI MOTHER’S DAY

salam..



mothers_day_03


to MY LOVELY MUMMY, MY SISTER, MY SISTER IN LAW, MY AUNTY, MY COUSIN N ALL MY MOTHER…

dengarkan…


58904_1614804687785_1166366183_1725124_5053058_n
59912_1614808367877_1166366183_1725132_5725682_n

SEKIAN…

05 May 2011

JELES???

salam..

al kisah ni baru je terjadi semalam siang..
sebelum aku cerita panjang, haruslah aku gelakkan si KAKAK aku

kenapa???? ni hah!! kejadian ini berlakunya di twitter…
 

Untitled


aku kasi besar punya korang baca.. hahaha.. haruslah kakaku aku jeles bila KAK JUTA duk kata aku JELITA ok.. hahaha.. dalam adik badik aku, aku sorang je kurus ok..

TQ KAK RED JUTA!!!! haruslah pujian itu ikhlas



noted : aku tak berbangga bila orang cakap aku cantek atau jelita tapi hanya gelak apabila kakak aku chat ngan aku cakap aku tak JELITA, nampak sangat kakak ak jeles.. hahaha..