Followers

31 December 2011

PERGI TAKKAN KEMBALI..

salam..



SELAMAT DATANG 2012, dan kau pergi takkan kembali 2011..

2012 new year wishes on sea


kenangan 2011 takkan aku lupakan..
berbagai2 corak kehidupan kelalui sepanjang 2011..



dan kini..

2012
ku mengharapkan sesuatu perubahan yang baru dalam kehidupanku..
ku menanti yang belum aku dapat pada 2011..
ku mohon akan terjadi transformasi ini..

SELAMAT TINGGAL 2011 YANG MENJADI KENANGAN DALAM HIDUPKU..

SELAMAT DATANG 2012 YANG AKAN MUNCUL KENANGAN DALAM HIDUPKU..

sekian..

20 December 2011

CRAZY LUCKYDRAW..


salam… 

sekarang ini cik TUAN TANAH dah berangkat masuk ke kampung IBU TERCINTA di SINGAPURA.. sementara tak dapat nak buat entry CAMERON HIGHLANDS, aku nak buat satu LUCKY DRAW untuk korang.. just ikut je apa yang aku suruh dan nama anda tersenarai untuk dicalonkan dalam list LUCKY DRAW.. jom JOIN ramai2..

HADIAH MISTERI DARI CAMERON HIGHLANDS.. hehehe.. aku just nak kasikan ole2 dari CAMERON HIGHLANDS so dengan secara adilnya aku nak buat la LUCKY DRAW ini.. supaya lebih merapatkan lagi silaturrahim aku dgn semua blogger yang ada.. Hadiahnya tak la mahal sangat, just suka2 KHAS untuk KORANG..

 
HANYA 3 ORANG SAHAJA PEMENANG!!
CARA PENYERTAAN :

1. BUATKAN SATU ENTRY BERTAJUK “CRAZY LUCKYDRAW

2. LETAKKAN GAMBAR STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS DIBAWAH INI SEBAGAI SIMBOL LUCKYDRAW PADA ENTRY ANDA DAN DI SISI DEBAR DAN LETAKKAN SEKALI LINK ENTRY INI.

crazy lucky draw

3. HARUSLAH FOLLOW DAN KLIK BUTTON LIKE DI FAN PAGE PADA SISI DEBAR.

LIKE


4. TAG KAN KEPADA 3 ORANG SAHAJA KEPADA RAKAN2 ANDA SUPAYA TURUT SAMA MENYERTAI LUCKYDRAW INI.

5. SELESAI KESEMUANYA WAJIB ANDA TINGGALKAN LINK ENTRY ANDA PADA COMMENT DI ENTRY INI.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH 31/12/2011 (SABTU)

KEPUTUSAN LUCKY DRAW AKAN DIBERITAHU SEMULA..
sekian..

19 December 2011

WORDLESS monday


334957_2853274968768_1166366183_3135361_518555833_o

STORY CAMERON HIGHLANDS COMING SOON..

14 December 2011

GERHANA BULAN

salam..

org dah lama duk cite pasal GERHANA BULAN, aku baru nak cite..

pada malam GERHANA BULAN aku tak tertengok pun sebab time tu aku dalam perjalanan bari ke KUALA TERENGGANU dari KL..

yeeeeee!! ramai yang marah aku pergi KL tak cakap tapi aku pergi KL kali ni ada keje, ada shoot salon rakan sekampung satu group dgn aku, kiranya pergi untuk mempromote saloon gitu..

oh dah tersimpang jauh ceritanya.. so aku nak share 1 gambar GERHANA BULAN ni, sangatlah kreatif konsep yang dibuat.. aku dapat gambar ni daripada sumber FB..

 384221_258022890919131_164486926939395_631242_934030572_n


cantekkan bulan ciptaan TUHAN, cantekkan idea ciptaan MANUSIA.. YA ALLAH besarnya kurniaan mu ini..

sekian..

13 December 2011

keranamu seorang AYAH

KERANA SEMALAM ADA SEDIKIT VIDEO MENGENAI AYAH, HARI INI AKU NAK KONGSI CERITA PULA MENGENAI SEORANG AYAH.. SAMA2LAH KITA MENGHAYATINYA…


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

11
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untUk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!".. Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

parents1


Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya... Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan itu ini, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak, beliau memenuhinya.. Saat kamu berjaya.. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu.. Ayah akan tersenyum dengan bangga..

parents-5445s11
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah.. Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya.. Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya.. ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

wedding_hands11
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik.. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

grandfather_with_grandson11
p/s : sebab itu kebanyakkan lelaki yang sudah menjadi bapa akan lebih sayangkan anak daripada isteri.. majoriti dalam dunia ini memang mcm tu…

I MISS MY LATE FATHER…
WE LOVE U ABAH…

sekian…

12 December 2011

12.12.11 TWO WISHES






HARI INI HARI LAHIR UNTUK ARWAH ABAH.. SEDIH DAN RINDU KAT ARWAH.. UNTUK KORANG AKU HADIAHKAN VIDEO INI, MEMANG SANGAT2 SEDIH SAMPAI AKU BOLEH TITISKAN AIR MATA..

SEMUA INI KERANA SEORANG LELAKI YANG DIGELAR BAPA..

ABAH,
SELAMAT HARI JADI..
SEMOGA ABAH TENANG DISANA,
KAMI DISINI MERINDUI DAN MENGINGATI SELALU ABAH DISISI KAMI..

AL FATIHAH…

dan ucapan terakhir

393439_322889404405462_100000532145927_1225762_1115815152_n
SELAMAT PULANG TUANKU…

sekian…

07 December 2011

U MAKE ME CRY

salam..

agak2 korang dalam dunia ini ada lagi ke lelaki seperti ini??



untungnya aku andai org melamar aku seperti ini..

nak mintak encik #CHENTA melamar mcm ni laaaa, perghhhhhhhhhhhhhhh kira org paling BAHAGIA lah aku ni…

sekian…

06 December 2011

KAMU, DIA DAN CARTA

salam…

kerana ini

v

v

v

v

v

image
klik pada gambar untuk keypochi




yang ini

v

v

v

v

v

image


menjunam naik pengunjung pada 1 DEC 2011

terima kasih yang sudi membaca… tak sangka ramai jugak yg baca pasal ni..

sekarang internet rumah aku dah pulih setelah dimarah2 oleh penduduk kampung aku

ALHAMDULILLAH…

sekian…

05 December 2011

HAJAT SEPARUH JALAN

salam..

jumaat lepas, aku ke MESRA MALL daerah KEMAMAN.. semata2 nak tengok OMBAK RINDU yang duk gembaR gembur kan dalam FB dan merata2…


Ombak-Rindu-LimauAis-1



tapikannnnnnnnnnn TIDAK KESAMPAIAN sebab 3 panggung OMBAK RINDU dibuka pada waktu yang sama tapi 3,3 SOLD OUT…

kesian kat aku kan..

kecewaaaa giler … 2 jam perjalanan dari KUALA TERENGGANU ke MESRA MALL semata2 nak tengok OMBAK RINDU tapi tak kesampaiannnnnnn akhirnya.. balik2 muka frust tak dapat layan OMBAK RINDU…

aku adalah peminat TEGAR NOVEL OMBAK RINDU.. dari OMBAK RINDU lepas tu sambungan tajuk apa entah aku dah lupa tapi last sambungan OMBAK RINDU tu aku tak boleh nak baca lagi sb tak jumpe apa nama buku NOVEL TU…

ok dah mengarut banyak, so dah sampai sana tengok tiket dah SOLD OUT terus je aku beli tiket dan layan cerita ni..

Puss in Boots (2011)

aku layan cerita ni 3D.. nak layan non 3D tak boleh sb dah terlepas masa so aku layan je 3D.. cerita ini sangatlahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh best and kelakar…

aku bagi cerita ni 4bintang.. tapi aku sarankan kat korang jangan tengok 3D sebab tak superb mane 3D cerita ni buat rugi duit hanggggggggggg je..

 Puss-in-Boots-puss-in-boots-shrek-1024x600


aku sukakan watak si BABY PUFF, sangat cute bila dye buat mata HITAM dye besar.. siap boleh PUKAU ASKAR lagi.. hahaha.. eh2, korang tengok la cerita dye, memang kelakar… serius… tapi INGATTTTTTTTT jangan 3D, membazir duit hang je…
sekali lagi ingatkan..


p/s : AKU MENANTIKAN OMBAK RINDU DI ASTRO FIRST JEEEEEEE..

sekian…

01 December 2011

ORG PUNYA KISAH.. TM??

salam…

aku tak mo cakap panjang, sebab mood sekarang hati aku tengah membara pasal sorang lelaki.. KISAH KECIK tapi dah jadi BESAR kerana hadirnya KOMEN YANG BERTAULIAH BELIAU

TM1



BULATAN HITAM
: itu adalah komen lelaki yang membuatkan aku jadi naik HANGEN SATU BADAN, kalah IBU MENGANDUNG…

BULATAN BIRU : itu adalah kawan aku.. dye memang dulu ANTI dgn TM.. dari aku 1 OPIS dengan dye lagi..

KENAPA AKU HIGLIGHT NAMA WARNA MERAH sebabnyaaaaaaaaaaaa NAMA BELIAU HARUSLAH DITUTUP sebab aku masih lagi MENGHORMATI KAUM KELUARGA BELIAU.. aku kenal siapa mak, ayah, kakak, adik2 dan ipar duai dye..


TM2

ini adalah jawapan yang aku telah berikan kepada SI BULATAN HITAM itu.. sorylah andai kaum kerabat dye baca, buat terasa hati.. tapi patutkah beliau SOUND aku tetiba..


TM3



ini pula status yang aku tujukan kat LELAKI yang MENGAUUUUUMMM tetiba tu..
kenapa komen aku kasi semua org baca.. tengok pada GAMBAR nama AI ZUD DINK tu, dye juga pekerja TM, dye adalah kawan aku a.k.a kawan encik #CHENTA.. aku ngadu kat dye, bleter2 kat dye, tak de dye nak naik HOT macam si LELAKI itu…

aku pelik kenapa dye sound macam tu, dye ada SHARE ke dengan TM?? kalau ada sekalipunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn…

CUSTOMER ALWAYS RIGHT!!

kalau tiap2 bulan TM mesti buat hal, patut ke kita sebagai CUSTOMER duk diam buat tak tau je, sedangkan TIAP2 BULAN bayar bil.. kalau LAMBAT dyeorang KOL mintak dan2 tu jugak pi bayar, tapi time kita DYE BUAT REPORT tu adalah sebagai report biasa yang tak perlu nak buat cepat2..

FOR TM PLEASE TAKE NOT..

aku kol CUSTOMER SERVICES tak meraung macam ni skli, aku sendiri cakap bersopan santun, berbudi bahasa, tapi datangnya lelaki tadi aku tak marahkan TM tapi balik2 aku nak marahkan dye.. walhal dye hanya pekerja TM sahaja… 

KALAU KORANG TEMPAT AKU, APA KORANG RASA TETIBA ORG DATANG SOUND MACAM TU??



sekian…

30 November 2011

MELAKA TRIP

salam..

hello2..
lately ni ada kemalasan sikit dalam diri ini sb keletihan..
yewla.. baru je balik TRIP CAMERON terus je ke PORT DICKSON untuk kursus..
hilang penat CAMERON HIGHLANDS tak hilang lagi..
tapi yang penting dan ALHAMDULILLAH kami dah jayakan trip percutian kami dengan selamatnya.. ALHAMDULILLAH..

kami sangat2lah hepi dapat bercuti macam ni.. semuanya tak de masalah, cuma kekalutan sikit tu adalah, bkn pasal apa sangat ada 1 tragedi yang menyayat hati.. hehehe.. itu nanti akan aku ceritakan di entry akan datang ye..

now nak cerita pasal trip di MELAKA.. ops!! korang2 jangan salah faham, ini bukan aku, tapi si encik #CHENTA.. FYI encik #CHENTA ni penggemar makan angin, keje dye asyek makan angin je dengan kawan2.. tak secara berKERETA dengan cara berkonvoi MOTOR..

tiap2 tahun ada dalam 5,6 kali trip dye dengan MOTO.. ada cuti UMUM adalah makan angin dye.. cuma this year dye kurang sikit sebab sibuk dengan kerja.. kerja lebih pentingkan.. so terpaksa lah dye k.i.v dye punya hobi..

melalut memanjang je.. so entry ni tak nak cerita pasal trip dye tapi nak cerita pasal buah tangan yang dye bawak balik untuk aku.. korang tau apa??

jeng3..


310454_257455047623044_100000756536110_703637_1436725467_n


BANTALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!

walaupun itu hanyalah bantal, tapi tulisan merah itu amatlah bermakna!!
encik #CHENTA adalah seorang yg sangat2 susah nak tunjuk keromantikannya.. dengan aku sendiri dye ego, tapi tetiba aku dapat macam ni dan tetiba aku rasa dye sangat romantik.. awwwwwwwwwwwwwww..

walaupun korang dapat lebih superb romantik daripada yang aku dapat..

sepanjang aku couple dengan dye, ini adalah hadiah yang paling2 bermakna sb ada tertera kat situ dye LOVE2 aku.. hahaha.. GATAL je bunyi kan..

trip lain selain MELAKA ni ada dye bagi tapi dah lama berkurun dah tak perlu nak tunjuk2.. tak sehebat mane pun.. hahaha..

aku pernah request nak bunga, tapi encik #CHENTA jawab, bunga hidup cepat layu, nanti dye belikan bunga plastik.. hati aku “hampeh je mamat ni.. tak romantik langsung!!”

tapiiiiiiiiiiiii takpe, aku nak juga hadiah romantik lagi..
tenkiu so MUCH B, lepas ni bagi yang lebih romantik k.. BUNGA k.. neh3..

sekian…

29 November 2011

KHALIFAH


SALAM…




Khalifah - Mira Lyrics
Verse 1
Hai Mira..
Cinta pandang pertama
Gadis melayu berbaju kebaya
Bersanggul bunga
Bunga seroja
Ayu.. oh manisnya
Verse 2
Oh mira..
Nama panggilan manja
Senyum tawa jelingan yang menggoda
Berdebar rasa
Bila bersua
Bila.. bertemu bunga
Kau mira bunga hatiku sayang
Usah segan..
Aku hendak berkawan
Mahu melihat
Ayunya parasmu
Cuma mahu mendengar
Merdunya suaramu
Solo
Repeat Verse 2
Kau mira bunga hatiku sayang
Usah segan..
Aku hendak berkawan
Mahu melihat
Ayunya parasmu
Cuma mahu mendengar
Merdunya suaramu
Cuma mahu melihat
Ayunya parasmu
Cuma mahu mendengar
Merdunya suaramu

27 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH



maalhjijrahqe0


gambar ehsan dari encik GOOGLE

23 November 2011

lambat wish..

salam..

alamak!! orang dah wish semalam, tapi hari ni baru aku nak wish..
anyway, TAHNIAH MALAYSIA.. I proud with u, MALAYSIA..


malaysia-flag1


Untitled-1_83

 



PENJAGA GOL yang hensem… APEK a.k.a KHAIRUL FAHMI.. gol penalti yang terakhir bagi INDONESIA dye buat bola tu tak masuk gol, time tu aku rasa macam nak g peluk cium je tiang gol tu.. hahaha, nasib  baik aku kat rumah dyeorang kat INDONESIA kan… teringin nak peluk si KHAIRUL FAHMI tu.. tapi tak boleh nak peluk, giler koooooo nak peluk dye nanti #retis kita sentap.. hahaha…


67668_447999174905_246271459905_5137883_3978373_n
KETUA KUMPULAN yang mantop.. eh betul ke dye KETUA PASUKAN erk?? aku rasa betul dah kot, sila betulkan aku jika aku salah… BADROL BAKHTIAR.. YA ALLAH, semasa sepakan terakhir time tu kaki aku dah menggigil kecut ketakutan.. time bola tu terkeluar balik, hati aku macam alamak, tak de rezeki lagi ke?? sedih kejap tau…

tapi kemudian ada tergelincir sikit dari tangan penjaga GOL INDONESIA tu kemudian bola tu cepat2 lari masuk dalam JARING GOL, time tu HANYA TUHAN je tau betapa kuat suara aku memekik kat rumah.. hahahaha.. gembira ok…

 


GEMBIRA, BANGGA dan macam2 lah hati aku.. HEBAT KO MALAYSIA, bola sepak KEKAL DIHATI MALAYSIA..

I LOVE MALAYSIA…

p/s : untuk pengetahuan korang, entry ini adalag auto publish dan ketika ini aku didalam bus pergi meninggalkan KUALA TERENGGANU dan menyertai kursus di PORT DICKSON, doakan perjalanan kami selamat sampai dan pulang ye.. insya allah..

KU MENGHARAPKAN HATI AKU HAPPY DENGAN KURSUS INI.. hahaha, aku bukan kaki mendengar org taklimat.. yang aku suka, HOLIDAY.. yeahhh.. ~~

sekian..

22 November 2011

my best buddy

salam..

hari ini adalah entry kedua terakhir aku rajen, sebab besok aku dah berangkat ke PORT DICKSON demi menjalankan tugas yang diwajibkan oleh kerja aku..

best jerk jenjalan kan.. lepas pi CAMERON HIGHLANDS terus ke PORT DICKSON, walhal korang tak tau, aku tengah kering ni sb dah shopping sakan di CAMERON baru ni, now nak ke PORT DICKSON pula, naseb baik semua ditanggung..

DSC_0653

FATEN, my best buddy aku.. ohhh sangatlah gedik minah ni kan.. hahaha.. dah kawen dah ko FATEN, tinggal aku kelip2 menanti jodoh yang tak tau bila nak tiba..

FYI aku pergi kenduri akad nikah dye je, yang bersanding keesokan harinya aku tak pergi sebab melayan banyak lagi majlis yang ada.. tapi kira oklah aku menemani hari debarannya.. hari bersanding non ado dye berdebar, lagi tak sabar menanti malam adalah.. hahahaha.. opsssssssssssss!!!

time akad nikah dye, aku menjadi pengapit tetiba, diheretnya aku tetiba duk tepi dye siap cakap “mung jangan tinggal aku mira” hahaha… punyalah berdebar si pengantin ni kan.. hahahaa… time tu dengan aku sekali berdebar.. macam aku nak nikah je.. hahaha…

oh lupa nak bagitau, si faten ni amek tarikh yang amat2 aku nak sangat dulu2.. aku pikirkan tarikh ni nak bertunang tapi memandangkan si CHENTA HATI baru je dapat kerja, so aku diamkan aje niat aku tu.. FATEN amek tarikh 11.11.11 cantekkan.. tarikh tu dye amek untuk akad nikah, hari bersanding pula dye amek keesokan harinya 12.11.11..


316081_190075777744157_100002252070499_411451_1885059759_n

inilah suami tercinta dye.. ANGAH (nama panggilan).. ko tengok muka si FATEN ni, sangat2 lah ceria sb dah jadi ISTERI orang… tapi perangai tetap mcm aku, tak boleh blah, perangai gile2.. hehehe…

DSC_0652



ko tengok minah ni, bukan main tonggeng lagi.. menggedik semacam je.. hepi lewww tu.. hahahaha.. oit, aku kutuk mung ni, mung jangan marah, kekg aku jual mung… hahahaha…

DSC_0661



bagi ruang si GADIS menggedik atas pelamin… lambat sangat naik pelamin sendiri, tumpang pelamin orang pun boleh lah.. kan2…

sekian…

21 November 2011

TAK SANGKA

salam…

hye guys…
akhirnya aku kembali di TERATAK KAMPUNG HALAMAN ku.. cewahhhh, macam lah selama ni duduk di perantauan kan..
tak boleh blahhh.. hahahaa

ok sekarang aku nak share sikit ni, sikit je.. tak mo banyak2.. lepas ni aku nak keluarkan entry percutian aku, tapi buat masa ni nanti dulu coz gambar2 aku masih belum dapat dari group aku.. so korang layan cerita ni dulu k..

carta1

carta



bende alah ni lah yang aku nak share sangat2 ni ha… konfem korang cakap, apalah budak ni kan, bende ni pun nak share..

sori la, aku bukan nak menunjuk2 tapi aku tau korang lebih hebat daripada aku.. dan ini adalah carta yang aku pestime tengok daripada account NUFFNANG aku sendiri.. tak sangka berwarna warni macam ni..

aku sangka ini adalah berkat kerajinan aku selama aku duk buat entry tiap2 hari.. bangga mak kejap nokssss sebab ada yang sudi melawat blog makk yang tak seberapa nak rajin ni..

aku tau korang lebih hebat.. tapi bagilah peluang kat aku yang tak berapa hebat ni nak menjadi hebat macam korang… korang senior, aku ni kan junior.. hahahaha

bukan carta ni sahaja berwarna warni, peratusan orang melawat blog aku pun meningkat.. baguskan.. ALHAMDULILLAH.. moga2 NUFFNANG aku pun meningkat. REZEKI itu datangnya dari ALLAH S.W.T… ada rezeki untuk aku, adalah DUIT NUFFNANG lebih untuk aku..

INSYA ALLAH…

sekian…

17 November 2011

CAMERON HERE WE COME

salam..

wah2, kenapa aku sangatlah rajin, kerana hati aku sangatlah hepi sebab mood bercuti berkobar2.. aku nak bercuti ni.. malam ini akan berangkatnya aku, mat dan kawan2 lain ke CAMERON HIGHLANDS.. yeay~~

suka2…
suka-suka jugak, tapi demi jasa baik kalian semua, aku mintak  dgn korang tolong doakan keselamatan kami pergi dan pulang ye, almaklumlah musim hujan ni, berdebar jugak nak panjat ke atas sana..

nantikan entry seterusnya..

2011-06-29 18.46.40

gambar ini adalah hiasan semata2.. memang ini baju aku yang dibuat oleh encik chenta untuk aku time dye nak pergi konvoi baru ni, tapi idoknya dye pergi, dye tolong buatkan je sebab time tu dye tak dapat cuti, sebab tu kali ni dye nak ikut sama meronggeng di CAMERON HIGHLANDS…

sekian…

16 November 2011

hey CUZEN..

salam..

minggu ni nak ceritakan KEGEMBIRAAN aku bersama CUZEN… tiada yang ternilai dalam hidup ini selain bergembira, ada ke menangis itu adalah yang ternilai dalam hidup, semua org tak nak sedih2 kan dlm hidup.. hurmmmm…

minggu ni aku nak cite yang gembira2 je, boleh???  ok meh nak cite, gambar ini adalah gambar dah lapuk tapi baru teringat belum di ceritakan..


253698_10150202515337287_847242286_6794941_5046514_n



RINDUUUUUUUUnya time ni.. berjalan bersama2 walaupun amek masa yang amat2 singkat.. Time ni kitaorang lepak di DCURVE, KUALA LUMPUR.. oh pestime ok aku sampai dalam ni, biasanya pergi IKEA je, tak pula singgah kat sebelah IKEA ni.. meh nak introduce ahli2 meronggeng yok..

tudung biru turqoise gitu itu KAK YAH, tudung biru lagi sorang tu, KAK HAN.. mereka adalah adik beradik.. anak2 kepada POK DE AZHAR iaitu abang kepada mak… mereka ini adalah asal dari KEMAMAN..

lelaki yang sorang2 tengah2 tu, duk kontrol macho tu, kalau korang tak kenal, nampak sangat korang tak pernah baca blog aku selama ni, ok2 meh nak kenalkan lagi sekali.. dye tu budak perasan dalam hidup aku, dye adalah org TERPENTING lah dalam hidup aku selain dari PARENTS and FAMILY..


baju peach tu adalah KAWAN kepada sepupu aku lagi sorang.. eh dye tak de dalam gambar ni, sb time ni dye jadi cameraman kitaorg, dah baju biru belakang tu, kawan kepada kawan si CUZEN aku…

253863_10150202514777287_847242286_6794931_4968567_n


haaaaaaa baju merah si tak muat kamera ni lah CUZEN aku yang jadi cameraman tak bertauliah tu.. dye ni sama umo dengan aku, dan dye adalah CUZEN aku yang paling rapat dgn aku, kitaorg saling luah perasaan.. 

si FAZMIR ni asal dari JOHOR BAHRU anak kepada CIK PEAH iaitu kakak kepada MAK aku juga.. mesti korang pelik kan, asal dengan sedara sebelah mak aku je..

FYI mmg kami adik beradik rapat sangat2 dengan sepupu sepapat sebelah MAK… majoriti kami rapat belah MAK berbanding belah arwah ABAH..

252683_10150202513842287_847242286_6794911_4910374_n

Dah intorduce meh nak tunjuk sipi2 hidangan yang KHAS kitaorg dapat daripada TUAN RUMAH iaitu KAK YAH and KAK HAN.. mereka itu berjanji nak belanja si adik2 ni, sekali datang amek koooo ramai gilos, terkezut agaknya si TUAN RUMAH tu.. hahaha..

pestime aku dapat makan AYAM PENYET, kalau dulu aku dengar aku asyek terpikir je apakah bende itu, ayam kene langgar ke?? hahaha, alih2 dapat makn perghhhhhhhhhhhhhh nak makan lagi, now aku tunggu si PUJAAN HATI aku belanja…

TERIMA KASIH yowwww CUZEN aku…

lepas makan je, kitaorg pergi membook tiket wayang, time wayang cite KARAK duk panas2 sangat.. eh2 nampak sangat lama gambar ni kan.. hahahaha.. lepas dah book tiket, sementara nunggu waktu untuk masuk panggung kitaorg pi menggedik dulu, so jom layan gambo jelah..

252588_10150202518742287_847242286_6795041_3434109_n

247988_10150202517352287_847242286_6794994_5926653_n
253428_10150202515607287_847242286_6794948_633001_n

253038_10150202520437287_847242286_6795094_5147878_n

dah la, banyak sangat kot.. nak suruh tengok kat FB pun aku dah close ALBUM ni.. so cukuplah setakat ini sahaja.. 

249798_10150202520977287_847242286_6795109_6966495_n


gambar penutup untuk entri ini..

sekian…

15 November 2011

SAHABAT, SELAMAT TINGGAL..

salam..

tetiba TERRRRRRRRRAJEN nak update lagi, sebab aku rasa hal ni dah beberapi dah tertangguh sepatutnya aku keluarkan entry ni awal BULAN NOVEMBER, tapi ni dah nak tengah2 dah.. kira oklah kan..

AMPUNKAN AKU WAHAI SAHABAT.. sebab lambat keluarkan entry SELAMAT TINGGAL kat kamo..

SDC12050



kami kehilangan seorang lagi SAHABAT yang kecik molek seperti TELETUBBIES ni..

KAK ZURA, rindunya kat kamo wahai kakak.. kamolah tempat ku meluahkan perasaan, meluahkan rasa, meluahkan segala2nya..

kamolah kakak ku yang amat2 sporting, yang amat2 lucu.. walaupun kamo selalu tersasul menyebut perkataan ERROR, tapi kamo tak pernah marah atau terasa dengan KAMI yang gelak2kan kamo boleh menyebabkan kamo malu dengan kami…

KAK ZURA, kami rindu kamo.. RINDU SANGAT2.. ketika ini aku menitiskan air mata mengeluarkan entry ni, AKU TAK TIPU LANGSUNG!! rindu sangat apabila dari KITA BERLIMA, tinggal hanya BEREMPAT dan kini TINGGAL KAMI BERTIGA disini…

kawan2 makin lama, makin tak de, janganlah kamo semakin jauh hati kamo dengan KAMI ye kak..

2011-07-26 19.03.40

WE LOVE U SO MUCH KAK ZURA!!



SEKIAN…





14 November 2011

JUADAH RAYA

salam..



ALAMAK!! baru nak kuar, cerita dah nak basi dah.. sempat lagi kan???

tahun ini mak aku masak simple2 je untuk raya.. mak aku sendiri dah buntu nak masak apa, so tekak aku ni nak makan sangat2 MEE SIAM so mak aku pun merealisasikan makanan yang aku duk sibuk nak makan sangat..

aku ni memang giler MEE SIAM mak.. aku tak pernah makan mee siam selain dari mak aku masak, kat kedai pun tak de tau.. tapi kalau SINGAPORE tu banyak kot.. EH YE KE?? ye kot…

2011-11-06 10.35.08

Inilah rupanya MEE SIAM tu.. mee hoon yang digoreng tawar dan kuah.. kuah ni bukan kuah kacang macam satey tau, ni lain…

2011-11-06 10.21.26



ALOHAI OMAK OIIIIIIIIII.. SODAPNYA!!! aku terliur giler mee ni.. macam ni lah cara makannya.. mee goreng, letak kuah, telur, letak kucai (BETUL KOT!!) pastu hiasan paling MANTOP UDANG.. sodap… nak lagi plzzz…

kalau korang berminat nak try2 dah terliur dah tengok gambar yang tak berapa nak terang tu nak cuba buat MEE SIAM ni bagi mane2 yang tak tau buat lah, korang direct komen dan tanya kat  blog mak .

korang tanya aku SUMPAH failed.. aku reti makan je.. bila lagi nak rasa mak aku masak kan, nanti dah kawen, aku la pula masak.. EH YE KE?? jaga2, ENCIK CHENTA baca blog aku dalam diam..

OPS!! rumah aku bukan ada ni je, ada lagi makanan lain untuk tambahan, RAYA HAJI bukannya macam RAYA PUASA yang org datang kunjung makan2, kasi duit raya kan.. RAYA HAJI ni datang hantar daging je.. so rumah aku ala kadar je, sebab yang makan pun bukan ramai, majoriti adik badik aku rumah mertua so yang tinggal 4,5 kerat je kat rumah.

2011-11-06 10.38.53


ni konfem korang kenal apa kan.. ini LEMANG.. mak aku beli, tak buat sendiri pun.. sedappp makan pula dengan inti serondeng tu.. fuhhh…

adehh lapar la pula rasanya ni…

sekian…

07 November 2011

RAYA KORBAN

SALAM…
DISINI SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA EID ADHA
KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA
DAN SEMUA KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA..

NANTIKAN ENTRY JUADAH RAYA.. YEAHHH…

SEKIAN..

03 November 2011

PE’M’

salam

 



wahhhhh, sangatlah pemalas aku sekarang.. tapi bukan malas sangat sebenarnya, tapi sebab aku duk layan sakit kepala aku ni..

2 hari lepas aku dah pergi checkup dengan hospital pakar pasal kepala aku ni, tapi ALHAMDULILLAH tak de pape, dia suspek aku ni MIGRAIN..

dulu aku pernah baca dari sumber twitter makhluk TUHAN yang busuk hati ni, dye ada katakan orang yang terkena sakit MIGRAIN ni adalah org yang dulunya pernah HISAP ROKOK, MINUM ARAK, LAYAN PIL2 yang tak sepatutnya lulus dalam NEGARA kita ni..

tapi setahu aku, pada diri aku ini, pegang ROKOK letak kat bibir pun tak, ini kan nak minum arak yang tak pernah2 umur aku terjah CLUB, layan PIL yang tak pernah aku tengok macam mane rupanya..

aku memang suspek MIGRAIN yang datang dari kepala yang stress bukan dari bende2 yang tak sepatutnya HAMBA TUHAN itu sebut..

sakit ini adalah KUASA ALLAH S.W.T.. ko adalah insan biasa yang tak patut buat2 diri ko macam doktor boleh menjatuhkan hukuman ke atas penyakit tu datang dari mana..

doctor bagitau aku migrain kerana kurang makan, dan terlalu stress.. checkup baru ni pun dye tak scan lagi kepala aku, just mintak aku senaman ringan nak tengok ketahan aku sekuat mana.. mayb after 4 months, doctor akan scan kepala aku jika aku masih lagi sakit2 walaupun dah makan ubat..

INSYA ALLAH jika diizinkan TUHAN, aku hanya penyakit MIGRAIN, bukan penyakit yang meragut nyawa..

 

  

p/s : bagi ruang aku nak rehatkan kepala untuk sementara.. love u a lot darling, bcoz still support my blog..

sekian..

12 October 2011

TERUJA BERJUTA JUTA

  salam..

dalam diam2 aku baru perasan yang dah seminggu aku rehat berblogging.. tak sihatlah.. tak sihat dengan penyakit M.. lalala

jom sambung entri minggu lepas.. raya tak habis lagi ni, bolehlah kan.. raya tak dirancang..

ok selepas ke PUTRAJAYA rumah kawan kakak aku (entry minggu lepas).. so kami beransur ke rumah blogger lain pula iaitu rumah kakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk (LUPA NAK TANYA!!!, PROMISE AKAN WAR2KAN BLOG AKAK TU).. 

time ini dah petang dah, entri lepas aku ada bagitau lepas jejaka idaman balik solat jumaat je, kami berangkat ke rumah blogger… sooooooo jom layan gambar


313605_194188743983503_100001771378729_436208_74155183_n



rombongan MAK KIAH.. sebelum itu nak maklumkan ye, ni bukan RUMAH PENGANTIN ye anak2.. ini OPEN HOUSE ler… siap canopy hijooooo.. kelas ko JAHHHHH..

ketika ini hubby kak MYA tengah duk bagi tau jalan nak masuk ke rumah OPEN HOUSE ni…

rombongan kami datang2 je terus terjah makan.. aku dengan encik #Chenta cari makanan yang paling mantoppppp.. macam2 ada makanannnnnn, tapi makanan yang aku rasa paling mantop yang ni haaaaaaaaaaaaaa…

316928_194188673983510_100001771378729_436206_377774498_n



AYAM BLACKPEPPER, besttttttttt wooooo.. aku makan sorang-sorang.. eh2 tak, KAKAK aku pun celup ayam aku.. lepas tu aku makan LAKSA PENANG yang dikongsi dengan encik #ChentaHati… tu ha ada rupa LAKSA PENANG sipi2 kat dalam tu.. gambar laksa penang aku tak jumpe cari samada aku dah celup dalam album kakak aku ke belum..

tapi apa yang penting SODAPPPPPPPPPPPPP giler dua makanan yang masuk dalam tekak aku ni.. makanan2 kat sini semuanya cepat2 SOLD OUT.. sedaplah katakan sebab tu dah cepat HABES…

ok2, tak mo merepek merembasssss lagi, kenapa tajuk entry aku TERUJA BERJUTA-JUTA sebabnya akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu dapattttttttttttttt jumpaaaaaaaaaaaaaaaa


302403_194188810650163_100001771378729_436209_69372360_n

nampak takkkkkkkkkk??? alaaaaaaaa si BAJU BIRU ITU… #retis blogger ko… kak REDMUMMY atau orang bagi gelaran kak JUTA.. ops!! AMIN3… semoga murah rezeki ye kak…

time dye sampai je, duk pula mengadap dengan aku SUMPAH tak lekang dari mata aku tengok kak RED ni.. umpama aku tercangang jumpe artis KOREA #LeeMinHoo ohhhhhhhhh TERUJAAAAAAAAANYA aku sat…

tak sangka selama ni duk baca blognya, duk dengar2 ceritanya akhirnya dapat jumpe KAK RED ni… sangatlah jakun aku okeyh…

lepas kak RED datang, makan2, gosip2 berakhirlah sudah pada hari ini dengan diserikan gambar2 kenangan aku jumpe #Retis…


294669_194189227316788_100001771378729_436218_658967529_n (1)
dari tepi sebelah kiri TUAN TANAH KEDAUNG, BERBAJU KURUNG TUAN RUMAH OPEN HOUSE (tolong kasi link akak ni),  BERTUDUNG PUTIH - KAK MYA, BERBAJU BIRU A.K.A MAK BUYUNG - KAK RED, DAN BERBAJU KEBAYA HITAM YANG SANGATTTTT SENGET OF COS KAKAK AKU (sebab tu berani cakap dye adalah senget)

 SDC12562

akhir sekali dengan secara sopan dan malu-malu aku mintak bergambar dengan kak RED melalui kakak aku.. kata MALU kan, so mintaklah dengan kakak aku sebab kakak aku dah terbiasa dengan kak RED ni.. aku ni baru 1st time jumpe tapi ala2 segan giteww…

ini sahaja entri mengarut merabam aku ni..

sekian..

04 October 2011

REZEKI AKU

salam

ini adalah sambungan cerita raya.. walaupun raya dah habis, tapi mood nak sambung cite raya ada sikit je lagi tak cerita..

2 weeks ago aku de KUALA LUMPUR sebab ada event yang patut aku sertai sedikit dan ada kerja yang perlu diselesaikan kat sana tapiiiiiiiiiiiii tak jadi nokssssss, kerja shooting group yang aku join IDEAL PHOTOGRAPHER kenalah batalkan…

dah batalkan, so aku amek lah peluang pi jenjalan ngan KAKAK dan encik #ChentaHati.. jom la layan gambo je…


313310_194187963983581_100001771378729_436193_1135477321_n



Ini adalah open house + portluck lah.. Nak jadi REZEKI aku, untuk sertai kakak aku pi OPEN HOUSE yang banyak bagai tu.. ALHAMDULILLAH… ini rumah kawan kakak aku yang hujung sebelah pakai tudung purple tu.. aku adalah low class skit, sb dok kenal.. hehe, so sipi-sipi je tak malu, selebihnya malu-malu.. SUCI je kan muka pemalu aku tu.. wakakaka..

time ini, jejaka idaman perempuan semua ke sembahyang JUMAAT dah kata hari JUMAAT kan, eh kata ke?? tak katalahhhhhhhhhhhh… ok2, ini adalah pada hari JUMAAT.. ok dah kata dah… (mengarut melebay!!!)

 303140_194188117316899_100001771378729_436196_10089660_n-horz-vert

  

ketika mereka sedang bersembahyang JUMAAT aku adalah kepuasan kerana aku tak de orang nak sembang, kakak aku haruslah sembang dgn segombolan kumpulannya..

so korang tgk ler gambar kat atas tu, gambar aksi MAUT AKU DAN ZULFAN.. sampai ZULFAN cakap, “UMMI, UFFAN PENAT DAH CIUM UMMI JE” ekekeke.. ZULFAN adalah orang yang paling senang untuk dicium..

korang tengok la gambar semuanya mengedik ngan ZULFAN si IKA??? minah tu?? harammmmmmmmmmmm asyek dgn ANGAN2 dye je duk joget2 macam princess la.. ZULFAN jugak stylo.. ekekeke

dah selesai je JEJAKA2 balik dari MASJID, terus je lahhhhhh kami slow2 berangkat sebab nak ke rumah kedua OPEN HOUSE pula di klang.. yang tu NEXT ENTRY la, sebab aku adalah VANGGA dapat jumpa seseorang..

seee yawwwwwwwwwwwwwww…

sekian…