Followers

29 September 2008

SELAMAT HARI RAYA



SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN...

JIKA ADA SALAH DAN SILAP SAYA, HARAP DIMAAFKAN..

28 September 2008

Taun ni aq beraya di JB n Singapore.. Aq balek beraya di kampung mak aq, dah lama tak balek beraya di sana.. sebelum ni kitaorang balek dengan kete, time tu ARWAH ABAH aq masih lagi ada... tapi sekarang dah tak de jadi tak de la yang dapat bawak kete ke sana jauh tu bukan dekat, kalau dekat mak aq buley bawak.. nak harapkan aq??? haram... moto pun aq tak pandai bawak... jadi aq, mak n yana (adik) balek dengan bus.. 1st time kitaorg bertiga balek beraya tanpa ABAH... sedih kan, beraya jauh2 tapi tak ada orang yang paling penting disisi. Mak nak beraya kat sana sebab ABANG mak aq (uncle) ada beraya di JB jugak, lagipun anak-anak mak yang lagi 3 orang balek umah mentua tahun ni... aq n adek aq je la ikut dia p sana sebab aq berdua belum kawen..hehehehehe... jangan marah ye...


Ini la pict yang aq nak kongsi dengan korang time ni kitaorang di RESTORAN PURIBALI yang baru aje dibuka di KUALA TERENGGANU.... Sory la, pict ni aq ambek yang ada muka aq n kengkawan kamcing jer... muka yang semua staff tak de dengan aq sekarang ni, kalau ada pun dengan GM aq.. aq dah ambek tp pendrive aq tak dapt buka la ada poblem skit... Tu PO aq tolong repair... Time ni aq bukannya p saje2 sana, mana la ada duit nak buka puasa kat tempat-tempat xklusif ni, kitaorang makan kat sini pun coz bos yang belanja buka pose ha..payah tau nak dapat sponsor dr bos sendiri.. ni kira ALHAMDULILLAH n TERIMA KASIH kepasa PENGURUS BESAR DYNASTY IT SERVICES yang menaja buka puasa bagi semua staff dan ex-staff ye.. baguih bos aq ni, walaupun ex-staff lari keje kat laen tapi bos aq tetap tak lupa diaorang.. Boss aq tu open skit, semua staff dia anggap kawan... SEKIAN....

25 September 2008

Berbuka Puasa bersama Student IKD di Taman Syahbandar Kuala Terengganu













Inilah serba sedikit aq nak kongsi pict dengan korang...time ni kitaorang berbuka puasa di Taman Syahbandar Kuala Terengganu...ramai bangat orang kalu korang nak tau, kitaorang semua berbuka sambil bersantai di taman ni..kitaorang duk atas padang habes sakit bontot ni ha gara-gara rumput tajam...meriah kan berbuka puasa mcm ni, sambil berbuka kita dapat rasakan udara yang segar...fuh!! best bangat, bos aq marah sebab kitaorang xajak dia sekali p buka puasa kat situ, aq pk bos aq tak nak join jd aq tak cakap la yang student aq ajak fasi-fasi ni p berbuka kat sana..time aq n budak ofis tengok pict ni dia pun dtg tengok sama, lepas tu dia tanya aq kat mana tu, aq pun cerita la time tu berbuka pose dengan student dia pun apa lagi bleter la kat aq mengalahkan mak aq kat umah bleter..POK PEK POK PEK POK PEK POK PEK...habes air liur dibuatnya...aq ni yela, masuk telinga kiri keluar telinga kanan, malas nak ambik pusing...aq buat tak tau je..faham-faham cam tu la... sekian sahaja cerita aq, aq nak p masuk mettg ni...daaaaaa...
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN... OPS!! BATIN TAK LAGI...

23 September 2008

new niece






Aq nak kongsi pict dengan korang...pict anak buah aq yang terbaru...dilahirkan pada 21hb Sept 2008 (AHAD)...dia ni anak abang aq yang ke 2...abang Ejaq...ada pict dia kat bawah...ni anak ke-2 dia..tengokla pict tu, cute kan??? nama baby ni EZFIRDINA AFKAR BINTI AZIL HIZAQ (tak tau betul tak ejaan cam tu, aq bedal je)... abang n kak ipar aq yang taruk nama tu... kitaorang kene panggil baby ni nama EFI... Ezzeddin atau Along iaitu abang kepada Efi ni, suka sangat dapat adik...hepi giler muke dia..asyik menggatal jer...habes org dia usik time dpt baby tu...

16 September 2008

xsignment dari kakak ku n gengs

Ini aq nak buat xsignment yang telah diberikan oleh kakakku, xsignment yang ditugaskan kat aq ni mengenai APA YANG ADA DI DALAM HANDBAG WANITA??? aq nak cakap pasal handbag orang laen aq tak tau, tapi apa yang ada dalam handbag aq, aq sorang aje yang tau...macam-macam ada kalu korang nak tau...ala handbag gal, korang tau je la mcm mana..selagi tak rabak handbag tu, selagi tu aq nak sumbat...kalu korang nak tau apa yang ada dalam handbag aq, korang tengok kat bawah ni, siap dengan pict lagi aku sertakan...hehehehehe, jangan mare ye...:D

HANDPHONE BARU... aq baru jugak pkai handphone ni. aq sayang giler handphone aq ni, kalu tak de handphone ni ibaratkan aq ni tak leh nak bernyawa la. hp penting dalam hidup aq, payah tau kalau tak de hp, nk kol orang tu, kol org ni payah.sebab jadual dating ada dlm ni, hehehehehe........jangan marah haaaa...


HANDPHONE LAMA... dah 2,3 tahun aq pkai..tak sangka hp ni lama aq pkai, al-maklum la tengah study time tu jadi tak mampu la nak beli yang
baru. sekarang dh keje, mampu la sikit2 nak beli yang baru.2,2 hp ni aq bawak dalam dakapan ku, tak de 2,2 ni aq di ibaratkan hidup single la..kalau ada hp boley jugak merasa ada org teman di sisiku...hahahahaha...

MAKE UP... perfume, toner, pencuci, sunblock, bedak, pengepit kuku, gunting, eye liner, mascara n macam-macam lagi la ada. kalau tak de semua ni dalam handbag, korang jangan la panggil perempuan.."nyah" pun reti bab2 ni, dlm handbag die lagi penuh dr aq..aq xbawa sangat peralatan ni kalau aq bawak beg yang macam purse tu cuma yang aq bawak bedak sebab takut la berminyak muka aq ni, al maklum la, orang kg.... time p ofis atau p mana-mana yang aq bawak handbag besar je aq bawak perkakasan aq ni..

MAKANAN... gula-gula n chewing gum...yang ini ubat ngantuk aq, aq makan time tak pose jer...sekarang time pose jadi aq tak makan la...korang jangan silap faham pula...aq tak jahat la, time bulan pose aq tak curi-curi makan, mak aq dah pesan, jangan buat mcm tu, tak baek...tapi time bulan mengambang, aq makan la..takkan nak lepaskan peluang plak...ye tak???

KUNCI... ini barang-barang kecik aq jer, kunci rumah aq, rumah budak-budak atau student aq (hostel) dan jugak pendrive..pendrive ni aq tak guna sangat sebab aq ada laptop, aq bawak laptop aq p keje tapi kekadang apa2 yang penting aq kene save dalam pendrive jugak sebab tu aq bawak pendrive ni ke mana-mana...mana tau dapat information kat tempt laen, al maklum la aq ni banyak jugak keje luar...

PEN... Pen amat penting jugak bagi aq, mana tau tengah-tengah syok berjalan nampak artis.. dapat jugak aq ambek autograph diaorang.. hehehehe..tak la, tjuan aq bawak pen ni untuk menyenangkan n memudahkan aq, mana tau p bank nak isi borang ke, apa ke, senang tak payah nak tunggu giliran nak guna pen mana-mana tempat, lagipun pen yang kat sana tu bukan ok sangat, ada yang tak de dakwat la n macam-macam.. aq ambek inisiatif sendiri, bawak pen sendiri..senang tak payah susah2 pinjam dengan orang, ye tak???


PURSE... purse ni dah 2 tahun aq pakai, besenya tak sampai bertahun-tahun purse aq bertahan, kadang-kadang tu time kaya je 2,3 bulan aq tukar purse laen...hehehehe, bukan la kaya sangat tapi aq nampak lawa, aq beli la..tapi untuk raya ni aq konfem beli yang baru. dah malas nak pakai yang lama, yang ni aq beli kat LENO KUALA TERENGGANU, untuk raya ni aq tak konfem lagi nak beli kat mana. dah keje ni rasanya nak jugak merasa brand yang mahal-mahal..bukan selalu, setahun sekali. ye tak?? purse ni nampak je tebal mcm banyak duit, sebenarnya kad je banyak..hehehehehe, aq bukannya berduit pun. kalau la purse ni tertinggal, nampaknya tak shopping la aq..huhuhuhuhu..:D

HANDBAG.... handbag ni la yang aq letak semua barang yang ternyata di atas..nampak buruk plak handbag aq ni, ala buruk-buruk pun brand POLO u....bukan aq yang beli, aq tak mampu la nak beli yang mahal2, handbag ni pemberian MAK NGAH aq, anak-anak dia kasi dia, dia tak nak pakai dia kasi aq, last-last aq yang kebas.heheheh, jangan marah mak ye...


Berakhir la sudah xsigment aq, nak buley siapkan xsignment ni kene tunggu line clear dulu. al maklum la, aq on9 time keje je.bos ada la, time bos tak kuar bilik, baru aq sambung balek..hehehehehe, taktik jahanam aq buat.hahahahaha, kawan-kawan aq pun tengah layan ym tu, aq curi la masa layan blog ni n tinggal ym, bukan senang nak layan semuanya...aq tak tau nak serah kan kat sape plak xsignment ni, kawan-kawan bukannya pandai layan blog ni..yang tau aq jer..takkan aq nak kasi kakak aq balek, kakak aq dah siap buat dah...adoi, camne erk..kalu korang terbaca blog ni, korang sertailah kami..bukan susah nak buat ni pun.. k la, aq nak layan ym plak.. aq chow... TATATITITUTU... comment ya, jangan tak comment....