Followers

12 October 2008

LAWATAN KE RUMAH KEBAJIKAN ORANG-ORANG TUA

Semalam, aq sertai lawatan yang dianjurkan JIRAN WANITA PASIR PANJANG yang diketuai oleh mak aq ke RUMAH KEBAJIKAN ORANG-ORANG TUA DI BUKIT PAYONG, MARANG, TERENGGANU... Aq suka p tempat-tempat macam tu, sebab aq nak tahu sedikit sebanyak maklumat yang terdapat di sana. Al-Maklum la cita-cita aq 2 tahun lepas nak buka Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua.. Aq teringin nak buka Rumah Kebajikan tu start aq jaga Arwah Abah aq... Kenapa la boleh anak-anak melayu kita ni menempatkan ibu bapa nya kat sana, kalau hantar pagi petang ambek tak pe.. ni untuk selamanya, giler sangat dengan harta benda sampai tanggungjawab kita sebagai anak terabai.. kesian aq tengok orang-orang tua kat sana, kesunyian tanpa kasih sayang dari darah daging sendiri... sanggup diaorang buat macam tu, kenapa la kejam sangat.. Di Rumah Sejahtera Taman Bahagia tu menepatkan seramai 30 orang. Di situ terdapat bangsa Melayu, Cina dan India. Tetapi majoriti nya adalah Melayu.. Ya ALLAH, malunya la aq sebagai umat islam yang sanggup meninggalkan orang tua nya disana.. kalau sorang dua boley tahan lagi, ni tak orang melayu yang paling ramai... Kejam nya... Disini aq sertakan pict yang telah di convert menjadi video dengan lagu 123 yang dinyanyikan oleh Aris Ariwatan... Lagu ini aq tujukan buat semua anak-anak yang ada di dunia ini... tidak kira tua, muda atau kanak-kanak... Sekian....



Rumah kebajikan orang-orang tua yang diberi nama RUMAH SEJAHTERA TAMAN BAHAGIA di BUKIT PAYONG, MARANG TERENGGANU....



Rumah tumpangan harian dimana orang-orang tua ditempatkan biasanya anak-anak akan menghantar orang tua nya pada sebelah pagi dan mengambilnya semula pada sebelah petang iaitu time balek keje....




Ini adalah diantara bilik-bilik atau asrama lelaki dan perempuan bagi orang-orang tua yang ditinggalkan oleh anak-anak yang tidak bertanggungjawab.. Disini la mereka menginap selama mana mereka dibiarkan dan ditinggalkan disini... Kejamnya....




Daripada kiri yang berbaju kuning tu.. Penyelia di Rumah Sejahtera Bahagia dimana menguruskan orang-orang tua disana, ditengah yang bertudung pink tu.. itu mak aq, hehehehe... sebagai ketua rombongan dan di sebelah kanan berbaju hitam itu, itu adalah AJK bagi Rumah Sejahtera Taman Bahagia dimana menjadi penyambut rombongan ini...



Diantara peserta yang mengikuti rombongan ini menandatangani buku lawatan...




Ini antara orang-orang tua yang berada di kantin untuk menjamu selera.. mereka makan mengikut masa yang telah ditetapkan... waktu pagi, tengahari, petang n malam...



Seday kan melihat keadaan mak cik ni, kegembiraannya menyerlah apabila melihat ramai yang datang melawatnya, paling makcik ni suka apabila orang memberikannya sumbangan kepadanya...di tangannya mempunyai duit yang diberi oleh beberapa orang peserta yang mengikuti rombongan ini.. ketika aq snapshot pict ni, makcik baru aje lepas mengira duit.....



Kisah makcik ni plak, kononya nak letak duit kat dalam kaen diantara lipatan kain tu.. last2 tersalah leak di dalam kain diantara kaen n badan.. sebab tu la makcik 2 orang yang pakai tudung pink tu tolong makcik tu mengibas kaen supaya duit yang terselit kat dalam tu jatuh.. kami yang melihat gelak besar tengok gelagat makcik ni.. hehehehehehe....



video

8 GEDIXXX:

Anonymous said...

bagus r..kalo la kat sume kg ada kesedaran gni...

Anonymous said...

hmmm...nk minta tlg cikit.sy nk kn no tel rumah org tua tu untuk berhbg ngn diorg. blh x?mnta tlg sgt2... tlg anta no tel tu ke email ni k...nurfadilaakma@yahoo.com ...trima ksh byk2...puas sy cri rumah org tua, tp x tau kt mne...so skrg dah tau dah. minta tlg skali lg ya...salam.

Solehah said...

salam..teringin nak pegi tempat mcm ni..sedihnyaa..

alynn said...
This comment has been removed by the author.
alynn said...

saya teringin nak jadi anak angkat dia orang.kalu bleh terengganu..saya ingin membantu mereka..Disertakan no hp n alamat...tolong atar kat email saya alynn_love@yahoo.com

~" honey_suckle "~ said...

slm,awak boleh kasi no tepon dorg x????coz,kami nak wat kerja amal kt sana...email kt pinkgladiolus706@yahoo.com yew....thank you

Nekwan said...

Salam untuk semua, nak tumpang tanya, dimane lrtaknya rumah wakaf orang tua yg kabarnya berada di dengkel, ia merupakan mini Madinah... penempatan yang cantik dan diuruskan oleh pesara2 dari jabatan kementerian...kalau tak salah saya. ada sesiapa tau? tolong ...

mya said...

salam , boley emelkan no fon rumah jagaan ni ?? juzmya@yahoo.com ... sbb kami ingin membuat 1 program amal selepas raya ni