Followers

22 March 2012

“HONEYMOON” FRASER HILL

SALAM..

seperti mana janji aku baru2 ini nak ceritakan perihal “honeymoon” pengantin baru yang kami join tu..

meh sini nak promote2 sikit.. promote tidak berbayar..

kami bertolak sgtlah lewat jam 430 petang, janjinya pukul 1 bertolak tapi disebabkan pengantin baru bz sangat nak selesaikan tugas kat rumah mertua so kami bertolak 430petang dari kuala lipis ke frasil hill..

nak naik sana dlm masa 45minit lebih kurang, tapi perajanan kami lebih kurang 2 jam or 2 jam lebih sebab kirakan sekali jalan sesak sebab org baru balik kerja..

ops!! lupa nak bagitau hari yang aku pergi tu hari ISNIN so haruslah hari org bekerja kan..

tujuan kami ke sana sebab nak shoot outdoor si pengantin ni, bukan nak “mengeko” sangat dyeorg ber”honeymoon”.. sampai sana dalam 6 lebih kot..

kami menginap di SILVERPARK RESORT.. kalau korang nak tau rate dye korang boleh klik kat SINI..


tapi resort yang aku duduk tu rate dye dalam RM289 kot sb kitaorg mintak apartment, tapi disebabkan ada kawan kat sana so dpt murah lah, harga kawan2, tapi bukan kawan aku, kawan si ARIFF..  so kami dapat apartment memang puas hati, dgn view kat luar sgt2lah sesuai dgn kami yang pencinta seni, senilah sangatkan.. so korang layan apartment sebesar yg kitaorg dapat ni..



RUANG TAMU YANG BESAR BOLEH MEMUATKAN LEBIH KURANG 5,6 ORANG

BILIK UTAMA DAN KEDUA..
GAMBAR ATAS – UTAMA, DAN BAWAHNYA BILIK KEDUA
BILIK UTAMA ADA BILIK AIR 





2,2 BILIK AIR YANG DILENGKAPI AIR PANAS




RUANG DAPUR YANG BESAR DAN SELESA

AND LASTTTTTTTTTTTTTTT SUDUT LUAR DAN VIEW YANG KAMI DAPAT AMAT MEMUASKAN HATI


tapi dipetang hari ala2 nak ke malam hari time kami sampai tu, kami dapat view macam kat bawah ni

DSC_8166

DSC_8171

DARI SUDUT TINGKAT 4

dari hati aku ini, FRASER HILL lebih lekat dihati berbanding CAMERON HIGHLANDS.. kalau korang suka shopping dan ditempat sejuk, korang bolehlah ke CAMERON HIGHLANDS.. tapi andai korang suka tempat yang sejuk dan ketenangan korang boleh pilih ke FRASER HILL, jam 8 malam suasana dah amat2 sunyi dan sepi sangat2 sebab masing2 dah layan perasaan time tu, nak jenjalan pun tak dapat la sebab kabus dah menguasai kesemuanya..

ada lagi sambungan kita FRASER HILL.. tunggu entry besok..

sekian..

21 March 2012

BAGI WANITA YANG SUKA DIET

 

salam..

disini aku nak kongsi sikit cara RASULULLAH S.A.W diet, dan aku sebagai seorang hamba ALLAH yang jugak ingin berdiet apabila org cakap aku dah tembam sekarang ni sedang mencuba nak mengamalkan cara RASULLAH S.A.W..

JOM SAMA2 kita amalkan.. INSYA ALLAH..

DIET

 

P/S : INFO INI DIPETIK DARI RAKAN KERJA AKU, KAK HANIZA MOHAMAD.. TERIMA KASIH KAK..

sekian..

20 March 2012

KENDURI KUALA LIPIS

salam..

selesai sudah kenduri salah seorang dari IDEAL FAMILY di KUALA LIPIS, kampung TOK TI a.k.a CT NURHALIZA..

rumah pengantin perempuan berhadapan dengan rumah TOK TI ok… sb tu berani beno duk over acting kat status FB nak mkn petay ngan TOK TI.. hahaha.. tengok tak pernah pun tuan empunya badan, asyek tgk rumah je.. wakakaka

 

Picture 361abang long IDEAL PHOTOGRAPHY a.k.a fadhil dan isteri

kami IDEAL FAMILY berkampung disana selama 4 hari 3 malam.. bermula dari sehari sebelum akad nikah, sehinggalah selepas sehari majlis mereka..

hepi giler aku duk kat kole lipis, bukan sebab TOK TI tapi sebab orgnya sangat2lah peramah dan family isteri fadhil (ILNIEY) dah macam keluarga aku, peluk cium, gurau senda.. best sangat2..

DSC_7942

kenapa kami sakan sangat kat sana sebab kami selaku PHOTOGRAPHER kat sana dan aku… aku selaku pembantu group bukan sebagai photographer ye adik2 kakak2 abg2 ye..

dannnnnnnn kami paling beruntung sebab dapat makan makanan pengantin punya.. best2.. paling best IKAN PATIN, KOLE LIPIS laaaaaaa katakan…

lastttttttttttttt….

TAHNIAH aku ucapkan kat korang berdua macam2 masalah yang dihadapi sejak bertunang hinggalah menginjak ke saat2 akhir HARI BAHAGIA yang kunjung tiba, dengan berkat kesabaran mereka berdua mengharunginya akhirnya selamat juga ke jinjang pelamin dengan bahagianya..

ALHAMDULILLAH…

p/s : tunggu kemunculan kami mengekor pengantin pergi honeymoon.. yeahhhh~~

sekian…

19 March 2012

PENDAPAT ANDA??

Meletakkan Status "IN A RELATIONSHIP WITH"

419790_274411035966874_165445646863414_621944_1665653523_n

Apakah makna yang tersirat di sebalik status "in a relationship with"?
Adakah ia haram atau merupakan satu andaian "ZINA INTERNET"?
Adakah ini salah satu cara orang Yahudi mengalpakan orang Islam dan apabila berterusan ia akan mengundang bala daripada Allah tanpa kita sedari telah melakukan kemurkaanNya?

Soalnya salahkah? Kenapa pula benda macam ni pun nak dijadikan isu?
KERANA KAMU ADALAH CINTA HATIKU

"In a Relationship With" sama maksud dengan "bercouple dengan" atau "bercinta dengan". Tak kisahlah couple islamik atau tidak.
Biasanya yang buat status ini mungkin :
1. Jujur
2. Suka berterus terang
3. Tak nak orang lain ganggu pasangan dia
4. Serius sangat dalam perhubungan mereka
5. Bangga dapat bercouple dengan si dia
6. Nak tunjuk dekat semua orang bahawa dirinya sudah berpunya
7.Atau mungkin ada jawpan mereka yang tersendiri

Anda boleh pilih, anda yang mana satu?
KELIRU DENGAN ISTILAH "IN RELATIONSHIP"

Kalau golongan alim berkata "bercouple tu berzina" pasti ramai yang melenting!
"Ape pasal pulak?????"
"Ah!!! Sudah! Tak abes-abes nak menghukum tak tentu pasal"
"Jumud! Sempitlah pemikiran kau ni. Bercouple je, bukannye buat ape pun"
"Alimlah sangat. Tu dah melebih.
Banyak lagi perkara-perkara wajib yang lain kita boleh sebarkan. Pasal status ni pun nak kecoh!"

Kalau yang versi bernada baik :
"Ish ish ish..Takkan laa sampai status 'in a relationship with' pun kita nak teruskan isbatkan sebagai zina. Boleh jadi 'in a relationship' tu dah bertunang ke, dalam proses bertunang ke. Berhati-hati la dengan was-was syaitan. Walaupun niat asal kita baik, tapi jika tak berhati-hati, kita terjebak dengan tipu daya syaitan akibat sikap melampaui batas. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita. Allahu a'lam"

Apa pendapat anda? Anda rasa bagaimana? Salahkah?

FAHAMILAH : ISLAM ITU CANTIK
Isunya,kita semua sudah sedia maklum rata-rata pengguna FB meletakkan status "in a relationship with" adalah bercouple di usia remaja. Lingkungan umur seawal usia 7 tahun (darjah 1) hingga 30-an (dah bekerja tapi belum kahwin lagi).

Peringkat umur seawal 8 tahun hingga 20-an adakah golongan yang sedang dalam proses berkahwin?Sudah mampu untuk berkahwin? Sudah bersedia untuk berkahwin?Serius untuk berkahwin atau sekadar suka-suka?Wallahualam..

Dan cuba anda kaitkan :
Kenapa Islam suka sangat "menjaga tepi kain" umatnya?Kenapa Islam terkenal dengan ayat 32 surah al-israa “Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”?Bukankah bercouple mendekati dan menghampiri zina?Bukankah kaedah mencegah lebih baik daripada merawat?

“Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA.”

MANA SATU YANG WAJIB?
"Alimlah sangat. Tu dah melebih. Banyak lagi perkara-perkara wajib yang lain kita boleh sebarkan. Pasal status ni pun nak di jadikan isu!"

Apakah yang dimaksudkan dengan perkara-perkara yang "wajib" disebarkan?
Ilmu akidah? Solat? Soal ketuhanan dan keimanan? Ibadah? Adakah hanya menyebarkan ilmu dan perkara-perkara yang wajib hanya tanggungjawab si alim?

Pernah dengar istilah "zina hati" tak?
"Apabila kita asyik merindui pasangan kita, sentiasa berfikir mengenainya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya, kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadanya, atau kecintaannya kepada kita, maka zina telah berlaku, walaupun tidak bersua dari segi pancaindera. Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita".

Allah memerintahkann kita, supaya jangan mendekati, bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita, kerana zina hati adalah kesan dari kita mendekati zina.

Bagaimana, anda setuju? Berlapanglah dada untuk sama-sama menginsafi.
Bukankah Islam itu sangat baik, sangat menjaga umatnya walau seremeh-remeh perkara?

ZINA : MENGELAK FITNAH
Pertanyaan :
"Adakah jatuh zina ke atas individu yang menukarkan status daripada "single" kepada "in a relationship with" jika dia punya reason tersendiri? Atas niat untuk mengelakkan diri daripada lalai dan alpa dengan menggunakan status "single" mahupun "in open relationship".

Jadi bakal pemimpin yang akan memimpin bahtera kelak lebih bersedia, berjaga-jaga dan berwaspada daripada sebarang godaan.

Bermakna bagi mereka, status-status tersebut membutakan mereka terasa yang mereka punya komitmen dan memikul tanggungjawab untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik supaya lebih bersedia kelak".

Sama juga. Jika masih "berdegil" dan obses sangat untuk menggunakan status "in a relationship with" mahupun "open relationship", silakan.

Tapi, macam biasa. Hidup mesti berprinsip. Bebas tidak bermakna terbabas.
Perlu melihat kepada niat, waqi' (situasi semasa atau tempat) dan kemudharatan, adakah fitnah akan berlaku?

LANGKAH PALING BIJAK
1. Guna status "in a relationship with" sama gender
2. Guna status "in a relationship with" berbeza gender tetapi MAHRAM
3. Guna status "married" atau "divorced"
4. Tak payah letak apa-apa status.
5. Pandangan anda?

Mohon maaf jika ada bahasa yang agak kasar dan kurang menyenangkan..bukanlah niat untuk menyalahkan sesiapa dalam hal ini.Sekadar ingin memberi nasihat dan peringatan sahaja...Semoga kita semua berusaha untuk menjadi manusia yang berjaya dalam menggapai redha ilahi.Insyallah.

Jom berdakwah! Saling ingat mengingati dengan SHARE kepada rakan-rakan anda. Semoga ia menjadi rantaian pahala kepada kita semua. InsyaAllah

SUMBER DARI : FB MY NETWORK

14 March 2012

NeenaAnuar Giveaway "Aigner & JLo Scent Treasure Hunt!"

GUMMY POST!!!

~PLEASE SCROLL DOWN FOR NEW ENTRIES~

Jom sama-sama terokai I'm Yourss dalam giveaway kali ini! :)

*contest banner*

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1. Contest nie terbuka kepada anda semua yg mempunyai blog & juga FaceBook!  macam mana nak join giveaway nie thru FB?  nanti aku ceritakan!


2. Tiada paksaan utk menjadi follower blog I'm Yourss nie... kalau rasa nak follow silakann.. kalau tak nak pun takpe as long as on any updates about this contest you all are fully aware about it yea.. :)


3. Create 1 Entry (for Blog) / Notes (for FB) khas mengenai giveaway ini dengan tajuk NeenaAnuar GIVEAWAY "Aigner & JLo Scent Treasure Hunt!"


4. Copy dan letakkan Banner contest ini didalam Entry (Blog) / Note (FB).. dan juga dlm entry / note korang pastikan ade syarat penyertaan + gambar ketiga-tiga hadiah + kesemua gambar soalan A-G.. jgn lupa caption nya perlu dicopykan sekali!  Senang citer apa yg aku bebel kat dlm entry giveaway nie.. ko copy jerk semua sekali dan pastekan ke dalam entry / note korang tuh! :D

5. Kemudian bagi Bloggers... pastikan banner contest nie di letakkan di bahagian sidebar blog anda.. dan juga sila pastikan ianyer di back LINK kan ke blog I'm Yourss nie...


6. Seperti yg dijanjikan dlm entry sebelum nie... ade 3 Hadiah yg bakal korang menangi....


1st Winner!
Aigner 100ml body lotion!

2nd Winner!
75ml of Jeniffer Lopez body lotion!

3rd winner!
50 ml Aigner body lotion!

7.  Then kalau korang dah complete kan semua syarat2 diatas... as for Bloggers, sila tinggalkan LINK entry contest anda tu di sini.. NeenaAnuar GIVEAWAY "Aigner & JLo Scent Treasure Hunt!" ni yer...supaya senang si Neena Gorjes Gonjeng nak gi check korang punyer penyertaan...   as for Facebookers pulak, korang perlu Inbox me at my FB account by giving me your Note link!  Tak kire korang friend or unfriend with me at FB.. yg penting just drop me your Note Link sahaja and make sure that your Privacy Setting for that notes is open for Public.. Then only I can check your notes entry keh! :)


8.  Takde sistem TAG.. if ade your readers yg rasa nak join.. di persila kan! but if korang rasa korang baik hati nak ajak kawan2 korang yg di Blog ataupun di Facebook utk join GA nie dengan TAG some of your friends... no problemo! everybody are most welcome! :)


9.  Cara pemilihan pemenang akan dilakukan berdasarkan pada jawapan yg paling tepat!  Kalau let say ramai yg dapat menjawab dengan tepat.. as usal aku akan gunakan khidmat Random.org!  so biler dah guna random.org tu makanya sapa yg bertuah lah akan dapat hadiah2 wangian seperti diatas nie tadi!


10.  Ok ini part yg paling penting... Dalam memberi JAWAPAN kepada soalan-soalan yg akan aku kemukakan dlm Giveaway ini.. anda DILARANG sama sekali.. aku ulang yer... anda DILARANGGGG sama sekali utk NYATA kan jawapan anda di entry (Blog) or note (FB)!  kenapa aku larang?  coz jawapan korang adelah Rahsia!  nanti org lain yg joint senang2 jek copy paste jawapan korang! tak ke kesian ko dah penat2 belek blog aku.. pastu org lain yg nak joint sesedap rasa gie copypaste! so dengan ini aku isitiharkan jawapan korang Biarlah Rahsia!  Dengan aku jangan lahhh pulak ko rahsiaaa... nanti macam mana aku  nak tahu ko bagi jawapan yg betol atau tidak! haha.. so basically biler korang nak antar LINK entry korang kat aku.. dlm link tu nyatakan lah jawapan korang pada aku... don't worry... link korang aku takkan publish sampai tamat tempoh contest.. akan aku simpan dulu baik2 dlm comments moderation tuh!  as for facebookers pulak.. dah tentu2 biler korang hantar note link korang kat aku secara Inbox.. ia adelah private!  So semua jawapan anda adelah rahsia ok! In case ade jugak yg bagi jawapan kat entry or note korang... ingat.. automatik aku reject penyertaan korang tau! nanti tak adil pada org lain yg nak joint pulak! :) 
    


10. Tarikh TUTUP Contest pada 15th Mac 2012 pada tepat jam 11.59PM... So all the best and gOOd LuCk guysss! :)



Ok.. syarat penyertaan dah tahu... so now apa yg perlu korang buat?  Biler sebut pasal Treasure Hunt.. maksudnya korang perlu buat kerja hunting lah kan?? haha.. actually sangat simple dan sangat mudah bagi mereka yg membaca blog aku secara tegar! confirm korang tahu jawapannya!  But pada yg tak sure.. or like 50/50 nak kasik jawapan.. don't worry... semua soalan-soalan treasure hunt aku tu ade jawapan nya di dalam I'm Yourss nie! cuma korang kene pi treasure.. carik jawapan yg paling tepat! itu sahaja! mudah kan?? hehe...


So di sini ade 7 soalan yg perlu korang jawab...  make sure korang jawab dengan TEPAT ok! kalau jawapan korang kurang tepat.. ade org lain lagi tepat.. then mungkin korang tak berpeluang utk menang! :)


Here we go for 7 simple question for you to hunt the answer at I'm Yourss!


SOALAN A

Dekat butik mana aku beli baju gorjes kesayangan aku nie?
*Sertakan Nama Penuh Butik dan lokasi nya sekali*

SOALAN B

Dimanakah tempat yg gorjes ini?
*Sila nyatakan nama tempat yg dilawati ini dengan lokasinya yg tepat*

SOALAN C

Bilakah tarikh kami berdua miliki iPhone 4?
*Pastikan tarikh berserta tahun diberikan dgn tepat*

SOALAN D

Dimanakah aku beli topi putih yg gorjes itu?
*Sila nyatakan nama penuh kedai dengan tepat*

SOALAN E

Dalam segment Naked Chef at Home aku...
ade satu gorjes resipi aku yg sangatt popular & hit!  sila berikan nama resipi tersebut!



SOALAN F

Nyatakan 3 color contact lens yg menjadi pilihan hati ku!
*Sila berikan brand & juga warna dengan tepat*

SOALAN G

Nyatakan nama rancangan yg aku tonton dimana ianya telah berjaya menambat hati aku utk pergi ke tempat ini! 


Kesemua jawapan pada persoalan diatas korang boleh dapat dlm I'm Yourss nie!  kalau tak tahu sila lah godek sampai dapat!  but remember.. jgn terlaluu confident dengan jawapan korang.. coz some question could be a tricky question!  hehehe.. so make sure baca soalan aku tu betol-betol... perrghh... sian korang kene jawab soalan cam amik exam! haha.. ye lahh.. aku ingatkan aje.. jgn confident sangat.. so adelah lebih baik korang double confirm ngan survey the answer dlm I'm Yourss nie ok! :)


So to make it simple biler korang menjawab pada soalan aku... nanti biler korang antarkan jawapan kat aku.. just put it like this... 


Contoh:-

Soalan A - ***** (nyatakan jawapan anda)

Soalan B - ***** (nyatakan jawapan anda)

*
aku ingatkan lagi sekali.. jgn publish jawapan kat entry/note korang*


Paham? tak paham aku rotan kanggg.. penat dah aku terang satu persatu ngan cukup detail nie! :p


Ok lah.. dah penat aku create soalan exam utk korang nie... I'm sure you guyss boleh jumpa jawapannya sebab soalan semuanya senanggg lah sesangatt!! So all the best and Good Luck Guys! ;)

P/S : KAK NEENA, SORI TAK CENTER SEPERTI MANA KAK BUAT SEBAB KAT SINI DAH AUTO

07 March 2012

WW ~ WOW!!

salam

WORDLESS WEDNESDAY
paling rajin nak update..


425246_304656852929969_100001569691357_823836_112982031_n
ada ke apartment macam ni erk?? agak2 bahaya tak??

sekian…