Followers

31 December 2012

BERAKHIRNYA TAHUN 2012, BERMULANYA DIRIKU

SALAM..

memang dah lama aku tak buat entry ni...

ye aku mengaku dah 3,4 bulan aku biarkan blog aku menjadi blog pusaka...

ampun dan maaf diminta kepada semua reader yang selalu klik tapi tak de entry (selalu ke??) .. sepanjang 3,4 bulan baru ni aku sibuk dengan belajar dan hari ini aku dah start internship sebagai TENAGA PENGAJAR di salah sebuah PUSAT BERTAULIAH KEMAHIRAN SWASTA..

insya allah start intern ni, aku akan merajinkan diri, kalau aku tak bz.. balik2 aku kene start buat kerja jugak, takpe la bagi aku peluang untuk mengabadikan diri aku dlm blog aku sendiri lagi..

FAHAM?? 

TAK FAHAM??

aku tak de idea, sb duk pk macam mane nak selesaikan aku punya portfolio..

so aku mohon korang doakan semua berjalan dengan lancar ye...

amin3..

sekian...

LOTS OF LOVE..

18 September 2012

BARU NAK MUNCUL!!

salam..

dah sebulan lebih kot aku tak usik blog aku ni.. memang kebizian.. seminggu selepas raya aku sibuk duk prepare aku punya barang2 nak pi study, lepas 2 minggu raya aku terus naik KL nak lapor diri for study..

FYI, saya adalah BUDAK SEKOLAH.. bukan BUDAK KERJA.. hahaha..

nak tau lebih lanjut atau nak kepo2 aku belajar kat mana, korang jengah la kat BLOG MAK dan KAKAK aku.. aku time tu?? sangatttttttttlah nak nanges.. sebab terasa berdebar nak berpisah dengan mak.. pestime tau berpisah dengan mak lama2.. selama ni paling2 lama 1 minggu je.. tu pun dah duk tepun2 tanya khabar walhal aku balik je kan..

sajeeeeeeee menggatal…

so layan je la entry dyeorang.. buat masa sekarnag ni, korang bagi aku bernafas dulu ye.. assignment dah muncul depan mata, haruslah diberi perhatian buat seketika..

sekian, salam sayang dari saya..

KAZMYRA AFKAR.. <3

16 August 2012

UCAPAN KU DARI JAUH..

 

DSC_0009111222

DENGAN INI SAYA MENYUSUN 10 JARI KAKI DAN TANGAN MEMOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI SETIAP KATA2 SAYA DI DALAM SETIAP ENTRY YANG SAYA KELUARKAN DARI SETIAP JARI JEMARI SAYA INI.

HARI INI (KHAMIS) KAMI KE PAKA BERMALAM DI RUMAH ABG SAYA YANG KEDUA. KEMUDIAN ESOK NYA (JUMAAT) KAMI BERANGKAT KE KAMPUNG TANJUNG, SEDILI BERMALAM DI RUMAH BAPA SAUDARA, DAN LUSA (SABTU) KAMI BERANGKAT KE BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU BERMALAM DI RUMAH IBU SAUDARA DAN SELEPAS KAMI BERSALAM RAYA BARULAH KAMI BERANGKATNYA KE NEGERI KELAHIRAN IBU YANG TERCINTA DI SINGAPURA.

DENGAN INI SAYA JUGA MOHON DARI SEMUA PEMBACA ENTRI INI, BLOG INI MEMANJATKAN DOA SEMOGA PERJALANAN KAMI BERJALAN DENGAN LANCAR PERGI DAN BALIK DARI MULA PERJALANAN KAMI HARI INI SEHINGGALAH PERJALANAN KAMI BALIK TERENGGANU..

SAYA MEMOHON MAAF SEKALI LAGI DAN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KERANA MASIH LAGI “BW” DISINI WALAUPUN SAYA SANGATLAH BERCINTA NAK BUAT ENTRY TIAP2 HARI, MAHUPUN SEMINGGU SEKALI, MAHUPUN SEBULAN SEKALI…

 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

 

07 August 2012

SALAM RAMADHAN

salam…

#eh dah nak habis ramadhan baru nak wish.. hahaha.. aku sikit kebizian sebab selepas ni aku dah start nak belajar, so banyak bende kene settle kan sebelum habis bulan ramadhan ni…

so dah lama bersawang n kerawang kat blog aku ni, lebih baik biarlah aku buang2kan sikit sawang2 kat BLOG aku sebab dah nak raya kan.. INSYA ALLAH akan ku berbakti pada blog aku nanti ketika belajar

aku mohon agar korang doakan aku berjaya ye.. INSYA ALLAH, AMIN3..

SEKIAN…

17 July 2012

TEPUNG PARTY

salam..

dah lama balik bercuti tapi makin lama bersarang blog aku ni…

sorilah, bila dah balik cuti aku pula dapat berita orang nak mai AUDIT ofis aku, so aku pun terpaksalah menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai…

berbalik pada tajuk.. apa yang TEPUNG PARTY sangat.. ni kisah CELEBRATE BUFDAY aku dengan TEPUNG.. selama ini aku yang PLAN nak TEPUNGkan kawan-kawan, tapi kali ini, orang yang aku PERCAYA TEPUNGkan aku balik.. siapakah???

siapa lagi si encik CHENTA la..

start bufday aku, aku tak keluar rumah sampailah masa aku pergi HOLIDAY dengan kawan-kawan di PULAU (nanti cerita yeeeeeeeeee..).. aku memang sengaja tak nak keluar sebab tak nak mandi TEPUN dan aku ni selalu la duk ngadu kat encik CHENTA yang aku tak nak keluar sebab tak mo diri aku ni mandi dengan TEPUNG oleh kawan2, cakapla kawan2 ada ajak keluar pi lepak tapi aku tak berani sb aku tau ajak pi lepak pun sebab ada niat nak mandikan aku dengan TEPUNG…

last2 sampai masa kami nak berholiday, si encik CHENTA ni boleh plan kan kat budak2 ni nak SURPRISE BUFDAY kat aku dan TEPUNGkan aku malam ni, tak tahan siap dengan TELUR lagi dye rela aku dimandikan..

memang niat JAHAT.. tapi plan dyeorang berkepala ni semua memang sangat2 menjadilah.. kene sangat.. si encik CHENTA ni la duk heret aku duk tepi pantai sebelum budak2 lain mai datang TEPUNG aku.. memang aku tak sangka tau, aku ingatkan duk kat PULAU susah dapat bende2 tu semua tapi idoknya susah pun, dyeorang sanggup sewa motor pi tang PEKAN nunnnn nak beli semua bende ni.. sanggup korang kan…

sebelum cerita lain keluar lebih baik korang layan gambar2 TEPUNG dulu…

DSC_4421TIME NI AKU DUK GARU-GARU KEPALA AKU, SEBAB TEPUNG DAH DUDUK DI TENGAH2 KULIT KEPALA

DSC_4422TENGAH DUK BUANG2 TEPUNG ATAS KEPALA, SI FADHIL TAMBAHKAN LAGI ATAS KEPALA AKU..!!!
KALAU NAK TAU, FADHIL NI ADALAH ORANG PERTAMA YANG KENE PLAN TEPUNG AKU, TAPI AKU TAK TERFIKIR TU, BINI DYE SI ILNIEY YANG SURUH BUAT SURPRISE, AKU JUST MERANCANG JE..
#EH BUKAN PLAN AKU KAN?? HAHAHA

DSC_4434HABIS PUTIH RAMBUT KU, DAH MACAM NENEK KEBAYAN DAH..
SI BAJU HITAM TU LAH YANG PUNYA PLAN, YANG LAIN KONCO-KONCONYA..

DSC_4439TENGOK MUKA SI BAJU HITAM TU, NIAT NAK SUAP KEK TAPI NAK CONTENG ARANG KEK TU KAT MUKA AKU

DSC_4442SI BAJU HITAM, SAYA SAYANG KAMO!!!

DSC_4448WAHAI KAWAN-KAWAN, SAYA SAYANG KAMO JUGA!!

diakhiri dengan gambar kek (maaf kualiti gambar tidak sempurna pakai BB je..)

166024_4170638942044_493110256_n

dan

292321_4248697933470_625189990_n

ODEN MEMANG TERKENO!!!

sekian…

28 June 2012

TAHUKAN ANDA WORDLESS WEDNESDAY MINGGU INI APA??


salam..

sambungan WW-WORDLESS WEDNESDAY semalam…

kenapa gambar PULAU dijadikan WW semalam??
kenapa nak tayang gambar PULAU dan KAWAN-KAWAN2 semalam??
kenapa??
kenapa??

sebabnyaaaaaaaaaa…

kami group IDEAL PHOTOGRAPHY akan bercuti ke PULAU PANGKOR… YEAYYY..


berkat hasil lelah kami group IDEAL PHOTOG bertungkus lumus membuat kerja setiap bulan sehingga bulan 5, akhirnya kami pergi bercuti buat kali kedua..

kami bercuti kerana ingin membuat penat lelah kami menjayakan setiap majlis yang sudah menjadi tanggungjawab kami..

KAWAN2, BLOGGER DAN SEMUA..

INSYA ALLAH, tak de pape aral kami akan bertolak petang ini (28hb Jun 2012) jam 3.30 petang ke KUALA KANGSAR dahulu dan pagi2 besok kami akan ke PANGKOR ISLAND..

MOHON DOAKAN perjalanan kami selamat sampai dan balik.. AMIN3..

SEKIAN…

27 June 2012

WW – WORDLESS WEDNESDAY

 

KASI 2 GAMBAR FOR WW MINGGU INI..

APAKAH??

 

 

DSC_1993

 

sekian…

26 June 2012

MIMPI ITU MAINAN TIDO

salam..

semalam aku mimpi yang amat aku tak nak mimpi sangat2..

mimpi apa?? nanti ceritakan.. terjadinya mimpi ini kerana penangan aku tengok cerita ni

JANDA-JANDAKU GANGSTER

kerana cerita ni lah aku  mimpi smlm..

HERO mimpi aku, encik MAT (CHENTA)…

HEROIN entah sape entah..

bencilahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh… tapi dalam mimpi aku semuanya dye terpaksa dikahwinkan, bukan dengan rela hati, dengan aku je dye bercinta tapi tak sempat pula dye kawen dgn aku.. arghhhhhhh.. tak suka, tak suka..

dalam mimpi aku jugak wife last sekali sblm aku tu macam MAT dah tangkap CINTAN kat dye, siap bawak kawan2 pergi holiday sama2 (ini kes aku nak pergi holiday dgn dye dan kawan2 aku khamis ni) termasuk jugak pasal holiday aku..

tak mo cerita panjang, sebab aku dah bengang dgn mimpi aku.. harap2 MIMPI INI MAINAN TIDO.. aku harap JODOH AKU BERPANJANGAN…

AMIN, AMIN, AMIN…

INSYA ALLAH..

sekian…

25 June 2012

u’re my dearist

salam

cerita ini dah lapok dan aku tau aku dah lama tak penuhkan entry untuk bulan ini dan bulan lepas…

aku amat2lah bz lately ni.. so untuk penuhkan entry pada bulan2 ini, aku kasi korang layankan gambar kawen my fwen cuti sekolah baru ni.. aku dah ketandusan idea tapi aku teringat aku belum pernah keluarkan kisah kawan2 aku semasa di bangku sekolah…

DSC_0965ini kami..
baju HIJAU – NUJU, sebelah NUJU – NORMA, sebelah NORMA – RIKA, baju pengantin – SHA, sebelah aku tu – ATEH (pengantin baru jugak, selang beberapa hari majlis dye, majlis kawan SHA pula.. maknanya ATEH dulu baru SHA)

DSC_0271tema GREY/ SILVER untuk majlis kawen rumah ATEH

DSC_4013tema ORANGE untuk majlis kawen rumah SHA

semua tema kawan2 tidak sama dengan tema keluarga masing2 dan tema2 ini semua adalah idea aku tapi ada jugaklah tanya pendapat kawan apa macam pengantin pakai baju macam ni, tema macam ni, gitu…

ikutkan kami 7 sekawan – ATEH, NUJU, RIKA, SHA, JULIANA, NORMA dan AKU. dalam ramai2 ni, yang dah kawen sekarang NORMA the senior WIFE org, hahahaha… diikuti dengan ATEH dan SHA.. JULIANA adalah TUNANG org dan akan berkahwin tak lama lagi dannnnn yang SINGLE sekarang ni RIKA, NUJU dan AKU.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…. Sad smile

bila masing2 duk bercerita, duk bercakap kan, konfem dyeorg akan tanya AKU bila lagi, bila aku cakap nak lepaskan semua kawan2 kawen dulu, dyeorg akan cakap last nanti masing2 bawak perut, so tak boleh nak lepak lama macam mane aku lepak time dyeorg kawen.. waaaaaaaaaaaaaa.. lagi sedih ok.. Sad smile

b, jom kawen…!!!

dah2 tak mo bebel panjang, bawah ni masih lagi ada gambar, korang tengoklah gelagat kitaorg yang gila lensa.. mmg macam2 perangai… so kita layankan aje ye…

DSC_0267
DSC_0275

DSC_0277
DSC_3486

DSC_0964
DSC_4066

DSC_4068

DSC_4067

yeayyyy dah selesai… lega oden.. harap2 korang cam la ye yang mane majlis kawen ATEH yang mane majlis kawen SHA.. kalau korang tak kenal, korang tak baca la tu, korang mai layan gambar je… hehehehe…

setiap gambar ini masih belum di edit dan credit kat my group photography IDEAL PHOTOGRAPHY

sekian saje AL KISAH kawan2 yang ada carta diHATI saya.. sebelum tu, kasi laluan kat tuan tanah nak berposing ala2 pengantin dulu ye..

DSC_3547nak naik pelamin sendiri lambat sangat, pinjam pelamin org la kita ni.. b kan..

sekian..

21 June 2012

happy birthday wishes..

 

salam…

hari ini terlambat post entry skit sb aku duk sibuk main game sampai lupa nak post entry..

aku tak de pape nak ckp terima kasih kepada yg wish bufday aku hari ini, udah tua aku dah haaa…

yang paling penting ada org tu lambat wish bufday aku, boleh macam tu?? org yang paling penting tapi wish lambat sampai nak SENTAP kejap aku tapi aku selamba je sb aku tau dye masa mula2 kapel dulu dye pernah lupa tarikh bufday aku, so apa org cakap ni dah selalu sgt lupa, 4kali bufday aku pada 3tahun lebih kitaorg kapel, taun lepas adalah ON TIME dye wish bufday, tapi taun ni dye tak boleh blah lambat wish, alasan pun tak munasabah sarawak dye berikan kat aku…

182353_4130323774190_1088046147_n

ko tgk!! dah nak jam 4 pagi baru dapat wish bufday aku.. naseb baik aku tak tido lagi, kalau aku dah tido, harus aku mimpi pergi sentap depan muka dye.. hahaha.. org ke 10 wish.. hahaha, sebenarnya tak de pn yg wish mmg dye org pertama wish on sms dan org pertama wish thru FB..

556580_4130629821841_66010328_n

kenapa thru FB pun dye org pertama, sebabnya aku hide kan bufday aku, sebab tu tak de yang wish, aku nak tengok si pakcik ni ingat tak bufday aku.. hahahaha…

xpelahh lambat wish kan asal dye ingat bufday aku.. hadiah?? apa yang aku dapat?? ini haaaaaaaaaaa…

525048_4066349294868_1687079047_n

aku dah dapat si kecik tu.. tapi bukan dye bayar semua la, dye half la… so itulah advanced gift bufday aku untuk tahun ini.. tahun depan nak apa pula ye… hehehe…

TENKIU FOR MY MUM COZ MENJAGA, MENDIDIK, SAYANG PADA MIRA YANG AMATLAH DEGIL, TENKIU FOR MY SIBLINGS COZ SAYANG MIRA, TENKIU FOR MY B COZ SETIA HINGGA SEKARANG, TENKIU MY FWEN SENTIASA BAGI SOKONGAN, TENKIU OLS LAH…

 

sekian..

20 June 2012

WORDLESS WEDNESDAY

 

BOLEH TAK NAK MACAM NI??

 

 

LOTS OF LOVE

KAZMYRA AFKAR

13 May 2012

ENGKAULAH RATU DAN SYURGA KU..

 

58904_1614804687785_1166366183_1725124_5053058_n

59912_1614808367877_1166366183_1725132_5725682_n

I LOVE U MUMMY..

IBU

Engkau miliki kasih tak bertepi,
Engkau miliki cinta tak bermuara,
Kasih sayangmu begitu tulus,
Cintamu begitu agung,

IBU

Tak bisa ku balas jasa dan pengorbananmu,
Cintaku tak mampu menandingi semua yang engkau miliki,
Engkau pelita dalam hidupku,
Engkau cahaya perjalananku,
Engkau sinar yang tak pernah padam di diriku

IBU

Beribu kata telah tersusun,
Berbait paragraf telah tertata,
Beribu halaman telah ku tulis,
Beribu buku aku karyakan,

Namun,
Kasih dan sayang yang telah engkau curahkan,
belum mampu aku tuliskan,
dan mungkin tak akan mampu kususun kata terindah,
untuk menggambarkan sucinya kasih sayangmu,
karena kasih sayangmu tak untuk di gambarkan,
hanya bisa aku rasakan,
Begitu luasnya kasih sayangmu Ibuku…….

HAPPY MOTHER’S DAY
FOR
ALL BLOGGER, ALL MOTHER

U’R THE BEST..!!

02 May 2012

5S KEMBALI…

salam..

baru-baru ini aku ada meeting pasal 5S ni, apa 5S tu?? aku rasa korang yang kerja badan-badan kerajaan konfem tau apa itu 5S dan aku rasa juga korang memang dah siap buat dan AUDIT dah siap buat penilaian pun, kan??

aku?? ofis aku baru je nak mula sebab aku ni kan anak “TIRI” kerajaan.. hahaha.. dan jabatan AUDIT opis aku baru je nak mulakan operasi SPOT CHECK 5S AT BESTARI.COMM (opis aku)..

apa itu 5S??? korang tengok kat bawah ni..

sistem 5S ini datangnya daripada JEPUN dan menggunakan nama sebagai SEIRI, SEITON, SEISO, SEKETSU DAN SHITSUKE… di MALAYSIA juga mengambil inisiatif menggunakan sistem 5S ini juga untuk mendapatkan PERSEKITARAN KERJA YANG BERKUALITI supaya kita lebih yakin dan bersemangat untuk bekerja… wahhhhhhhhhhhhhh gitu..

setahu aku dan tak silap aku bukan sahaja badan-badan kerajaan tapi syarikat swasta juga ada menggunakan sistem 5S ni.. betulkan aku jika aku salah…

ikutkan diri aku, ini adalah kali kedua aku perlu buat sistem 5S ni, 1st time aku buat sistem 5S ni time belajaq ari tu, dah kata amek bahagian ADMIN, OPCOS la aku kene buat jugak 5S ni..

tapi bila tiba je kali ini, aku terasa penat sangat2…
aduh, penat tau.. dulu tak penat, tapi sekarang keadaan opis aku yang sempit ni, aku sudah2 terasa penatnya, sb opis sekarang dan tempat belajar yang dulu amatlah berbeza..

fuhhhhhhhhhhh.. belum pape aku dah mengeluh.. seriusssss aku mengeluh bila PIHAK ATASAN keluarkan perintah berkurun menggunakan sistem 5S adalah DIWAJIBkan..

sabar mira, sabar..

so kalau korang tak faham apa maksud SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM, dan SENTIASA AMAL atau dalam bahasa JEPUNnya SEIRI, SEITON, SEISO, SEKETSU DAN SHITSUKE.. anda boleh rujuk gambar kat bawah ni…

KALAU DAH FAHAM, BAGUS LER..

so kalau opis hangpa semua tak menggunakan 5S, anda semua bolehlah sama2 menggunakannya tanpa diberi perintah oleh pihak atasan.. motif?? aku jeles la sb opis korang tak WAJIBkan korang pakai sistem ni..

sekian…

29 April 2012

OK LER TUUU…

salam..

surat

maaf!! ini bukan nak menunjuk

25hb APRIL 2012 baru ini aku dipanggil TEMUDUGA untuk pengambilan SEPT 2012 sebagai seorang pelajar kepada jurusan VOCATIONAL TRAINING OFFICER or org kampung macam aku cakap jadi CIKGU KOLEJ la…

dah 2 kali aku mohon dan kali kedua inilah baru dipanggil TEMUDUGA dan aku mengharapkan keputusan yang gembira dari pihak pengurusan.. ORANG TUA2 CAKAP KALAU DAH REZEKI TAK KEMANA, KAN?? INSYA ALLAH..

aku mengharapkan korang2 yang membaca entry ini, doakan untuk aku supaya aku terpilih menjadi seorang pelajar di CIAST..

sekian…

17 April 2012

ABPBH BELUM HABIS???

salam…

al kisah ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN di FB aku masih belum tamat k..

kenapa tak tamat, sebab org dah habis tukar cerita lain, tapi aku masih lagi tak hupdate entry.. bukan malas ok, tapi holiday.. wakakaka…

oklah tak mo ckp byk just nak gtaw, tetiba encik chenta msg aku bagitau yang dye berkenan dgn baju RAMLAH RAM..

baju mane???

baju ni…

576389_388615134516141_150089721702018_1211104_1503091224_nEHSAN DARI PAGE ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

dia tau sekarang ni citarasa aku asyek nak menempek kain lace tu kat baju, sekali tu dye ternampak baju mcm ni..

aku mula2 dah tengok cantek jugak baju RAMLAH RAM cuma aku tak berkenan kat kain bawah dye tu, aku tak suka style mcm tu, cuma aku  nampak lawa yg kain lace duk melekat kat badan tu..

memang cantek, cantek sangat!!!

tup tup ENCIK CHENTA sent msg kat aku ckp “TENGOK BAJU RAMLAH RAM, LAWA!!”

ok fine!! citarasa kami tiba2 dah jadi sama… nak tempah baju “tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu” lah… hehehe…

NOTED : JGN MALU JGN SEGAN, MOH MELAWAT FB SUTERA ASLI DARI TERENGGANU KAMI…

sekian….

16 April 2012

IKLAN FREE

SALAM

sementara mood aku masih kedaung, apa kata aku buat IKLAN FREE pertama kalinya pada tahun ini..

disini aku nak war2kan kepada semua blogger2 atau pembaca2 yang ada di blog aku ni.. aku, encik chenta dan kawan baik aku ada menjual sutera ASLI dari TERENGGANU..

kalau anda semua berminat, anda boleh menempah corak yang anda berkenan atau anda boleh pilih corak2 yang ada yang sudah ready stock di FB kami.. sementara pembukaan on9 shooping ni, kami sedang jalankan promosi, rugi anda tak terjah tau…

jom2 kongsikan kat rakan2 anda..

PROMOSI ini berakhir bulan APRIL 2012.. pilihlah untuk dipakai di HARI RAYA, RAYA dah tak lama dah ni…

jangan malu jangan segan ADD FB MBATIK BUTIK

image

P/S : HARGA-HARGA YANG KAMI TAWARKAN…

CREPE EKSKLUSIF : RM 290
CREPE : RM250
JAQUARD : RM240
2M CREPE + JAQUARD : RM240
COTTON BATIK : RM150

FREE POSTAGE

BOLEH MEMBUAT 2X BAYARAN..

SEKIAN…

10 April 2012

KEMBAR TAPI TAK SERUPA.. #RETIS VOL 2

SALAM

559810_388619911182330_150089721702018_1211188_12682392_n-tile

AMY SEARCH DAN ENCIK CHENTA
sama tak???

HAHAHAHAHAHAHHAHAHA.. AL KISAHNYA KENAPA KELUAR AMY SEARCH DAN ENCIK CHENTA???

SILA RUJUK GAMBAR DI BAWAH

V

V

V

111-vert

hadoiiiiiiiiiiiiiii… geletek anak tiri tekak, telinga, hidung, mata semua lah anggota badan ni haaaaaa bila MAK CAKAP MUKA ENCIK CHENTA SAMA DENGAN AMY SEARCH.. WAKAKAK

ITU HARI KAK NORMARINA CAKAP MUKA ENCIK CHENTA SAMA MACAM MUKA AWAL ASHAARI, NAK TENGOK SAMA KE TAK?? TENGOK KAT SINI

korang je dapat menilai semua ini.. hahahaha.. bukan aku nak kutuk encik chenta aku sendiri tapi aku rasa dah melampau tau bila mak cakap muka dye mcm amy search, lepas tu kak nor pula cakap muka dye macam awal ashaari.. mencik je!!!

ok2, aku jeles.. puas hati?? hahahaha… wekkkkkkkkkkkkkkkkkkk.. nak termuntoh!!!

mencik2 pun aku sayang tauuuuuuuuu.. sape tak sayang buah hati oiiiiiiii…

akhirilah entry ini dengan gambar tuan tanah dan encik CHENTA

 

DSC02215

 

P/S : MALAM INI TUAN TANAH NAK KE KL, MENGURUSKAN SESUATU KERJA, DAN BERJUMPA DGN ENCIK CHENTA DISANA.. YEAYY~~~ TAPIIIIIIIIIII TIDAKLAH BERSIARAN BLOG INI BUAT MASA SEKARANG DANNNNNNNNN BW AKAN DIJALANKAN SELEPAS AKU BALIK DARI BERCUTI.. YEAYYYYYYY~~~~~~~~

 

sekian…

09 April 2012

ABPBH 2011 TERJAWAB!!

akhirnyaaaaaaaaaa demam ANUGERAH BINTANG POPULAR sudah pulih dengan kemenangan ARTIS PALING POPULAR yang dirangkul oleh ABG LONG KITA, AARON AZIZ.. YEAYYYYY…

aku hanya menjangka ZIZAN atau AA tapi tak sangka jangkaan aku kene walaupun 2,2 tak boleh nak rangkul 1 anugerah itu..

boleh tak lepas ni 1 anugerah 2org ni dapat?? hehehe

tapi takpelahhhhhhhhh ZIZAN kalah sebagai ARTIS PALING POPULAR pun dan yang penting AARON AZIZ, ZIZAN DAN JOHAN dah memang tersenari dlm ARTIS PALING POPULAR.. yeayyyyyy…

perempuan pula??

FASHA SANDHA??? OH NO!! INI TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG AKU PERNAH ENTRYKAN SEBELUM INI, DISINI

kenapa aku tak suka dye?? sebab dye suka rampas hak org.. itu jawapan aku yang tepat..

aku ada tak setuju dgn artis baru tu, sape?? tasha shila ke sapa entah, semua org tak setuju sb dye tak menonjol…

aku jangkakan IZARA AISYAH atau NEELOFA, tapi tak sangka org lain yang bolot!!!

tapi takpe yang penting ketiga2 ini dah menang..

yeay~~

eh2, AA ada ckp terima kasih kat akulah.. tak caya ke?? dye ada sebut terima kasih AARONATORS FC.. hahaha, aku ler tu dlm golongan itu.. (SAJE NAK MENUNJUK.. Smile with tongue out)

sekian..

04 April 2012

ARTIS PALING KEJAM!!

salam..

ops!! mood nak berblogging dah ada, tapi tetiba je kuarkan entry KEJAM kan.. teruk2.. hahaha

ok, terus terang aku ada 3 orang artis WANITA yang aku paling meluat.. tapi terutama sekali aku tak suka artis ni…

534054_267891433297537_120931754660173_623870_65192700_nAYU RAUDHAH IN THE HOUSE

Kenapa aku tak suka dye??? dulu2 aku suka bebenor dye ni, serius aku tak tipu!! tapi start isu dye mengada2 pasal dye disayangi mak mertua, time tu mula2 sekali dlm proses dye nak kawen dgn si ZAQUAN ni, aku jadi naik mual, asal pula dye nak menunjuk2 sedangkan sudah la ko hal ko kan…

tibalah masanya dye masuk campur hal rumah tangga RITA RUDAINI dgn AIDIL ZAFUAN.. apa hal ko ni?? sejak kes tu aku dah nampak sgt dye memang seorang BATU API!!! kalau tak sebab dye takde nya nak bercerai berai laki bini tu.,. kesian ok!!!

YA!! mungkin dah ditakdirkan oleh TUHAN, AIDIL dan RITA bergaduh, tapi bukan seseorang yang memecah belahkan rumah tangga org.. apa perasaan ko apabila rumah tangga ko bergolak disebabkan bahan hasutan org lain?? apa ko rasa???

HAAAAAAAAAA KAN, EMOSI AKAK OK!!!!

tengok pada COVER MAJALAH ANIQAH tu, bertajuk AYU RAUDHAH – ZAQUAN “SIMPATI NASIB WANITA”

apa maksud ko?? simpati yang macam mane agaknya ye??

kannnnnnnn EMOSI lagi aku ni… dah2 tak mo cakap banyak…

SEMOGA TUHAN SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA..

sekian….

22 March 2012

“HONEYMOON” FRASER HILL

SALAM..

seperti mana janji aku baru2 ini nak ceritakan perihal “honeymoon” pengantin baru yang kami join tu..

meh sini nak promote2 sikit.. promote tidak berbayar..

kami bertolak sgtlah lewat jam 430 petang, janjinya pukul 1 bertolak tapi disebabkan pengantin baru bz sangat nak selesaikan tugas kat rumah mertua so kami bertolak 430petang dari kuala lipis ke frasil hill..

nak naik sana dlm masa 45minit lebih kurang, tapi perajanan kami lebih kurang 2 jam or 2 jam lebih sebab kirakan sekali jalan sesak sebab org baru balik kerja..

ops!! lupa nak bagitau hari yang aku pergi tu hari ISNIN so haruslah hari org bekerja kan..

tujuan kami ke sana sebab nak shoot outdoor si pengantin ni, bukan nak “mengeko” sangat dyeorg ber”honeymoon”.. sampai sana dalam 6 lebih kot..

kami menginap di SILVERPARK RESORT.. kalau korang nak tau rate dye korang boleh klik kat SINI..


tapi resort yang aku duduk tu rate dye dalam RM289 kot sb kitaorg mintak apartment, tapi disebabkan ada kawan kat sana so dpt murah lah, harga kawan2, tapi bukan kawan aku, kawan si ARIFF..  so kami dapat apartment memang puas hati, dgn view kat luar sgt2lah sesuai dgn kami yang pencinta seni, senilah sangatkan.. so korang layan apartment sebesar yg kitaorg dapat ni..



RUANG TAMU YANG BESAR BOLEH MEMUATKAN LEBIH KURANG 5,6 ORANG

BILIK UTAMA DAN KEDUA..
GAMBAR ATAS – UTAMA, DAN BAWAHNYA BILIK KEDUA
BILIK UTAMA ADA BILIK AIR 





2,2 BILIK AIR YANG DILENGKAPI AIR PANAS




RUANG DAPUR YANG BESAR DAN SELESA

AND LASTTTTTTTTTTTTTTT SUDUT LUAR DAN VIEW YANG KAMI DAPAT AMAT MEMUASKAN HATI


tapi dipetang hari ala2 nak ke malam hari time kami sampai tu, kami dapat view macam kat bawah ni

DSC_8166

DSC_8171

DARI SUDUT TINGKAT 4

dari hati aku ini, FRASER HILL lebih lekat dihati berbanding CAMERON HIGHLANDS.. kalau korang suka shopping dan ditempat sejuk, korang bolehlah ke CAMERON HIGHLANDS.. tapi andai korang suka tempat yang sejuk dan ketenangan korang boleh pilih ke FRASER HILL, jam 8 malam suasana dah amat2 sunyi dan sepi sangat2 sebab masing2 dah layan perasaan time tu, nak jenjalan pun tak dapat la sebab kabus dah menguasai kesemuanya..

ada lagi sambungan kita FRASER HILL.. tunggu entry besok..

sekian..