salam…
orang dah nak raya, baru nak kuar entry pasal MERDEKA kan.. hahahahaha, punya la malas lately, malas nak berfikir cuma rajen nak mengemas untuk beraya, nak rayalah katakan…
baru ni 30hb malam menjelangnya hari KEMERDEKAAN.. PARLIMEN KUALA TERENGGANU ada buat sambutan bagi HARI KEMERDEKAAN dan sekaligus BERSAHUR bagi menyambut RAMADHAN juga… walaupun MERDEKA kita bersama dengan bulan RAMADHAN, kedua2 hari penting tu, takkan dilupakan…
MERDEKA demi NEGARA,
RAMADHAN demi RUKUN ISLAM…
betul tak???
so kat sini ada sedikit sambutan MERDEKA yang telah diadakan di PULAU KAMBING< KUALA TERENGGANU…
sebabnya selepas kitaorang menyambut kemerdekaan, kitaorang ada sediakan makan-makan untuk bersahur bagi mana-mana tetamu yang hadir.. sape tak hadir rugilah gamaknya…
KEK KEMERDEKAAN KALI KE 53
mana-mana rakyat TERENGGANU a.k.a TETAMU yang hadir time nak sambut kemerdekaan ni dijemput sama untuk bersama-sama memotong kek ni bagi memeriahkan lagi majlis… best tau kek ni, best dan cantek…
KONVOI BASIKAL HARI KEMERDEKAAN
ni lah sebahagian anak-anak MERDEKA yang sanggup berkumpul dengan geng-geng basikalnya dan berkumpul kat tempat kitaorang ni semata-mata nak sambut sama-sama dengan kitaorang, oh dyeorang sungguh spoting ok.. dan paling spoting sampai dyeorang sanggup bagi basikal ‘TUA’ kat aku untuk posing… hahaha…
eh2, macam sesuai je lagu tu dengan aku… hahaha.. lagu petikan dari SUDIRMAN HAJI ARSHAD… mula-mula aku nak naik basikal tu, tapi macam tinggi je, kalau terus kayuh tak terasa tinggi tapi kalau hanya nak bergambar korang tau la apa rasa kan??? hehehehehehe, faham-faham jela…
last sekali aku letak gambar bendera kebanggan kita, bendera MALAYSIA… sebenarnya banyak lagi gambar, tapi dah malas nak upload… takpekan malas sekali sekala… hehehe.. lepas ni nak cerita bab PERSIAPAN RAYA plak.. kalau aku rajen…
masih belum terlambat aku nak ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE –53, banggalah dengan NEGARA kita sendiri, jangan musnahkan BANGSA dan NEGARA kita…
renung-renungkan dan selamat beramal…
sekian….
0 GEDIXXX:
Post a Comment