salam..
minggu ni nak ceritakan KEGEMBIRAAN aku bersama CUZEN… tiada yang ternilai dalam hidup ini selain bergembira, ada ke menangis itu adalah yang ternilai dalam hidup, semua org tak nak sedih2 kan dlm hidup.. hurmmmm…
minggu ni aku nak cite yang gembira2 je, boleh??? ok meh nak cite, gambar ini adalah gambar dah lapuk tapi baru teringat belum di ceritakan..
RINDUUUUUUUUnya time ni.. berjalan bersama2 walaupun amek masa yang amat2 singkat.. Time ni kitaorang lepak di DCURVE, KUALA LUMPUR.. oh pestime ok aku sampai dalam ni, biasanya pergi IKEA je, tak pula singgah kat sebelah IKEA ni.. meh nak introduce ahli2 meronggeng yok..
tudung biru turqoise gitu itu KAK YAH, tudung biru lagi sorang tu, KAK HAN.. mereka adalah adik beradik.. anak2 kepada POK DE AZHAR iaitu abang kepada mak… mereka ini adalah asal dari KEMAMAN..
lelaki yang sorang2 tengah2 tu, duk kontrol macho tu, kalau korang tak kenal, nampak sangat korang tak pernah baca blog aku selama ni, ok2 meh nak kenalkan lagi sekali.. dye tu budak perasan dalam hidup aku, dye adalah org TERPENTING lah dalam hidup aku selain dari PARENTS and FAMILY..
baju peach tu adalah KAWAN kepada sepupu aku lagi sorang.. eh dye tak de dalam gambar ni, sb time ni dye jadi cameraman kitaorg, dah baju biru belakang tu, kawan kepada kawan si CUZEN aku…
haaaaaaa baju merah si tak muat kamera ni lah CUZEN aku yang jadi cameraman tak bertauliah tu.. dye ni sama umo dengan aku, dan dye adalah CUZEN aku yang paling rapat dgn aku, kitaorg saling luah perasaan..
si FAZMIR ni asal dari JOHOR BAHRU anak kepada CIK PEAH iaitu kakak kepada MAK aku juga.. mesti korang pelik kan, asal dengan sedara sebelah mak aku je..
FYI mmg kami adik beradik rapat sangat2 dengan sepupu sepapat sebelah MAK… majoriti kami rapat belah MAK berbanding belah arwah ABAH..
Dah intorduce meh nak tunjuk sipi2 hidangan yang KHAS kitaorg dapat daripada TUAN RUMAH iaitu KAK YAH and KAK HAN.. mereka itu berjanji nak belanja si adik2 ni, sekali datang amek koooo ramai gilos, terkezut agaknya si TUAN RUMAH tu.. hahaha..
pestime aku dapat makan AYAM PENYET, kalau dulu aku dengar aku asyek terpikir je apakah bende itu, ayam kene langgar ke?? hahaha, alih2 dapat makn perghhhhhhhhhhhhhh nak makan lagi, now aku tunggu si PUJAAN HATI aku belanja…
TERIMA KASIH yowwww CUZEN aku…
lepas makan je, kitaorg pergi membook tiket wayang, time wayang cite KARAK duk panas2 sangat.. eh2 nampak sangat lama gambar ni kan.. hahahaha.. lepas dah book tiket, sementara nunggu waktu untuk masuk panggung kitaorg pi menggedik dulu, so jom layan gambo jelah..
dah la, banyak sangat kot.. nak suruh tengok kat FB pun aku dah close ALBUM ni.. so cukuplah setakat ini sahaja..
gambar penutup untuk entri ini..
sekian…
0 GEDIXXX:
Post a Comment