Followers

26 December 2010

LadyELL buat Giveaway, JOM JOIN!!

salam…

minggu ni blog aku penuh dengan entry TAG je.. biasalah dah nak new year semua nak bagi GIVE, dan aku CUBA nak dapatkan GIVE tu.. tak salah kan??? so jom kita try join GIVE dari LadyELL ni…

present

syarat/ cara nak join :

ELL dye kira setiap 1 yang kita buat akan dapat 1 point, so jom lengkapkan kesemuanya…

1. Buat entry di blog anda mengenai giveaway ni dengan tajuk :LadyEll buat Giveaway,JOM JOIN!! dan hantarkan url link anda di ruangan komen post ini.

~ DAH BUAT…!!!

2. Follow blog "Life of ladyEll"

~ DAH LAMA FOLLOW, SO DAH BUAT!!!

3. Tag rakan anda sekurang2nya 2 orang

~ KAKAK AKU (AKU HALIMUNAN)

~ ELYANA (ELY)

4.Letak gambar banner beserta link giveaway ini di sidebar anda

~ DAH BUAT!!

SELESAI SUDAH.. SO TUNGGU LAH KEPUTUSANNYA NANTI.. INSYA ALLAH KALAU ADA REZEKI..

sekian….

PILIH THEME BLOG sw33tdarling.com

salam…

hari ni aku nak keluarkan entry untuk membayar hutang2 yang telah ditag oleh kakakku kepada ku, nanti TAG yang lain pula, banyak hutang aku dengan blogger2 lain rupenya.. bila plak aku nak buag GIVE AWAY niiiii…

banner-GAok jom buat bende alah ni..

syarat-syaratnya :

1.Vote salah satu theme yang disediakan

~ sudah vote, aku pilih LADY PRO.. sebab apa pilih LADY PRO sebab sesuai ngan akak aku yang OVER ni.. seorang perempuan yang berkerjaya (bodek!!!)

2. Tulis satu entry di blog masing² dengan tajuk “PILIH THEME BLOG sw33tdarling.com”, pamer theme pilihan [copy & paste jer] dan jelaskan kenapa korang nak sw33tdarling.com pilih theme tersebut

~ siap!! sudah terang lagi bersuluh.. sape tak nampak alamatnyaaaaaaaaaaaaaaaa …. hehehe

3. Tag 3 orang rakan supaya join GA ni

~ ayu kamu belum buatkan?? so i nak tag u lah.. (GATHIS METROPOLITAN)

~ sue, ari tu punya dah buat belum??? yang ni pun kene buat.. hehe (LOVING-LOVING)

~ mekpah, lama dah blog dok gerok ho, mari2lah merajin kan diri buat TAG plop.. (KEMBANG SEMANGKUK)

4. Letakkan permenalink entry anda di KOMEN BOX SWEETDARLING

5. Tarikh tutup pada 14hb January 2011 sebelum jam 23:59

23 December 2010

SPECIAL BUFDAY

salam…

hari ni 23hb 12 2010 bermakna genaplah umur my ‘b’ 26 tahun.. dah tua dah CHENTA HATI aku tu.. dah tua tapi bila nak kawen pun aku tak tau..

Image040

HEPI BUFDAY B, MOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI SUPAYA CEPAT2 KITA KAWEN.. HEHEHE… LUV U, MUAHHHHHHHH3333…

 

sekian

03 December 2010

EDIT PHOTO CONTEST

salam…

sebelum kuar entry lain, (wah macam banyak je entry) aku nak langsaikan hutang aku dengan kawan aku AYUMIE

JOM LANGSAIKAN APA YANG DITAG…

 

1 ~ buat satu entry yang bertajuk ‘EDIT FOTO CONTEST’ dalam entry itu haruslah letak pict tuan TANAH KEDAUN seperti dibawah dan link kan blog TUAN TANAH KEDAUN tu..

catsadfds(klik gambar untuk ke rumah TANAH KEDAUN)

2 ~ FOLLOW tuan TANAH KEDAUN untuk merapatkan lagi SILATURRAHIM…

image

3 ~ edit gambar dari kita tak kira gambar tu kita sendiri atau sesiapa saje, so kat sini aku pilih op cos gambar aku dan CHENTA HATI aku sebabnya aku tentulah tanah kedaun ni dan si MAT plak, dye kan tengah berangan ala-ala MODEL gitu so bagilah dye ruang gitu..

40772_130264187017963_100001031480248_170396_938440_nGAMBAR ASAL TAKEN BY MOHD SOLIHIN

40772_130264187017963_100001031480248_170396_938440_nGAMBAR SELEPAS DI EDIT

inilah hasilnya selepas diedit, tak secantik dah sekreatif mane, hanya menunaikan tanggungjawab yang telah diberi.. kalah menang adat pertandingan, kan kan kan..

4 ~ tag 4 orang rakan kita… (bab ni lemah ni..)

1. LYA

2. SUE

3. SIS DEE

4. SIS RASP

5. last sekali kenelah tinggalkan komen kat ruangan contest tu kat SINI

 

SAPE-SAPE YANG TAK DITAG TAPI NAK JOIN CONTEST NI, JOMLAH, HANYA SUKA2… FYI CONTEST NI TAMAT PADA

08 JANUARI 2011

CEPAT JOIN!!!!

SEKIAN…

01 December 2010

HOLIDAY

salam..

GAMBANG WATERPARK menjadi pilihan hati aku kali ini.. tak nak cakap panjang, nak kasi korang nengok gambar je, daripada blog aku bersawang lebih baik letak pict dan gerakkan entry tak lah NUFFNANG segan nak kasi aku BONUS.. kan kan kan..

GAMBANG WATERPARK ni terletaknya di KUANTAN, PAHANG.. kiranya kat sini macam ala-ala SUNWAY LAGOON la, tapi kalau dari segi permainan, mmg hebat SUNWAY LAGOON tapi kalau dari segi cara pengurusan memang HEBAT disini lah..

aku bercakap daripada pengalaman yang pernah aku pergi.. kat sini kalau setengah hari pergi dah puas dah, sebab hanya ada permainan basah saje, ops!!! maksud aku permainan air sahaja.. tapi kalau bab PENGURUSAN memang TIPTOP.. mmg bagus.. kalau kat SUNWAY LAGOON pula, kita kene duduk dari pagi sampai petang baru puas sebab banyak permainan kering dan juga basah.. tapi bab pengurusan yang dulu memang tak berapa berkenan la sikit, tapi sekarang tak tau la takut dah bertukar..

SDC10994SDC10979antara permainan atau tempat mandi khas untuk kanak-kanak, tapi orang tua boleh je tibai mandi kat sini.. best gila…  terasa macam dizaman kanak2.. haha..

SDC10975SDC10974ni bilik air.. memang bersih dan sungguh bersih, dijaga rapi..

IMG_0073inilah kawan aku EYDA.. dyelah kawan susah senang aku, ape2 masalah dye lah yang memahaminya.. TUAN empunya badan ni kecik cinonek je.. hehe..

SDC10996yang baju putih ni pula, chenta hati EYDA, MATKEM nama nye.. baju hitam tu, tak payah tanyalah, yang mane familiar muka dye dalam blog aku ni konfemlah korang tau sape dye tu ye..

FYI, budak baju hitam tu memang GILER LANSA.. KAMERA aku pun dye tibai nak bergambar, KAMERA phone eyda pun dye nak bergambar jugak.. isk2.. dalam LAPPY aku ni penuh gambar dye je.. kesian kami bertiga menjadi mangsa-mangsa photographer dye, dye plak berangan sebagai model.. yelahhhhhhhhhh, BOLEH BLAH!!!

korang tengoklah gambar kat bawah ni… ini adalah sebahagiannya…

IMG_0082SDC10990IMG_0116IMG_0119IMG_0066tengoklah, sampai aku nak amek gambar berdua pun dye buat pose maut dye.. aduh, pakwe sape la ni erk..

sebenarnya kami pergi tak ramai, hanya berempat sahaja.. mulanya nak pergi ramai, pastu last-last yang ni cancel yang tu cancel, akhirnya kami juga yang jadi pergi, takpelah kawan-kawan lain, laenkali kita pergi lagi bersama-sama ye, banyak lagi masanya…

yang pergi hanya aku dan pasangan, eyda dan pasangan.. sedih kan, PLAN ramai-ramai, last2 jadinya 4 orang je..

selesai dah penah lelah bermain kat GAMBANG WATERPARK.. kitaorang pun ke bandar KUANTAN, PAHANG.. dan sebelum balik konfem lah kami menyinggah makan dulu, dah penat main of cos la laparkan..

si MATKEM ni memang familiar bab-bab kedai makan ni, sebab dye memang kuat makan walaupun badan kurus kering gitu.. dye pun bawaklah ke tempat eksklusif di sini..

SDC10998SDC11000RESTORAN DAN KAFE SANTAI

*TENANG*DAMAI*MENYELERAKAN*

(sila beri laluan pada MODEL yang tak bertauliah tu ye, dye TOTAP nak menyinggah muka dye..)

IMG_0129tempat ni memang bestlah.. RESTORAN ni memang bertemakan SANTAI.. memang sesuai dengan nama yang diberi tu.. memang keseluruhan tempat ni macam ala-ala dalam taman halaman rumahlah, memang syoklah, serius.. kat sini harga memang TIP TOP la tapi makanan dia lebih TIP TOP.. memang sedap..

dan aku mengakhiri dengan gambar kami berdua.. beri laluan pada TUAN TANAH KEDAUN ye… hehe… aku memang suka gmbar ni.. sebabnya aku suka kaler MERAH di padankan dengan HITAM, itu je sebabnya.. hehe…

IMG_0097

sekian….

21 November 2010

KEMBALI BEKERJA

salam..

wahhhhhh, selepas bercuti lama sempena raya ni, dan mulai esok bermulalah tugas kita seperti biasa untuk mencari rezeki tiap2 bulan..

bagi korang di luar dari TERENGGANU, KELANTAN dan KEDAH.. korang akan bermulanya kerja pada hari esok, tapi aku dah mula kerja dah hari ni..

hari pertama kerja selepas bercuti lama, sungguh membosankan, sunyi je opis sebab ramai yang cuti lagi, ramai jugak cuti sebab kenduri kawen, betul tak??

so mane2 yang bekerja tu, SELAMAT MENJALANKAN TUGAS MASING-MASING dan teruskan hidup seperti biasa di PEJABAT..

sekian..

16 November 2010

HEPI RAYA

salam..

wah sekejap je masa berlalu dah bulan 11 kan, tak lama lagi bulan 12, dan ari ni ari terakhir bekerja sebelum kita menyambut hari raya AIDILADHA..

YA ALLAH, sekejapnya masa berlalukan, budak2 pun dah start cuti sekolah, tak lama lagi, kalau anak bujang (anak kakak) aku balik sini, bisinglah rumah ni.. rindunya kat anak bujang aku..

oklah tak mo celoteh panjang hanya nak wish

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

dan

SELAMAT PENGANTIN BARU

bagi pasangan-pasangan SUAMI ISTERI yang memilih pada hari yang mulia itu.. dah start cuti sekolah bermakna dah start lah kenduri kawen..

bila la aku pula ye.. seday je.. ok, bye, hanya itu je, selamatlah makan2 daging tu sama ye, kalau ada lebih, jangan segan2 hantar kat rumah aku..

AMPUN DAN MAAF DIPINTA..

SEKIAN..

12 November 2010

GIVE AWAY NAZZ@PURPLE

salam…

aku diTAG lagi oleh sahabat aku…

aku on9 je FB pastu nampak komen si makcik AYUMIE ni, mintak aku pun join sama contest yang dibuat oleh NAZZ@PURPLE.

TQ kat AYU coz sama-sama membangunkan blog kita.. hahaha, nak harapkan aku, lambat lah nak mengupdate.. muah3, cayang kamu..

ok jom buat CONTEST ni..

 

STEP 1 : TAJUK ENTRI MESTILAH ‘GIVE AWAY NAZZ@PURPLE’

STEP 1 ~ COMPLETE

 

giveaway

STEP 2 : LETAK BANNER ‘GIVEAWAY’ SEPERTI DIATAS

STEP 2 ~ COMPLETE

 

giveaway

STEP 3 : FOLLOW BLOG ‘NAZZ@PURPLE’

STEP 3 : COMPLETE

 

STEP 4 : PROMOTE DAN AJAK SESIAPA SAJE JOIN CONTEST NI

STEP 4 : JOM TENGOK SIAPA YANG KENE

1. DEE

2. RASP

3. LYA

4. SESIAPA YANG NAK JOIN..

 

tamatlah sudah step2 contest ni.. sape2 yang berminat, boleh la join..

sekian…

10 November 2010

TERKENA

salam…

oh malam ni terRAJEN baca blog.. pastu terbacalah blog kawan aku, si AYUMIE ni.. aduh baca punya baca punya baca, sekali di TAG!!!

OMG!!!

terpaksalah buat.. ops!! bukan terpaksa, tapi merelakan diri nak buat demi KAWAN, SAHABAT, SAYANG ku AYUMIE ni.. demi kamo tau, kita buat ni.. ok let’s go with task yang disediakan…

a) Write 5 interesting facts about the person who gave u this award.....

1. mula2 kenal, wow, superb peramah..

2. cantik, dan seayu namanya…

3. seorang kawan yang boleh dikatakan sahabat.

4. pendengar yang setia

5. yang paling penting, pandai memasak minah ni.. hahaha…

b) Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby

1. muka nampak sombong tapi peramah, bab orang kata belum kenal belum tau

2. cepat bengang walaupun orang hanya bergurau

3. pemboros tapi sekarang sudah pandai mengawal kewangan demi masa depan dan keinginan diri

4. kuat makan walaupun badan kurus.. tapi time hari tak nak makan, jangan paksa suruh makan.

5. suka research RESEPI, tapi masak entah bila

6. berkaraoke.. nak2 ofismate kaki karok jugak, lepas makan tengahri je konfem pergi karok macam dah jadi satu tabiat kitaorang…

7. menari, pantang nampak orang menari, mesti badan nak bergoyang2, ala2 feel tengah menari kot.. hehehe

8. mencari bende baru yang boleh digayakan tak kira tudung, baju or seluar, walaupun tak mampu tapi hanya berangan pun jadilah

9. makan coklat dan aiskrim, perkara penting dalam hidup.. tak dapat makan macam tak lengkap hidup ni.

10. yes, n lasttttttttttt.. penggemar cerita2 korea.. ohhhhhhhhhhhh i like!! hobi baru nak kumpul cd/ dvd korea lepas ni, yeahhhhhhhh..

 c) Pick your most 10 deserving recipients and describe them...

1. yang ni payah ni, ameklah sape2 nak untuk 2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10…!!!

 

dan inilah award yang dapat selepas menjawab kesemua soalan2 ini

award_ku_2

08 November 2010

TERKENA SAMPOK??!!

 

salam…

al kisah… aib… al kisah maka tersebutlah kisah, aib… sang kancil datang beramai-ramai mengadap duli yang maha mulia SULTAN FIRAUNNNNN, mane FIRAUNNNN pakai SULTAN, entah.. (slot PENDEKAR BUJANG LAPOK)..

kisahnya bukan kene sampok macam kene rasuk bende2 halus tu, tapi entry aku ni macam kene sampuk je..

aku ni nak menyelesaikan masalah windows kawan MAT.. pastu aku pun carilah balik entry2 lama, sebab kat entry lama aku tu ada keluarkan pasal MACAM MANE NAK HILANGKAN WINDOWS GENUINE..

macam mane WINDOWS GENUINE ni terjadi?? sebabnya, yang kita install tu adalah WINDOWS PIRATE, so kenelah hilang WINDOWS GENUINE kalau dah si pemakai tu menekan butang YES untuk UPDATE.. aku tak salahkan si pemakai, sebab masa aku format tu aku dah agak bende ni terjadi, sb kat tangan aku WINDOWS XP memang yang pirate…

ok berbalik pada tajuknya.. aku cari punya cari punya cari sekali tu entry aku keluar tulisan macam ni

image

kenapa jadi macam tu tulisannya?? macam mane aku nak baca ni?? entry ni dah kene sampuk ke??? hahaha.. lawak pun ada.. aku pun punyalah idea.. aku copy balik tulisan2 ni

image

macam gini pastu aku pastekan kat MICROSOFT WORD

image

lepas pastekan dalam WORD dye takkan kuar terus apa yang ditulis tapi kenelah tukarkan font dulu kepada font ARIAL atau apa2 yang sama waktunya dengannyalah barulah kuar apa yang ditulis sebelum ni.. betul2 buat aku gabra, aku pikir dah kene sampuk pastu dah tak boleh nak ubatkan balik dah.. naseb baik dapat pulihkan.. so bolehlah ikut cara ni balik..

ALHAMDULILLAH, selamattttttttttt…

p/s : kalau korang pun nak belajar, klik pada tulisan kaler biru tu.. tapi korang kene copy dan pastekan dalam word balik la untuk pembelajran yang lebay detail.. TQ!!

sekian….

02 November 2010

BILA NAK SAMBUNG???

salam….

lama dah tak sentuh blog aku ni.. buka tu selalu tapi hanya pembaca dalam diam je la blog korang tu.. tak tau la bila nak bergerak blog aku ni… header dah tukar, background dah tukar, tgk cerita 1st raya pun dah lama… dah lapuk.. orang lain dah habes cerita raya, tapi aku tetap tak bergerak-gerak lagi… pemalas betul aku ni kan???

aku bukan pemalas, tapi tak de masa la.. (alasan).. kat ofis tak de internet terus, sampai aku sendiri dah FED UP nak p kerja.. bosan2… tak tau nak buat pe..  dipendekkan cerita, aku dah tukar background n header baru.. korang komen la macam-macam mane ye…

image

sekian…

27 September 2010

1st RAYA

salam…

rajen la sangat aku ye, katanya 1 hari, 1 entry raya tapi habok pn tak de kan.. hahaha…

ok aku tak nak cerita panjang, aku nak suh layan gambar je, nanti aku tambah lah caption ni sikit2, yang mane patut… jaag2 entry panjang…

tahun ni aku beraya banyak tempat, banyak negeri… sekarang ni aku nak cerita raya pertama dulu.. raya pertama aku pagi2 di JOHOR BAHRU, di TAMAN BARU UDA… selepas bersalam-salaman kitaorang semua bertolak ke KOTA TINGGI, JOHOR rumah uncle aku a.k.a abang mak aku… selepas tu belah petang sikit kami bertolak masuk ke SINGAPORE pula.. walaupun ada sedikit penat, tapi hepi je…

61370_1614804247774_1166366183_1725122_6719049_nso pagi2 lagi selepas sembahyang raya haruslah bersalaman memohon kemaafan, bagi yang tua2 haruslah duduk atas kerusi menunggu anak2 datang memohon kemaafan, bermulanya dengan uncle aku, suami kepada kakak mak aku, cik peah.. time ni aku dah mula seday2 la, dah mula nak nanges tapi belum titik2 lagi airmata ni, sebelum ni bergalak sakan, tak hengat dunia…

58904_1614804687785_1166366183_1725124_5053058_nselepas uncle aku sepatutnya ngan aunty aku cik peah aku, tapi lari entah mane ntah sebab sebelum aku bersalam ni, anak2 cik peah a.k.a cousin aku dah bersalaman dulu, kata dyeorang lebay tua, pastu dyeorangkan anak2 kepada kakak mak aku, so dyeoranglah dulu start bersalam, pastu ikut turn anak2 mak aku plak beratur so mata2 dyeorang da basah la disimbahi dengan air mata, tu yang cik peah lari p sapu air mata tu…

dah cik peah dah lari, aku pun p la salam dengan mak aku(jangan kata aku tak memohon kemaafan plak dengan cik peah aku), time ni dah lerai betul2 la air mata aku, nanges2 cium2, peluk sakan mak aku, dah mintak ampun semua dah…

 58904_1614804727786_1166366183_1725125_8360643_nlepas turn mak aku, turn aunty aku yang ni plak a.k.a adik mak yang bongsu.. oh makcik ni aku mintak maaf punyalah ikhlas dan cium2 semua dah, lepas tu je, dye kutuk aku puas hati tau, macam2 dye kata kat aku… tak boleh blah betol la makcik aku yang ini…   

59145_1616369246898_1166366183_1729999_1085612_nselepas bersalaman haruslah bergambar sakan kan?? oh korang jangan plak terkejut ye ini bukan kumpulan nasyid atau marhaban tapi kumpulan pom pom gurls.. hahaha… eh baju ini ditaja oleh aku, dan dipilih oleh si mat.. aku sengaja cari baju yang kaler sama, warna sama dengan mak dan adik aku, tahun ni saje nak menggatal gitu… tak pe kan.. kami kan kembar.. semua adik beradik ni, yang duduk tu kakak (mak) aku, aku yang tengah2 tepi aku adik aku.. hehehe…

61119_10150089745878858_813953857_7333866_1808843_ninilah kami sekeluarga sebelah mak aku.. ini baru sikit, ada lagi sebenarnya, tapi dah ada beraya di kota tinggi, ada beraya di singapore, so tak plak nak temu ramai2 sekaligus gini.. hanya yang ini je beraya di rumah CIK PEAH di JOHOR…

62886_10150089747048858_813953857_7333918_8112287_nselepas sesi bergambar di rumah cik peah, kami pun bertolak la ke KOTA TINGGI, JOHOR rumah uncle aku..  time ni ada bertambah lagi keluarga kami, dengan anak2 AYAH NGAH, anak CIK PEAH lagi sorang oh ramaikan……???? tapi ada lagi tauuuuuuuuu, tak termasuk yang SINGAPORE, yang KUALA LUMPUR.. oh ramai2.. dah jumpe sepupu sepapat semua, sampai aku sendiri pun dah tak cam mane anak sepupu aku, mane cucu sedara aku, mane sepupu aku, mane mak sedara aku, oh memang dah bertukar2..

60158_1600188534712_1536014295_31518519_3309869_noh ya, kalau korang nak tau, 1st raya ni jatuh pada hari jadi bapak sedara aku di KOTA TINGGI ni.. yang baju hijau tu, uncle aku suami kepada makcik aku yang kutuk2 aku tu… yang baju purple ni la BUFDAY BOY, hehehe.. yang tudung PURPLE tu wife dye, makcik aku.. jadi kitaorang pergi ni pun raya + sambut kelahiran bapak sedara aku yang tercinta ni…

disebabkan sambut bufday sekaligus, so anak kepada UNCLE aku ni, iaitu sepupu aku la ada buat satey, satey bukan dari kedai, tapi buat sendiri.. anak bongsu AYAH NGAH ni pandai memasak, mak cakap hari tu p rumah dye, dye buat burger fuhhhhhh sedap bangat, baru burger makanan laen mesti lagi lagi lagi sedap… eh satey dye sedap ok, kak MAHERAN n suami tungkus lumus duk bakar2 satey untuk kitaorang makan.. cadangnya kitaorang lepas je SEMBAHYANG JUMAAT nak bertolak ke rumah cik peah amek beg dan terus masuk SINGAPORE, tapi disebabkan BUFDAY BOY ni suruh tunggu dulu, so kami tunggulah dulu sampailah ke petang…

 61031_1600186014649_1536014295_31518513_7802013_n  58469_10150089747213858_813953857_7333924_8165354_nkitaorang ketika ini tengah syok melayan SATAY.. daripada dalam umah, tak puas hati tak cukup makan, terus keluar p amek kat luar .. gambar bawah yang ada asap2 tu, kat situ la kak MAHERAN bakar, tu yang keluar tu, p dekat sikit, cepat sikit ley mkn.. hahaha.. oh gambar2 kami memang gedik, gedik sebab boleh mkn satey…

lepas dah makan satey semua, kami bertolak ke BANDAR BARU UDA semula, sebab nak p hangkut semua beg2 tu nak buat masuk ke SINGAPORE lagipun mak aku kene drive kete anak CIK PEAH, kereta MALAYSIA tak boleh pemandu SINGAPORE di dalam sana ye tuan2, nanti kene saman, saman dye bukan murah2, mahal ko, sebab tu mak aku kene drive, mak aku kan lesen MALAYSIA…

melepasi imegresen je, terus p WOODLANDS rumah aunty aku a.k.a kakak mak aku, pastu rumah anak kakak mak aku.. oh banyak betul perhentian kitaorang di SINGAPORE tak ngamek gambar, sampai je melantak, sampai je melantak… tak berkesempatan nak ngamek gambar… and 2nd last pada hari raya pertama ni beraya di rumah abang AIDIL, suami kepada kazen aku kak YIN, anak dan menantu kepada CIK PEAH aku yang baju merah ni.. oh sungguh HOT 2 orang ni.. kepala gile2..   63007_10150089746323858_813953857_7333887_7983387_n58692_10150089748593858_813953857_7333979_820421_nni rumah abang aidil… kitaorang beraya sambil tengok movie hantu, tajuk apa erk, lupalah.. WUJUD kot.. lupalah, giler serius takut aku, cerita ni kisah benar, orang SINGAPORE p INDON semata2 nak buat shooting hantu sebenar ni, siap panggil2 lagi hantu tu ko, datanglah, kemarilah, oh aku ingat!!! nak lupakan.. seram lah jugak kalau diingatkan, kalau lupa tak seram la.. hehehe… oh rumah abang aidil sungguh best menunya, dari bulan puasa lagi aku nak makan sambal sotong kering, tapi selepas dah kene pantang sekarang ni, terus aku tolak habes-habesan nk mkn sambal sotong kering tu…. kesian kat aku, telan air liur macam tu je…

so demikian saja dan tamatlah cerita raya pertama aku, esok lusa keluarlah cerita raya kedua aku, INSYA ALLAH…

p/s : gambar ini adalah ihsan daripada mak sedara kaki buli dan juga abang aidil, dari aku pun ada.. yang mane patut la aku copy n kasi santapan korang…

 

sekian…

22 September 2010

EDISI RAYA

salam…

syukur alhamdulillah akhirnya sampai juga kembali aku di TERENGGANU dan melakukan tugas seperti biasa di pejabat.. (wah ayat sekarang tak boleh blah erk…)

sekarang ni tak de modal nak cerita pasal laen, ater bulan raya, op cos asek cerita pasal raya sana sini kan, iye dok..

p blog tu cerita raya, p blog ni cerita raya, so aku pun nak cerita jugak la pasal raya.. 1 hari for raya 1 entry.. nampak tak lagi diatas kerajinan aku yang tahap dewa sekarang ni.. kerajinan yang melampau pada hari ini, hari esok tak pasti…

ok berbalik pada niat tajuk aku, ni cerita pasal raya.. taun ni aku tidaklah beraya di tanah kelahiran aku, tapi beraya di tanah kelahiran mak aku a.k.a MATAHATI di SINGAPORE…

tahun ni aku beraya berjauhan lah dengan chenta hati, taun lepas dah di TERENGGANU tahun ni bergilir la ye, ater belum kawen, naseb la… hehehe…

aku bertolak ke JOHOR BAHRU dulu pada sehari sebelum raya… sebab memang itu port utama kami sekeluarga sebelum masuk SINGAPORE, boleh aje masuk SINGAPORE terus tapi kami sesaje memang nak singgah ke JOHOR BAHRU terus senang, boleh masuk SINGAPORE beraya ramai2 ngan sedara2 yang ada disana…

kat JOHOR BAHRU ada aunty aku punya family, CIK PEAH kita a.k.a kakak kepada mak aku… oh CIK PEAH aku ni memang lucu orangnya, korang try la sembang dengan dye, ada je loyar buruk dye.. hehehe.. ampun CIK, masih beraya so sempat lagi nak mintak maaf lagi sekali.. hehehe… boleh dikatakan adik beradik belah mak aku ni, memang semua loyar buruk la..  walaupun mereka loyar buruk tapi memang aku sayang bangat kat makcik2 dan pakcik2 aku… dyeorang memang best, sporting lah… cayang lebay2 la…

oklah, sebelum masuk cerita pasal 1st raya.. aku nak akhiri slot EDISI RAYA dulu… esok INSYA ALLAH akan keluar slot 1st RAYA di JOHOR BAHRU dan seterusnya…

 

sekian…

 

SELAMAT HARI RAYA

08 September 2010

SELAMAT HARI RAYA

salam…

bagi laluan untuk STICKY MODE.. entry lain dibawah…

harini last aku kerja, dan malam ini aku sekeluarga akan bertolak ke JOHOR BAHRU.. doa-doakan kami semua SELAMAT PERGI DAN SELAMAT PULANG di TERENGGANU semula..

Bulan Ramadhan akan meninggalkan kita tak lama lagi, so disini aku berkesempatan nak MEMOHON AMPUN DAN MAAF kepada semua blogger2, pembaca blog aku dan sama waktu denggannya.. AKU MENYUSUN 10 JARI MEMOHON KEMAAFAN jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, terkata-terkata, terkutuk, ter segala2nya lah sepanjang penulisan aku dalam blog walaupun entry tak selalu keluar…

59071_1591757751626_1166366183_1673876_3209934_n

 

“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN”

 

sekian…

05 September 2010

LAPUK…

salam…

orang dah nak raya, baru nak kuar entry pasal MERDEKA kan.. hahahahaha, punya la malas lately, malas nak berfikir cuma rajen nak mengemas untuk beraya, nak rayalah katakan…

baru ni 30hb malam menjelangnya hari KEMERDEKAAN.. PARLIMEN KUALA TERENGGANU ada buat sambutan bagi HARI KEMERDEKAAN dan sekaligus BERSAHUR bagi menyambut RAMADHAN juga… walaupun MERDEKA kita bersama dengan bulan RAMADHAN, kedua2 hari penting tu, takkan dilupakan…

MERDEKA demi NEGARA,

RAMADHAN demi RUKUN ISLAM…

betul tak???

so kat sini ada sedikit sambutan MERDEKA yang telah diadakan di PULAU KAMBING< KUALA TERENGGANU…

59037_1591755591572_1166366183_1673863_5075744_n PROGRAM SAHUR RAKYAT MERDEKA

sebabnya selepas kitaorang menyambut kemerdekaan, kitaorang ada sediakan makan-makan untuk bersahur bagi mana-mana tetamu yang hadir.. sape tak hadir  rugilah gamaknya…

58709_1591754631548_1166366183_1673859_95498_n

KEK KEMERDEKAAN KALI KE 53

mana-mana rakyat TERENGGANU a.k.a TETAMU yang hadir time nak sambut kemerdekaan ni dijemput sama untuk bersama-sama memotong kek ni bagi memeriahkan lagi majlis… best tau kek ni, best dan cantek…

59037_1591755751576_1166366183_1673867_6442254_n

KONVOI BASIKAL HARI KEMERDEKAAN

ni lah sebahagian anak-anak MERDEKA yang sanggup berkumpul dengan geng-geng basikalnya dan berkumpul kat tempat kitaorang ni semata-mata nak sambut sama-sama dengan kitaorang, oh dyeorang sungguh spoting ok.. dan paling spoting sampai dyeorang sanggup bagi basikal ‘TUA’ kat aku untuk posing… hahaha…

59037_1591755631573_1166366183_1673864_203047_n  ORANG BIASA, BASIKAL TUAAAA

eh2, macam sesuai je lagu tu dengan aku… hahaha.. lagu petikan dari SUDIRMAN HAJI ARSHAD… mula-mula aku nak naik basikal tu, tapi macam tinggi je, kalau terus kayuh tak terasa tinggi tapi kalau hanya nak bergambar korang tau la apa rasa kan??? hehehehehehe, faham-faham jela…

59037_1591755551571_1166366183_1673862_183954_n

last sekali aku letak gambar bendera kebanggan kita, bendera MALAYSIA… sebenarnya banyak lagi gambar, tapi dah malas nak upload… takpekan malas sekali sekala… hehehe.. lepas ni nak cerita bab PERSIAPAN RAYA plak.. kalau aku rajen…

masih belum terlambat aku nak ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE –53, banggalah dengan NEGARA kita sendiri, jangan musnahkan BANGSA dan NEGARA kita…

renung-renungkan dan selamat beramal…

sekian….

01 September 2010

INTRO..

salam..

malas nak cerita panjang, sebelum cerita panjang nak letak gambar intro MERDEKA dulu.. besok2 baru cerita panjang… tumpang lalu sat nooooooooo…

PING PONG!!!

45258_147690395254510_100000406508678_298072_2503291_n

besok rajen aku cerita kesudahannya.. owtey?? OK kan ajo..

 

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!!! 

sekian

25 August 2010

CUTI RAYA

salam…

semalam membz, hari ni membosan.. so bosan2 ni aku pun nak la merajinkan diri membuat entry dibulan puasa…

aku tak tau nak cerita pasal apa, tapi bile check email ‘RASMI’ aku (for kerja sahaja) sekali tu aku dapat MEMORANDUM CUTI RAYA aku… excited gile-gile aku, laju je buka.. sekali tu…

v

v

v

v

1

HAMPEH tol.. cuti RAYA 3 hari je??? dah la termasuk dengan hari minggu dye kira… arghhhhhhhh, tak ke tensen gitu.. dah la aku ni beraya nun jauh disana… tensen2… camano tu???

NAK RAYA, NAK RAYA, NAK RAYA, NAK RAYA….

 

sekian…

23 August 2010

ON9 BUTIK

salam…

perempuan ni memang tak lari dari shopping kan.. nak2 aku.. dah kata perempuan, aku perempuan apa…

bualn-bulan pose ni semua orang terpk nak kan serba baru kan?? tak kecuali dengan aku.. beli beg utk raya opcos setahun sekali sb raya setahun sekali je.. nak beli itu nak beli ini.. boleh dikatakan nak perfect se perfect nya lah…

tahun ni bab2 baju ni aku terlebay perfect.. sebabnya… sebabnya baju aku terlebay banyak.. hahaha.. biasanya dalam 5.6 pasang je tapi kali ni duk buat kira-kira tolak campur darab bahagi baju aku dah cecah 10 helai

OH MY GOD!!!

aku sendiri terkejut ok, ni gara-gara p BANDUNG hari tu.. semua cantek2 mata dah kabur semua nak beli.. skli tu bile dah siap, nak gantung je baru aku kira baju aku banyak tu.. wah giler RAYA… hehehe..

nak dijadikan cerita pada tajuk ni, ari tu aku ada keluarkan entry yang aku dah tak de kawan nak p usha2 handbag n kasut tu semua kan, skli tu ingatkan decide nak amek dari on9 butik je.. adalah aku terbekenan kat 1 wedges ni, memang cantek la…

pastu aku tanya la itu ini itu ini, ok la selesai.. sebelum aku konfem kan balek nak beli wedges ni, sb aku kene buat keputusan cepat2, kasut tu sampai dalam masa 2 minggu buat aku tak sempat nak buat raya, hampeh je la kan.. aku pun niat nak tnjuk kat kakak ak kasut tu sblm deal nak beli, kakak ak pn cakp lah tak berani nak beli on9 takut keras bagai tu semua..

aku pun adalah terpk, betul jugak ckp kakak aku ni.. kalaulah keras ke apa ke, ak jugak yang tak pakai nanti.. so aku pn tanya la dye balek, just tanya je nak dapatkan kepastian kasut tu mcm mane rasa bile pakai, keras ke lembut ke, korang tau dye jawab apa???

untitled

korang ley baca sendiri apa yang aku tanya n apa yang dye jawab kat aku.. apa kes??? kat situ aku dah says sory k… bukan aku terus maen redahhhhh je p tanya… mcm ni ke layan customer… terus terbantut aku nak beli kasut kat dye, dan aku pn terus remove dye dari frenz aku..

aku ni bukan jenis yang cerewet ok.. ak ni jenis tak cerewet tapi sume orang nak membeli barang yang PERFECT bukan?? korang mesti nak kepuasan diri korang apabila membeli, tapi dye boleh jawab mcm ni kat aku??? macam-macamlah..

to BUTIK SH**** : saya tak heran la dengan barang kamo tu.. banyak lagi butik on9 nak tawarkan aku kasut2 mcm tu ok.. cubalah belajar budi bicara yang betul dengan customer.. kalau ko tak tau dimana nak belajar, ko boleh belajar ngan aku, dulu pn aku ada ajar student aku bab2 cara percakapan dengan customer.,..

last : tak tau nak ckp apa… hanya jawab OK sahaja… END…

sekian…

18 August 2010

TAK BESTNYAAAAAAA

salam…

pejam celik pejam celik dah 8 hari kita poce… pastu 10 hari, pastu 20 hari, pastu raya.. huhuhuhu, kejap je masa berlalu..

kali ini aku macam tak excited sangat nak raya.. betul tau, sebabnya?? sebabnya aku tak rasa nikmat puasa macam taun lepas…

taun ni aku berpuasa di PEJABAT baru, SUASANA baru, KAWAN baru… best tu best tapi ada bende yang tak best macam mane aku sambut puasa dulu..

KAK DAAAAAAAAAAAAA!!!!!!! rindu r kat munggggggggggg!!!!!!!!

kalau dulu2, time rehat je mesti aku ngan KAK DA p cuci2 mata tengok HANDBAG, tengok KASUT, tengok PURSE.. kalau tak tengok kat SHOP pn tengok kat ONLINE BUTIK.. pastu siap beli sesama lagi.. rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaa..

tapi suasana sekarang dah laennnnnnnn.. laen sangat2.. tengok ONLINE SHOP pn sorang2, nak share ngan kawan2 pn macam tak minat je… tak de yang nak join tengok, gelak sesama, gedik2 nak menanya itu ini lah.. kalau p SHOP pn tak de yang nak teman… harap opis aku nun jauh dari bandar, kalau dulu jalan kaki pn dah sampai kedai mane aku nak tengok..

seday-seday…

tak de ke orang nak teman aku p survey barang-barang tu semua.. nak tunggukan si MAT.. bukan ley survey dah pn, bukan boleh pergi 2,3 kali kedai yang sama pun.. kalau nak beli, beli je tapi kalau tak nak cari laen, kedai laen…

rindunyaaaaaaaaaaaaaa nak macam dulu-dulu…

DSC00949 GAMBAR 2 TAHUN LEPAS, PUASA 2 TAHUN LEPAS

kak da ni memang satu kepala dengan aku.. memang best dapat kawan macam ni… tapi sekarang, aku dah tak de kawan macam ni.. kak da boleh je teman aku, tapi tak best la, keje dye tak sama macam keje dulu2… boleh merayap kemana-mana, dan boleh masuk lewat keje time rehat…

sekarang aku tak dapat kawan satu kepala macam KAK DA ni… kalau ada pun, kawan yang mementingkan diri sendiri.. bile untuk kegunaan diri sendiri baru cari aku, bila aku ajak, ada je alasan… kawan kawan.. manusia manusia, macam ni lah sekarang…

 

KAK DAAAAAAAAAAAAAAAA, AKU RINDU MUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!

 

SEKIAN…