Followers

27 August 2008

oUr siBLing

kalu korang nak tau....yang lelaki tu lah abang aq yang sulung, ala bukan yg pakai kopiah tu..yang lagi sorang tu le abang aq...namanya AZIL HAKIM BIN ABD. AZIZ @ HUSSIN, kat umah panggil dia abang...tapi parents aq panggil dia Hakim...kawan-kawan dia pula panggil dia "AJIL". ha, yang perempuan pakai tudung tu wife dia, AZURAINI namanya. kitaorang panggil kaq ani je.yang kiut miut, 2 orang tu lah anak buah aq..yang baju biru tu NUR KAMELIA AFKAR,kitaorang panggil dia kakak dan yang baju kuning tu NUR KHAIRUNNISA AFKAR, kitaorang panggil dia adiq. sekarang ni kitaorang panggil dia kak ngah sebab dia dah nak dapat adik pulak. Kaq ipar aq tu mengandung, bulan November 2008 ni due...eeeeeeeee, tak sabarnya aq nak dapat anak saudara baru lagi.. Sempena 2008 ni, aq dapat 3 orang anak saudara baru.. Bestnyaaaaaaa....


ha..ini kakak aq. AZMAYA BT ABD. AZIZ @ HUSSIN, atau dikenali sebagai AMIEY...nama glemer katakan...aq n adiq aq panggil dia kakak. dia sorang je lah kakak aq, hodoh ke, tak hodoh ke. die tetap kakak aq, dia ni giler-giler skit. kadang-kadang menyakitkan hati jugak...geramlah jugak dengan perangai dia tu, tapi nak buat cam mana..kakak aq...yang kat belakang dia tu, husband dia...kalu korang nk tau, mulut husband dia tu, ya allah kalahkan mak cik jual di pasar.. kakak aq gelarkan dia "MAZLAN POK PEK" hahahahaha...korang semua jangan kasitau kat dia tau. hanya aq n family aq je yang tau..abang ipar aq tu tak tau..itulah perangai kakak aq, mengata je kerja dia...kakak ni ada 3 org anak...2 lelaki n 1 perempuan...anak pertama lelaki, kedua pun lelaki n latest perempuan...comey2 je anak dia, alah menurun aq...tak kemananya kuah kalau tak tumpah ke nasi..ye tak???hahahaha


Yang ini anak saudara aq yg sulung..cucu sulung mak aq...anak kakak aq, nama dia MOHD ZIKRI AFKAR..kitaorang panggil dia abang sebab dia yg paling tua antara ramai-ramai cucu mak..dia ni loyar buruk banyak....nakal skit...tapi walaupun nakal aq tetap sayang die...die ni dah kire macam anak aq sendiri...buruk baik die, aq terima je...sayang giler ni...hesem tak??hensem kan???tengok aunty dia plak ni...die panggil aq ummi...


Yang di sebelah kiri ini plak anak kakak aq yang ke dua, nama dia MOHD ZULFAN AFKAR...eh,eh...tunjuk perut plak...dia ni ikut papa dia (abang ipar), bercakap aje keje dia, dahlah suka bercakap sepatah haram aq tak faham dia cakap...macam korea bunyinya...dia jadi macam tu sebab time kakak aq pregnant, kakak aq suka tengok criter korea..sebab tu dia jadi macam tu..kesian kan???kecik-kecik dah macam tu...satu lagi, perangai dia ni suka menangis. sikit-sikit menangis je kerja dia..geram tul aq..geram2 pun, aq sayang...


Yang disebalah kanan ni, anak kakak yang ke-3...ha, yang ni latest..yang dilahirkan sama bulan dengan birthday aq, pada bulan Jun...comeykan, macam aq....tu baju tu, aq yang kasi tu...cantekkan??time aq tengok baru ni kecik je, sekarang ya allah besarya..dhlah besar, hitam plak...ha, yang hitam bukan ikut aq tapi ikut kakak aq.hehehehe..nama dia MARSYA ZULAIKHA AFKAR..aq panggil dia ika je..cantekkan nama dia mak n "mazlan pok pek" yang kasi nama tu..pandai jugak abang ipar aq cari nama.ala "pok pek" lah katakan..takkan tak pandai plak....


Lelaki yang atas tu, tu abang aq...nama dia AZIL HIZAQ BIN ABD. AZIZ @ HUSSIN..kitaorang panggil dia abang ejaq...dia ni garang tau, tapi garang-garang die...lawak pun ada...yang perempuan pakai tudung tu, wife dia....AZLINA..kitaorang panggil kaq lina je....abang ejaq dah ada sorang anak yang nakal tapi pertengaha bulan SEPTEMBER ni dapat lagi sorang cahaya mata....gal yang tak pakai tudung tu dengan baju merah tu, tak payah ambik taulah..dia tu penyibuk je...saje nak pose...ha yang baju oren tu, budak lelaki tu anak dia..muka hangus terbakar dek pantai...nama dia MOHD EZZEDDIN AFKAR, kitaorang panggil dia EZ @ ALONG, alah panggil along sebab dia dah nak dapat adik..suka sangat dia nak dapat adik..along ni nakal sangat2, pandai menyanyi..terumtama lagu ketahuan..korang boleh dengar..t aku syer k..korang dengarlah...



Gambar di sebelah kanan ni, gambar adik aq dengan ALONG..itulah adik aq kalu korang nak kenal...nama dia AZLIANA BINTI ABD. AZIZ @ HUSSIN...kitaorang panggil dia YANA...apa???panggil adiq???takde adiknya...sory...dia dengan aq jauh beza umur dalam 5 tahun...patutnya aq adik tapi dia nak kuar jugak, takpelah aq kasi chance...adik aq ni garang orangnya, suka mengamuk katakan..tak boleh bergurau sikit..pasti ada je muka masam dia....tapi kalu dengan kawan-kawan, kutuk macam mana pun, xde nak marahnya...buruk-buruk mana pun die ni, die tetap adik aq....satu-satunya adiq aq..aq selalu gaduh dengan die ni, gaduh-gaduh macam mana pun, die tetap adiq yang aq sayang...


HA.....Kalu korang nak tahu, inilah aq...nama aq AZMIRA BINTI ABD. AZIZ @ HUSSIN....orang panggil aku MIRA...nama glemer aq KAZMIERA AFKAR, nama ni dari nama mak aq n arwah abah aq...KA tu dari mak, AZ tu dari arwah abah, MIERA tu nama aq lah n AFKAR tu dari family aq..korang perasan tak yang semua nama adik beradik aq ada AZ kat depan tu...anak-anak saudara aq plak ada AFKAR kat belakang. t nama anak aq pun kene letak AFKAR kat belakang... itulah family aq...umur aq 21 tahun..D.O.B : 21hb Jun 1987...aq keje sebagai Tenaga Pengajar Sistem Maklumat di salah sebuah Institut di KUALA TERENGGANU...aq baru aje habis belajar, aq ambik bidang EKSEKUTIF SISTEM MAKLUMAT, DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA di sebuah Institut di KUALA TERENGGANU...ala anak jati TERENGGANU la katakan, semuanya di TERENGGANU la...Blog ni hanya sampingan je, sebab kakak aq yang mintak aq buat jugak..tapi ada jugaklah minat..macam best je kan..korang try lah buat..BEST........cewah!!!promote habis2an tu...k lah setakat ni aje aq cerita pasal adik beradik aq..t ada kisah baru, aq kongsi dengan korang..BYE....HAVE FUN...

1 GEDIXXX:

aFkaR'z said...

ari² mau aku tgk blog dia, tapi bila dia tgk blog aku, takde nya nak bagi komen... hampessssssss!!!