Followers

31 January 2012

CH PART 1

salam..

cerita ni taun lepas punya cerita.. dah berkurun lama dah gambar2 ni semua tapi baru nak keluarkan.. hahahaa.. ketandusan idea kot..

jom layan gambar CAMERON HIGHLANDS.. yeahh..


DSC_0015


DSC_0007
DSC_2007
DSC_0009
DSC_0118
DSC_0018


dah puas tengok gambar meh aku cite.. dalam banyak2 gambar, gambar kat sini aku paling suka.. suka sangat2 sebab view dye amatlah cantek, time ni aku baru je sampai ke CAMERON HIGHLANDS..

baru ni cousin aku ada tanya, dye pergi CAMERON HIGHLANDS tapi tak jumpe view ni, kat mane, kalau korang nak tau kat mane, sebenarnya view ni aku dapat pada waktu pagi, dan dimana tempat ni??? disini..

DSC_0019
DSC_0126


dikaki bukit.. time ni hampir2 nak sampai kemuncak, tapi belum sampai lah, kiranya ketika mendaki bukit, ternampak view cantek so kitaorg redah la melangkah batu divider tu semata-mata nak dapatkan view yang cantek kat situ..

memang marabahaya, tapi time ni aku dan yang lain tak pikirkan pape pun sebab time ni tengah duk berebut nak dapatkan view yang cantek, tapi time aku nak post ni baru aku teringat betapa bahayanya kerja kami ni.. hahaha…

kitaorang sampai sana dalam lingkung tengahari kot..

continue entry akan datang..

sekian…

17 January 2012

SPEKULASI LEBIH..

salam..

sebelum tu aku nak gelak besar2..
hahahahahahaha..

laughing
ok jom terus pada cerita..

ini kisah semalam, pasal status aku.. status ini…

status
SILA KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN


al kisahnya aku ni duk pening nak cari design baju la kan untuk dipakai semasa hari wedding kawan baik aku time sekolah hari tu..

kenapa duk pening sangat??? sebabnya aku ni adalah pengapit beliau.. haruslah pening kan nak2 duk sebelah pengantin, aku juga menjadi tumpuan org ramai, saje nak publisiti lebihhhhh, hahaha..

al kisah yang jadi duk pening nak cari design baju tu sebabnya kawan aku tetapkan PENGAPIT haruslah memakai baju kaler NUDE atau boleh dikatakan kaler KULIT.. adoi.. kalau dye tak tetapkan, aku rembat je baju mane2 yang ada kat rumah tu, so kepala otak aku duk ligat baju macam mane nak..

trend baju sekarang kan duk main lip lap lip lap kat badan, so haruslah aku pikir nak macam mane rupa dan design lip lap tu.. aku tak tau nak cari kat mane, aku terus buat status



status


disebabkan status ni la semua org salah faham.. hahaha.. tapi kan, kan, kan, aku memang sengaja nak buat status macam ni, biar semua org konfius.. hahaha

bukan setakat kawan2 aku yang duk tag kat aku design baju pengantin, tapi siap adik beradik aku jugak yang duk semangat tanya aku, tak tahan kakak aku siap cakap “kalau baju akad nikah nak buat baju pelik2, jangan suruh kakak lagi, kakak tak mahir lagi” time tu aku dah gelak2 besar, siap cerita kat encik chenta lagi..

hahahaa.. AMPUN KAKAK 

oh ya!! kakak aku pun ambil upah jahit baju tau, nak tau berapa harga, korang klik je link kat atas aku dah BOLD kan tu, nanti kuar al kisah pasal jahitannya sekali dengan harga dye kasitau.. cubalah, memang puas hati..

nak disambungkan cerita ni, habis kawan2 aku salah faham pasal ni, kawan si encik CHENTA pun siap duk tanya lagi betul ke nak kawen dah, sb duk tengok status FB aku.. hahaha..

ENCIK CHENTA pun bagitau akula kan, nanti sampai masa kita nak kawen, org tak percaya baru tau… aku pun jawab la, ini last main2kan org, lepas ni dah tak nak main2kan lagi.. siap aku cakap janji nak mintak maaf dgn semua org..

so secara besar2an..

WAHAI KAWAN2 KU DI FB, MAHUPUN DIMANA2 SAHAJA DAN MY SIBLINGS..

SAYA, KAZMYRA AFKAR MENYUSUN JARI 10 UNTUK MEMOHON KEAMPUNAN DIATAS SILAP FAHAM STATUS SAYA ITU.. SAYA BELUM KAWEN, TAPI KAWAN SAYA DAH NAK KAWEN, KALAU ANDA NAK SAYA KAWEN, TOLONG DOA2KAN KAMI BERDUA YE.. SAYA NAK KAWEN MAYB BELUM SAMPAI MASA LAGI.. INSYA ALLAH ADA JODOH KAMI, SAMPAI MASA SAYA JEJAKKAN KAKI DI PELAMIN TU, SAYA AKAN MAKLUMKAN PADA SEMUA, JANJI SEMUA DATANG YE.. AMPUN DAN MAAF SEKALI LAGI…

hehehehehehehe…

sekian…

11 January 2012

AL FATIHAH

 

ASSALAMUALAIKUM..

 



TAHUN INI, HARI INI 11/01/2012 ADALAH GENAP 5 TAHUN PEMERGIAN ABAH YANG TERCINTA..



SEMOGA ROH ARWAH DITEMPATKAN PADA GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN..

SAMA-SAMA KITA SEDEKAHKAN AL FATIHAH PADA ARWAH ABAH


 


ABAH,
SEORANG YANG PENYABAR DENGAN ANAK2,
SEORANG YANG TERLALU LEMBUT,
SEORANG YANG BERFIKIRAN JAUH,
SEORANG YANG AMAT BAIK HATI..

TIADA PENGGANTI YANG TERBAIK SELAIN ABAH..

ABAH,
TENANGLAH DISANA,
MIRA, ABANG, KAKAK, ABG EJAQ, YANA DAN TERUTAMA MAK SENTIASA MENGINGATI ABAH,


ABAHLAH ORANG PERTAMA DIHATI KAMI,
KAMI TERLALU SAYANGKAN ABAH, DAN TERLALU MERASAI KEHILANGAN ABAH WALAUPUN DAH 5 TAHUN..

AL FATIHAH

sekian..

10 January 2012

MENGGEDIK

salam..

hari ini terajin dilewat hari.. pagi2 lagi si BUDAK TEMBAM datang singgah opis kejap, sebab nak sibuk2 kat opis aku.. so aku malas nak buat entry kejap, now dah ada masa lapang sikit dapatlah buat entry.

383196_3018484458902_1166366183_3230004_208788347_n
gambar hari ini.. budak ni tengah gatal, nampak lelaki je masuk dye gelak2 tutup mulut. memang gatal anak dara aku ni.. oh hari ini aku berkacamata kerana “MATA PELESU”  aku koyak di pagi hari, OH TUHAN duit semua tu.. kene beli baru..

ok jom teruskan cerita yang di”TAJUK”kan, ini AL KISAH minggu lepas kot.. aku keluar menggedik dgn PENGANTIN SEPARA BARU. JOM LAYAN GAMBAR JE..

DSC05446DSC05447DSC05448DSC05449DSC05450
sebelum kitaorang pi layan ais krim di MCDONALDS, kami pergi makan di RASAMAS, GIANT KUALA TERENGGANU.. gambar adalah separa tidak siap sb muka tengah letih baru balik kerja, so aku main sebat je.. tapi ok lah kan daripada tak de..

oh yang tak pakai tudung tu adik angkat si FATIN (PENGANTIN SEPARA BARU).. namanya IRA.. bujang lagi tu?? sape nak?? sila inbox tuan tanah ye.. hahaha.. 


DSC05462DSC05463DSC05465DSC05452DSC05457



gambar atas ni pula sehari selepas aku jumpe FATEN DAN IRA aku keluar lepak dengan KAKAK-KAKAK GEDIK… walaupun mereka GEDIK tapi dyelah sahabat aku sampai bila2.. aku sayang giler2 kat dyeorang, tapi nak bagitau ni, 2 hari berturut2 aku makan kat RASAMAS, menu yang sama aku makan time aku keluar dengan fatin so korang redha je lah ye…

aku adalah penggemar RASAMAS daripada CHICKEN RICE SHOP.. makanan yang sama NASI AYAM tapi lebih terbaik  RASAMAS.. oh ini iklan tidak berbayar ye kawan..


DSC05468


tujuan UTAMA kami bertiga keluar sebenarnya nak pergi membeli si MACARON ni.. si KAK DA yang berbaju kuning tu duk NGIDAM nak makan MACARON ni, so aku pun bukan main nak jugak sebab aku sendiri tak pernah rasa walaupun tahu kat mane jual bende alah ni..

lepas makan NASI AYAM, kami makan pula MACARON ni, serius sedap tapi sangat2 manis.. so kami share2 je, cubit sikit2 sorang.. yang kami ambil perasa BUTTERSCOTH, VANILLA, CHEESE, MINT, COKLAT..

berakhirlah sudah cerita KAWAN2 yang aku ada sekarang ni..

nota : kejap tadi aku dapat berita dari kawan aku, ada orang nak kasi anak perempuan.. YA ALLAH HATI AKU NAK SANGAT2.. TAPI AKU TAKUT AKU TAK MAMPU NAK MENJAGA DAN MEMBIAYAI KEHIDUPAN BABY TU..

sekian..

07 January 2012

PEMERGIAN MU, MENJADI INGATAN

salam..

sebelum aku memulakan bicara ini, aku ingin kongsikan sedikit carta yang aku dapat dari encik NUFFNANG..

image


kalau dilihat disitu pada tarikh 2 JAN 2012 adalah entry seorang sahabat, rakan sukan pemotoran, rakan berkonvoi encik CHENTA yang telah pergi meninggalkan kita untuk selama2nya..

pada hari aku keluarkan entry tu terdapat 241 orang pengunjung yang membaca mengenai pemergian arwah BOB dan dengan ini aku juga berharap kepada 241 orang pengunjung itu juga telah sama-sama sedekahkan AL FATIHAH kepada arwah..

alhamdulillah dan terima kasih kawan, para pembaca yang telah sedekahkan AL FATIHAH kepada arwah.. moga arwah tenang disana..

BERBALIK PADA TAJUK AKU.. memang mengenai arwah..

kehilangan arwah telah semakin hangat di INGATAN kawan2 kepada encik CHENTA dan jumaat pertama pada tahun 2012, iaitu hari ini adalah genap seminggu pemergian beliau.. ALHAMDULILLAH arwah pergi meninggalkan kita pada hari JUMAAT iaitu PENGHULU segala hari..

setiap status FB yang dibuat oleh rakan arwah masih lagi mengenai arwah, mereka redha dengan pemergian arwah walaupun mereka masih lagi terasa kehangatan gurauan arwah.

YA ALLAH YA TUHANKU, SEMOGA ARWAH TENANG DISANA DAN SELALU DOAKAN KEBAIKAN UNTUK KAWAN-KAWAN..

AL FATIHAH JUGA KEPADA ARWAH ABAH.. ABAH, MIRA RINDU ABAH..

sekian..

05 January 2012

HOSPITAL AGAIN



SALAM..


2012-01-04 14.38.27

2012-01-05 01.07.54

TODAY HOSPITAL AGAIN.. SEMALAM CHECKUP HARI INI AMBIL DARAH..

LEMAH JANTUNGKU.. HARAP2 TAK DE PAPE..

AMIN3

sekian..

04 January 2012

WORDLESS WEDNESDAY


374797_2950003506921_1166366183_3187078_875231381_n



SEKIAN PADA HARI INI… HEHEHE..

NOTED : TODAY, HOSPITAL CHECKUP..

03 January 2012

SITU SANA SINI CERITA NI

salam..



ada banyak bende aku hutang korang entry tapi ini baru aku dapat semalam kat FB.. SITU SANA SINI blog duk sibuk cakap pasal pelajar CEMERLANG SPM 2004, AMALINA CHE BAKRI, aku sendiri terkejut dan tak sangka..

bukan aku nak bz body pun, tak de makno nak keypochi ni semua, cuma nak tau betul ke dye ni?? dari sudut aku tengok macam betul gambar kat bawah ni dye.. tapi entahla.. sendiri2 korang nilai okeyh..


ini gambar dulu selepas berjaya CEMERLANG DALAM SPM pada tahun 2004.. oit!! tahun aku tu.. dye ni sama umo dengan aku tau..

yang kat bawah ni semua gambar SEKARANG.. sumber dari FB






semua gambar ni dyeorang dapat daripada FB AMALINA CHE BAKAR, entah betul entah tak, tapi kalau tak betul takkan dyeorg boleh copy gambar ni semua kan dan aku sendiri duk tercari2 mane FB si AMALINA ni..

kalau korang tau n ada FB dak AMALINA ni, share la jugak ye, saje nak keypochi lebay2.. kannnnnnn..

sekian…

02 January 2012

PERGI YANG TIDAK KEMBALI (ALLAHYARHAM MOHD HAFIZAN HASIM)


383705_146058128831572_100002821564872_177001_796186665_n



ALLAHYARHAM MOHD HAFIZAN HASIM A.K.A BOB AJIL
BERBAJU MELAYU KUNING..

29/12/2011 (KHAMIS)

Allahyarham pulang dari UMP, dengan menumpang rakannya pulang ke rumah di ajil,terengganu.

30/12/2011 (JUMAAT)

Jam 7.00 pagi

Allahyarham bersiap untuk menyertai konvoi ke Penang.

Jam 2.30
petang

Kami ahli keluarga mendapat berita Allahyarham kemalangan di Grik tetapi masih dalam ketidakpastian. kami mendapat berita yg sahih selepas dapat menghubungi rakannya yang bersama-sama menyertai konvoi.

menurut rakannya:

Allahyarham ketinggalan di belakang dan cuba mengejar rakan-rakannya yg berada di hadapan. namun, ketika memotong kenderaan lain, Allahyarham terbabas akibat jalan yg licin dan jatuh memasuki jalan yg bertentangan. pada ketika itulah, kenderaan (HONDA) dari jalan yg bertentangan tidak sempat mengelak dan terus menyeret Allahyarham.

Allahyarham meninggal di tempat kejadian.

31/12/2011 (SABTU)

JAM 3.45 pagi

Allahyarham selamat sampai di rumah.

JAM 9.00 pagi

Allahyarham selamat dikebumikan

.

...........................................

doakan roh Allahyarham bersama orang2 yg beriman.maafkan segala kesilapan semasa Allahyarham mengenali kalian.



NOTED :
ARWAH ADALAH RAKAN SEKUMPULAN KONVOI ENCIK CHENTA.. APA YANG AKU KENALI DYE MEMANG PERIANG, DYELAH YANG PALING PERIANG DALAM RAMAI2 YANG LAIN..

SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN ORG YANG BERIMAN DAN BERTAQWA.. MUNGKIN INI SUDAH SAMPAI MASANYA KEMBALI KE TEMPAT ASALNYA..

AL FATIHAH..