Followers

07 October 2008

1st RAYA at JB...


Ni pict aq pada pagi raya...orang semua da balek smyg raya, aq punya la baguih, time orang balek smyg raya aq pun br bangun... mak aq bleter kat aq sampai tempias kat cermin ni ha...makcik yang cakap fon kat blakang tu... tu la mak aq, dia ckp fon dengan abg aq yang kat kerteh.. abang kene keje pagi raya tu, cian kat abang aq kan... huhuhuhu...:D


Ni pict aq tengah salam dengan mak aq, yang baju purple tudung grey
tu, tu mak aq, yang tak pakai tudung tu la aq, aq tengah mintak maaf tu.. mintak maaf pada mak jika ada tersalah kata, terkasar bahasa, terlanjur kata, n 'ter2' la... yang belah kiri tu aunty aq (cik peah), itu tuan empunya umah ni... yang belah kanan plak mak ngah aq (wife ayah ngah), dia pun dtg beraya di BBU.. kerana uncle aq (ayah ngah) la mak aq dtg beraya di JB, kalau tak sebab ayah ngah aq, mak aq ajak beraya di terengganu je...time ni aq dah mandi da, n baru je lepas makan.. pagi tu menu nasi dagang, ketupat n kuah kacang, lontong etc...

Lepas bersalam-salaman, bermaaf-maafan, kami bertiga bergambar la.. buat kenangan... ni je yang beraya di JB.. nak buat cam ne, abang aq yang sulung beraya di TERENGGANU, kak ipar aq keje, almaklum la nurse... Kakak aq plak, taun ni giliran umah mak mentua dye, yang ketiga plak Abang Ejaq aq, dye kene keje pagi raya.. cian kan??? jadi tinggal la aq, yana (adik) n mak je...Sory la, pict ni tak berapa ok skit sebab ni guna fon adiq aq, fon aq time ni entah tak tau kemana, lagipun silau kat belakang tu, jadi tak nampak mane la...
Lepas semua ni, aq tak p la mane2.. asyik duk kat umah je.. tgu org datang.. orang datang, datang, datang, datang n datang lagi... meriah la time raya pertama tu coz sedara mara belah husband aunty aq (Cik Peah) datang bertandang.. aq plak asyik sibuk bergambar, bergambar, bergambar n bergambar dengan kazen, anak spupu, adik, family n semua la...

0 GEDIXXX: