Followers

27 September 2010

1st RAYA

salam…

rajen la sangat aku ye, katanya 1 hari, 1 entry raya tapi habok pn tak de kan.. hahaha…

ok aku tak nak cerita panjang, aku nak suh layan gambar je, nanti aku tambah lah caption ni sikit2, yang mane patut… jaag2 entry panjang…

tahun ni aku beraya banyak tempat, banyak negeri… sekarang ni aku nak cerita raya pertama dulu.. raya pertama aku pagi2 di JOHOR BAHRU, di TAMAN BARU UDA… selepas bersalam-salaman kitaorang semua bertolak ke KOTA TINGGI, JOHOR rumah uncle aku a.k.a abang mak aku… selepas tu belah petang sikit kami bertolak masuk ke SINGAPORE pula.. walaupun ada sedikit penat, tapi hepi je…

61370_1614804247774_1166366183_1725122_6719049_nso pagi2 lagi selepas sembahyang raya haruslah bersalaman memohon kemaafan, bagi yang tua2 haruslah duduk atas kerusi menunggu anak2 datang memohon kemaafan, bermulanya dengan uncle aku, suami kepada kakak mak aku, cik peah.. time ni aku dah mula seday2 la, dah mula nak nanges tapi belum titik2 lagi airmata ni, sebelum ni bergalak sakan, tak hengat dunia…

58904_1614804687785_1166366183_1725124_5053058_nselepas uncle aku sepatutnya ngan aunty aku cik peah aku, tapi lari entah mane ntah sebab sebelum aku bersalam ni, anak2 cik peah a.k.a cousin aku dah bersalaman dulu, kata dyeorang lebay tua, pastu dyeorangkan anak2 kepada kakak mak aku, so dyeoranglah dulu start bersalam, pastu ikut turn anak2 mak aku plak beratur so mata2 dyeorang da basah la disimbahi dengan air mata, tu yang cik peah lari p sapu air mata tu…

dah cik peah dah lari, aku pun p la salam dengan mak aku(jangan kata aku tak memohon kemaafan plak dengan cik peah aku), time ni dah lerai betul2 la air mata aku, nanges2 cium2, peluk sakan mak aku, dah mintak ampun semua dah…

 58904_1614804727786_1166366183_1725125_8360643_nlepas turn mak aku, turn aunty aku yang ni plak a.k.a adik mak yang bongsu.. oh makcik ni aku mintak maaf punyalah ikhlas dan cium2 semua dah, lepas tu je, dye kutuk aku puas hati tau, macam2 dye kata kat aku… tak boleh blah betol la makcik aku yang ini…   

59145_1616369246898_1166366183_1729999_1085612_nselepas bersalaman haruslah bergambar sakan kan?? oh korang jangan plak terkejut ye ini bukan kumpulan nasyid atau marhaban tapi kumpulan pom pom gurls.. hahaha… eh baju ini ditaja oleh aku, dan dipilih oleh si mat.. aku sengaja cari baju yang kaler sama, warna sama dengan mak dan adik aku, tahun ni saje nak menggatal gitu… tak pe kan.. kami kan kembar.. semua adik beradik ni, yang duduk tu kakak (mak) aku, aku yang tengah2 tepi aku adik aku.. hehehe…

61119_10150089745878858_813953857_7333866_1808843_ninilah kami sekeluarga sebelah mak aku.. ini baru sikit, ada lagi sebenarnya, tapi dah ada beraya di kota tinggi, ada beraya di singapore, so tak plak nak temu ramai2 sekaligus gini.. hanya yang ini je beraya di rumah CIK PEAH di JOHOR…

62886_10150089747048858_813953857_7333918_8112287_nselepas sesi bergambar di rumah cik peah, kami pun bertolak la ke KOTA TINGGI, JOHOR rumah uncle aku..  time ni ada bertambah lagi keluarga kami, dengan anak2 AYAH NGAH, anak CIK PEAH lagi sorang oh ramaikan……???? tapi ada lagi tauuuuuuuuu, tak termasuk yang SINGAPORE, yang KUALA LUMPUR.. oh ramai2.. dah jumpe sepupu sepapat semua, sampai aku sendiri pun dah tak cam mane anak sepupu aku, mane cucu sedara aku, mane sepupu aku, mane mak sedara aku, oh memang dah bertukar2..

60158_1600188534712_1536014295_31518519_3309869_noh ya, kalau korang nak tau, 1st raya ni jatuh pada hari jadi bapak sedara aku di KOTA TINGGI ni.. yang baju hijau tu, uncle aku suami kepada makcik aku yang kutuk2 aku tu… yang baju purple ni la BUFDAY BOY, hehehe.. yang tudung PURPLE tu wife dye, makcik aku.. jadi kitaorang pergi ni pun raya + sambut kelahiran bapak sedara aku yang tercinta ni…

disebabkan sambut bufday sekaligus, so anak kepada UNCLE aku ni, iaitu sepupu aku la ada buat satey, satey bukan dari kedai, tapi buat sendiri.. anak bongsu AYAH NGAH ni pandai memasak, mak cakap hari tu p rumah dye, dye buat burger fuhhhhhh sedap bangat, baru burger makanan laen mesti lagi lagi lagi sedap… eh satey dye sedap ok, kak MAHERAN n suami tungkus lumus duk bakar2 satey untuk kitaorang makan.. cadangnya kitaorang lepas je SEMBAHYANG JUMAAT nak bertolak ke rumah cik peah amek beg dan terus masuk SINGAPORE, tapi disebabkan BUFDAY BOY ni suruh tunggu dulu, so kami tunggulah dulu sampailah ke petang…

 61031_1600186014649_1536014295_31518513_7802013_n  58469_10150089747213858_813953857_7333924_8165354_nkitaorang ketika ini tengah syok melayan SATAY.. daripada dalam umah, tak puas hati tak cukup makan, terus keluar p amek kat luar .. gambar bawah yang ada asap2 tu, kat situ la kak MAHERAN bakar, tu yang keluar tu, p dekat sikit, cepat sikit ley mkn.. hahaha.. oh gambar2 kami memang gedik, gedik sebab boleh mkn satey…

lepas dah makan satey semua, kami bertolak ke BANDAR BARU UDA semula, sebab nak p hangkut semua beg2 tu nak buat masuk ke SINGAPORE lagipun mak aku kene drive kete anak CIK PEAH, kereta MALAYSIA tak boleh pemandu SINGAPORE di dalam sana ye tuan2, nanti kene saman, saman dye bukan murah2, mahal ko, sebab tu mak aku kene drive, mak aku kan lesen MALAYSIA…

melepasi imegresen je, terus p WOODLANDS rumah aunty aku a.k.a kakak mak aku, pastu rumah anak kakak mak aku.. oh banyak betul perhentian kitaorang di SINGAPORE tak ngamek gambar, sampai je melantak, sampai je melantak… tak berkesempatan nak ngamek gambar… and 2nd last pada hari raya pertama ni beraya di rumah abang AIDIL, suami kepada kazen aku kak YIN, anak dan menantu kepada CIK PEAH aku yang baju merah ni.. oh sungguh HOT 2 orang ni.. kepala gile2..   63007_10150089746323858_813953857_7333887_7983387_n58692_10150089748593858_813953857_7333979_820421_nni rumah abang aidil… kitaorang beraya sambil tengok movie hantu, tajuk apa erk, lupalah.. WUJUD kot.. lupalah, giler serius takut aku, cerita ni kisah benar, orang SINGAPORE p INDON semata2 nak buat shooting hantu sebenar ni, siap panggil2 lagi hantu tu ko, datanglah, kemarilah, oh aku ingat!!! nak lupakan.. seram lah jugak kalau diingatkan, kalau lupa tak seram la.. hehehe… oh rumah abang aidil sungguh best menunya, dari bulan puasa lagi aku nak makan sambal sotong kering, tapi selepas dah kene pantang sekarang ni, terus aku tolak habes-habesan nk mkn sambal sotong kering tu…. kesian kat aku, telan air liur macam tu je…

so demikian saja dan tamatlah cerita raya pertama aku, esok lusa keluarlah cerita raya kedua aku, INSYA ALLAH…

p/s : gambar ini adalah ihsan daripada mak sedara kaki buli dan juga abang aidil, dari aku pun ada.. yang mane patut la aku copy n kasi santapan korang…

 

sekian…

1 GEDIXXX:

Anonymous said...

syoknyer rayer...=)
zoeyzauyah.blogspot.com
follow my blog lak ya?