Followers

03 March 2013

MEE SIAM resepi EMAK

terus terang aku xpandai nak tulis resepi, yang aku pandai hanyalah bagitau mulut, kalau korang xfaham boleh lah tanya aku banyak kali, aku bagitau balik.. hehehe.. so yg mane korg faham korang bedal la..

SELAMAT MENCUBA

BAHAN-BAHAN KUAH :
2 genggam asam jawa
sebesar ibu jari belacan
12 ulas bawang merah
2 sudu tauco a.k.a kacang kuning manis
udang hidup
udang kering
2 senduk lada lumat
6 senduk kacang tanah yg sudah di mesin

CARA-CARANYA :
amek air asam jawa yang dicampurkan dgn sedikit belacan kemudian tambahkan air dlm 3/4 untuk direbuskan, sehingga mendidih.. kemudian masukkan kacang halus ke dlm periuk.. kacaukan sehingga mendidih, matikan api dan letakkan udang hidup..
kemudian tumis darat (tumis pada kuali lain) lada lumat dan juga bawang yg sudah di mesin sehingga bau harum..
kemudian hidupkan api pada kuah yg dah direbus tadi, kemudian masukkan bahan tumisan tadi, gaulkan sehingga sebati kemudian masukkan tauco a.k.a kacang kuning manis kemudian masukkan udang kering gaulkan sehingga sebati kemudian masukkan garam, gula, ajinamoto  bagi sesedap rasa.. renehkan sehingga mendidih.. kemudian mati kan api..

BAHAN-BAHAN MEE GORENG:
7biji bawang merah
1senduk lada lumat
2ulas bawang putih
taugeh
mee halus

CARA-CARANYA :
tumiskan lada lumat, kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang sudah di mesinkan.. timus sehingga bau harum, kemudiankan letakkan sedikit garam dan ajinamoto untuk perasa sudah kering sikit masukkan mee halus diikuti dengan taugeh.. dah gaul sampai rata siap..

BAHAN-BAHAN HIASAN :
telur rebus
daun kucai
tauhu goreng
limau

4 GEDIXXX:

Megat Fareto Asnami Suhaimi said...

Nak satu! Kalau Mak Ucu punya resepi mesti sedap! :)

kazmyra afkar said...

nak satu tak de, semangkuk ada.. hahaha... abg ito datang la rumah, baru dapat rasa...

Anonymous said...

Kangen makan mie siam....dibatam ga ad yg jual..

Nur Zayyani Liman said...

Salam dear..mcm sedap mee siam tu..thanks sharing recipe :-)