Followers

14 March 2013

PERMULAAN PERJALANAN

salam.. 

orang lain dah cerita, tapi aku baru nak membuka bicara... 
takpe, ini versi aku..

RAYA CINA itu hari aku mintak cuti panjang, semata-mata FAMILY TRIP nak melawat bapak saudara aku yang sakit... Pada mulanya nak melawat SUAMI NE (adik bongsu mak) dalam duk buat perancangan nak balik kampung mak tu, tetiba dapat berita pulak SUAMI CIK (kakak mak) accident.. YA ALLAH, banyak betul dugaan.. kebetulan semuanya nak ikut TRIP balik kampung ni, kitaorang nak pergi melawat sekaligus je.. 

dah nama semua adik beradik aku follow kan, dah alang2 niat menziarah, kami pun melancong sekaligus. selama aku balik kampung untuk beraya, sekali dua je kami pergi melancong, banyaknya kami pergi sana sebab balik beraya, menziarah, kenduri kawin atau lain-lain.. tapi paling banyak sekali aku pergi adalah GEYLANG SERAI.. haaa itu nanti cerita ye.. sebelum tu, jom layan dulu gambar hari pertama kat sana...

Aku, mak, yana, zikri, abang 1 family bergerak ke PAKA rumah abang ejaq pada petang khamis, then malam lepas isyak macam tu la, kitaorang slow2 bergerak ke JB rumah CIK kat TAMAN BARU UDA tapi kitaorang berehat malam tu kat rumah ABANG FADHIL (anak sulong CIK). then lepas makan tengahari macam tu terus bertolak ke SINGAPORE.. jom layan gambar, penat nak bercerita.. MALAS


time ni dah pagi dah, breakfast dulu rumah abang FADIL then pi rumah CIK melepak dan makan tengahari sebelum masuk SINGAPORE

dah siap LUNCH kitaorang pun berangkat ke SINGAPORE
#ops!! sebelum berangkat tu, sempat jumpe my UNCLE, BAHDIN (abang mak) kat rumah CIK, kebetulan dye nak balik ke KL dari SINGAPORE, sejak raya itu hari sampailah raya cina baru dapat jumpe, ALHAMDULILLAH dye sihat.





  
 dah sampai SINGAPORE kitaorang terus pi HOSPITAL KETUPAT kenapa nama KETUPAT, klik name tu then korang akan dapat jawapan kenapa aku bagi nama HOSPITAL KETUPAT..  

perancangan UTAMA kitaorang balik kampung pun memang nak ke HOSPITAL sebab nak melawat my UNCLE (SUAMI NE)...

abaikan kami yang gedik dalam lift, adik badik aku semuanya sengal. time ni cuma ada MAK, ABANG, KAK ANI (akak ipar), ABANG EJAQ, KAK LINA, AKU, YANA dan anak2 abang + anak2 abang ejaq dan anak kakak yang sulung yang memang duduk TERENGGANU.

time ni KAKAK aku belum sampai lagi dari KL, dye bertolak lewat dari KL.. ops!! tak lupa encik CHENTA saya, dye pun ikut sekali FAMILY TRIP ni, bawak dye kenal2kan sedara...


 

 dah sampai kat HOSPITAL KETUPAT tu memang dah sah-sah niat nak melawat kan, kebetulan my uncle (SUAMI NE) baru lepas operate so kami tak boleh masuk ramai-ramai melawat

kebetulan time bercuti ni majoriti adik badik aku dan anak-anak saudara aku baru baik demam, tapi masih lagi dalam keadaan selsema dan batuk, so tak dapat melawat lelama dalam bilik tu.. hanya duk tunjuk muka dan salam then  kuar duk kat tempat menunggu macam gambar kami beramai2 kat atas tu.
  
NOTED : tapi sekarang ni ALHAMDULILLAH, my uncle (SUAMI NE) dah beransur pulih seperti sediakala... ALHAMDULILLAH

next entry sambungan daripada yang ini akan menyusul, INSYA ALLAH..

 ~ L.O.L MYRA ~

3 GEDIXXX:

Razil Tahir said...

bestnya jalan-jalan reramai...
saya tak pernah camtu...
paling ramai pun 5 orang.
Keluarga saya memang kecik jer... huhuhuhuhu

kazmyra afkar said...

RAZIL TAHIR : bila ramai mcm ni, macam2 ragam.. heehe... bukan selalu dapat ramai2 macam.. raya pun kadang2 ada tak dpt balik sebab kerja...

Dewi Aja said...

Hello Blogger!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)